KOTA BHARU
- Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati
penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat cepat mendirikan rumah
tangga supaya kehidupannya lebih sempurna.
Nik Abdul Aziz berkata, Islam menggalakkan orang yang mampu supaya cepat berkahwin.“Ini penting untuk mengawal kita daripada melakukan dosa dan apabila berkahwin, ia lebih selamat untuk menjaga masuah.
“Khairul Fahmi merupakan penjaga gol terbaik Asia menjadi idola rakyat Kelantan, saya juga berbangga dengannya apatah lagi dia berada dalam kawasan pilihan raya saya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kepada Khairul Fahmi di Taman Kurnia Jaya, Kemumin, Pengkalan Chepa dekat sini, semalam.

Kenyataan Khairul Fahmi dipetik dari Mymetro
KOTA
BHARU: Tanpa menyebut siapa bakal permaisuri hidupnya, penjaga gol
skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat, 22, mengakui dia kini
bersedia menamatkan zaman bujangnya seawal-awalnya pada tahun ini.
Jika tidak berkahwin pada tahun ini, Khairul yang lebih mesra dengan
panggilan Apek berkata, dia mungkin mendirikan rumah tangga pada tahun
depan. Menurutnya, hasrat itu bakal menjadi kenyataan jika dia
bertemu wanita pilihan hatinya, namun tumpuannya kini hanya mahu
memajukan lagi kariernya sebagai pemain bola sepak.
“Kalau
ada rezeki (ada jodoh), insya-Allah kahwin tahun ini atau tahun
depan,” katanya tanpa mahu menyebut siapa wanita yang berjaya mencuri
hatinya.
Khairul Fahmi yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke-23 pada
7 Januari ini ditemui selepas menerima kunci banglo daripada Menteri
Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai hadiah kerajaan negeri di
Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan