Kenyataan Hasan Ali di The Malaysian Insider mendakwa DS Anwar akan menghalalkan homoseksual jika PR berjaya mentadbir Malaysia - Untuk Besarkan KLIK Pada Imej.
Utusan dan Berita Harian hanya melaporkan sebahagian temubual DS Anwar dengan BBC.DS Anwar menuntut akhbar milik Umno itu
menarik balik segala laporan palsu dan menyiarkan permohonan maaf
terhadap dirinya di muka hadapan akhbar itu. Beliau juga menuntut
bayaran ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam
kepada Utusan untuk berbuat demikian.Untuk Besarkan KLIK Pada Imej.
Kenyataan Jingga 13 Mahu Hasan Ali Mohon Maaf,Di Petik Dari Keadilandaily :
KUALA LUMPUR 18 Jan : NGO Jingga 13
Menuntut supaya Bekas Exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali
memohon maaf dari Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuduhan kononnya
ketua pembangkang itu menghalalkan homoseksual.Ia
berdasarkan laporan akhbar milik Umno, yang memutarbelitkan wawancara
Anwar dengan British Broadcating Corporation (BBC) baru-baru ini.
“Jingga
13 mengecam sekeras-kerasnya tindakan Dr Hassan Ali ini dan mendesak
beliau memohon maaf secara terbuka kepada Dato Seri Anwar Ibrahim demi
sekelumit maruah dan penghormatan kepadanya yang masih bersisa,” kata
Setiausaha Jingga 13, Saifuddin Shafie Muhamad.Menurut
Saifuddin, Jingga 13 mempersoalkan rasional kenyataan Hassan Ali itu
yang cenderung untuk memfitnah dan mengaibkan peribadi Anwar.
“Apakah
Dr Hassan Ali diperalatkan oleh musuh-musuh politik Dato Seri Anwar
Ibrahim untuk menjatuhkan imej beliau. Kenyataan Dr Hassan Ali ternyata
kosong dan tidak mempunyai fakta,” ujar beliau.Anwar
semalam mengemukakan notis saman sebanyak RM50 juta daripada Utusan
Malaysia ekoran dakwaan beliau menghalalkan homoseksual di negara ini.
Laporan
muka depan Utusan pada 17 Januari lalu bertajuk ‘Tolak Anwar- Hasan’
memetik kenyataan Hasan Ali, berdasarkan temubual Anwar dengan BBC.Anwar
yang diwakili syarikat guaman Edwin Lim, Suren & Soh menamakan
editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan
Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan