KUALA LUMPUR, 17 Jan — PAS Selangor menegaskan Dr Abd Rani Osman
tidak mempunyai sebarang masalah dengan Sultan Selangor, Sultan
Sharafuddin Idris Shah sehingga boleh menjejaskan peluang dilantik
sebagai exco kerajaan negeri yang baru menggantikan Datuk Dr Hasan Ali.
Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata selama ini
hubungan parti Islam itu dengan pihak Istana baik malah Abd Rani selaku
pesuruhjaya negeri juga sentiasa menjaga baik hubungan itu.
“Kita menghormati pihak Istana dan hubungan kita baik...tiada masalah
langsung, selain itu kita tidak pernah ada sebarang masalah dengan
Istana dan tiada isu antara pimpinan PAS Selangir dengan pihak Istana.
“Malah pandangan yang dikemukakan Dr Abd Rani (gambar)
juga tiada masalah, hubungan dengan Istana sentiasa dijaga dan saya
rasa isu ini sengaja ditimbulkan untuk mempengaruhi pihak Istana (dalam
membuat keputusan),” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Utusan
Malaysia hari ini bahawa Abd Rani berkemungkinan menghadapi kesukaran
untuk mendapat perkenan Sultan Selangor bagi dilantik sebagai exco
berikutan pertikaiannya berhubung isu tauliah mengajar selain kritikan
beliau terhadap pengagihan bantuan zakat oleh Majlis Agama Islam
Selangor (MAIS) kepada kerajaan negeri Perlis.
“Itu hanya cakap-cakap orang di bawah, kita minta cerita atau
spekulasi yang ditimbulkan ini dihentikan...kita serahkan kepada menteri
besar dan Tuanku untuk membuat penilaian,” tambah Mohd Khairuddin.
Selain itu, beliau menambah PAS Selangor sebulat suara mencadangkan
Abd Rani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru untuk
menggantikan Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat
keanggotaannya.
“Kita (PAS Selangor) sebulat suara mencadangkan pesuruhjaya (Abd
Rani) untuk menggantikan Dr Hasan dan setakat ini kita lihat tiada
masalah dengan cadangan itu.“Kita hanya berikan satu nama sahaja kepada kepimpinan PAS pusat,
tapi kita masih belum dapat sebarang maklumat terbaru daripada PAS pusat
dan juga menteri besar,” katanya.
Pelantikan exco yang bakal menggantikan Hasan akan diumumkan Menteri
Besar Tan Sri Khalid Ibrahim esok yang akan diadakan serentak dengan
upacara mengangkat sumpah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.Abd Rani menjadi pilihan untuk menggantikan Hasan yang sebelum ini
memegang jawatan Pengerusi Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur
dan Kemudahan Awam.
Selain mengatakan peluang Abd Rani akan terjejas, Utusan Malaysia
juga mengatakan Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi disebut-sebut akan
menggantikan kekosongan ditinggalkan Hasan.Mohd Khairuddin berkata Sultan Selangor akan menilai dan membuat keputusan terbaik dalam melantik exco yang baru.
“Kita yakin Tuanku akan menilai dengan baik dan membuat keputusan yang tepat,” katanya.Hasan dipecat keanggotaannya pada 8 Januari lalu kerana berulang kali
mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang bertentang dengan dasar parti
Islam itu.
Beliau dilihat tidak akan mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura
Ulama walaupun diberikan tempoh 30 hari sehingga 7 Februari depan.Hasan merupakan Adun Gombak Setia.TMI
ULASAN TINTA HIJAU DKB
Pada pandangan aku Dr Rani akan gantikan Hasan Ali sebagai Exco Selangor.Kenapa ?? pertamanya beliau merupakan pemimpin tertinggi Pas di Selangor yang sudah tentu diberi keutamaan oleh Pas Pusat dalam membuat keputusan ini.
.Keduanya,Pas Selangor hanya menghantar nama beliau kepada Pas Pusat untuk dipertimbangkan,dan mendapat sokongan sebulat suara.Apa apa pun tunggu je pengumuman rasmi esok...
ULASAN TINTA HIJAU DKB
Pada pandangan aku Dr Rani akan gantikan Hasan Ali sebagai Exco Selangor.Kenapa ?? pertamanya beliau merupakan pemimpin tertinggi Pas di Selangor yang sudah tentu diberi keutamaan oleh Pas Pusat dalam membuat keputusan ini.
.Keduanya,Pas Selangor hanya menghantar nama beliau kepada Pas Pusat untuk dipertimbangkan,dan mendapat sokongan sebulat suara.Apa apa pun tunggu je pengumuman rasmi esok...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan