KUALA LUMPUR, 7 Jan — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar
menyifatkan Datuk Dr Hasan Ali telah menghina presiden parti Islam itu
kerana mengeluarkan kenyataan “melawan arus” yang tidak sepatutnya
dilakukan oleh mana-mana pemimpin.
Menurut Mahfuz, kenyataan Dr Hasan (gambar) yang
menolak perhimpunan 901 pada Isnin ini dan menyifatkan ia sebagai
perbuatan sia-sia telah menjatuhkan imej dan maruah Datuk Seri Abdul
Hadi Awang selaku pemimpin tertinggi parti selain disanjung tinggi oleh
pemimpin luar negara.
“Bagi
saya beliau (Dr Hasan) menghina presiden PAS...presiden telah
mengatakan akan hadir sama dalam perhimpunan itu namun Dr Hasan telah
mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan itu adalah perkara yang sia-sia.
“Beliau juga mengatakan pergi ke mahkamah adalah perbuatan yang
sia-sia, ini adalah satu penghinaan kepada presiden PAS dan satu perkara
yang amat memilukan apabila seorang presiden dihina oleh seorang
pemimpin yang kononnya menyanjung tinggi ulama namun tiba-tiba
mengeluarkan kenyataan yang menghina presiden sendiri,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Dr Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor sebelum ini berkata menolak
perhimpunan 901 an menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta
memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.
Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.Dr Hasan berkata semua pihak termasuk pemimpin yang terlibat harus
memikirkan sedalam-dalamnya perkara itu kerana ia memberikan kesan bukan
sahaja kepada negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.
Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada tarikh berkenaan dalam
kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu
peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.
Hasan berkata perbicaraan itu telah berlangsung lebih tiga tahun dan
Anwar telah diberikan ruang dan peluang yang sepatutnya oleh mahkamah.Semalam Abdul Hadi berkata akan menyertai perhimpunan 901 menambah ”untuk ahli PAS pula terserah kepada masing-masing.”
Ekoran kenyataan Dr Hasan itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali
mendesak PAS mengambil tindakan sewajarnya terhadap exco kerajaan negeri
Selangor itu.Azmin berkata kenyataan Dr Hasan telah melanggar prinsip dan semangat
yang ada dalam Pakatan Rakyat dan beliau tidak sewajarnya berkata
demikian.
Esok PAS akan mengadakan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat dan kemungkinan besar isu Dr Hasan akan dibangkitkan.
Tambah Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, PAS akan memanggil
Dr Hasan untuk memberikan penjelasan dan tindakan akan diambil dengan
mengikut perlembagaan parti.Beliau menambah tindakan yang akan diambil PAS bukan disebabkan pengaruh atau desakan sesiapa.
“Tindakan PAS tidak berasaskan kepada apa orang cakap, kita buat
tindakan mengikut bidang kuasa kita...tindakan ini bukan disebabkan
Azmin Ali atau pemimpin lain.
“Begitu juga semasa pertemuan presiden dengan Dr Hasan Ali sebelum
ini, ia bukan disuruh oleh sesiap tetapi adalah tindakan PAS
sendiri...kita mempunyai prosedur dan pendirian sendiri,” katanya.Mahfuz berkata sebarang bentuk hukuman akan diputuskan oleh kepimpinan PAS.“Apa yang berlaku ini sangat mendukacitakan...ahli merungut dan
kecewa dengan tindakan Dr Hasan Ali yang telah merosakkan suasana dalam
parti,” katanya.TMI
Beliau tuding jari hantu kata rakan lain mendahului pimpinan utama sedangkan beliau sendiri sudah terlajak.
BalasPadamKalau ada 10 pemimpin PAS macam ni rosak parti.