Sabtu, 10 September 2011

Tok Guru Nik Aziz lawat Keluarga Wartawan BernamaTV Yang Terbunuh Di Somalia


SERDANG, 10 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluangkan masa melawat keluarga Allahyarham Noramfaizul, wartawan BernamaTV yang maut akibat terkena tembakan semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan tiba di kediaman keluarga Allahyarhan di Taman Serdang Raya kira-kira jam 9.30 pagi ini.

Turut serta dalam kunjungan itu delegasi Dewan Muslimat PAS Pusat yang diketuai Siti Zailah Yusuf.

Kunjungan tersebut sebagai tanda simpati terhadap kelurga atas pemergian Allahyarham Noramfaizul.

Kehadiran mereka disambut ibu bapa serta isteri dan dua anak Allahyarham.

Pada kunjungan itu juga, Tuan Guru Nik Aziz turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga Allahyarham.

Beliau juga menasihatkan ahli keluarga Allahyarham bersabar atas ketentuan Ilahi ke atas Noramfaizul.

Dalam kejadian pada Jumaat 2 September lalu, kenderaan yang dinaiki Noramfaizul, 39, dan petugas media Malaysia lain yang diiringi tentera kerajaan Somalia, ditembak ketika mereka dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan.

Beliau yang terkena tembakan itu di dada bagaimanapun meninggal dunia ditempat kejadian.

Insiden itu turut menyebabkan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, cedera di lengan.Hrkh

Kerusi Dun Johor : PAS 25, DAP 15, PKR?

PETALING JAYA: Dua komponen Pakatan Rakyat – PAS dan DAP – masing-masing mengatakan akan bertanding 25 dan 15 kerusi DUN Johor dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, Ketua PKR negeri Datuk Chua Jui Meng( gambar ) masih membisu mengenai perkara tersebut.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mahfodz Mohamed menegaskan parti itu sedia melepaskan enam atau tujuh kerusi kepada DAP dan PKR.

Ini adalah ekoran dari kemahuan PKR dan DAP yang mahu bertanding di lebih banyak kerusi di negeri kubu kuat Umno.
PAS bertanding 34 kerusi DUN dalam pilihan raya edisi 2008.

Beliau turut menambah bahawa calon bukan Melayu akan turut bertanding untuk PAS kali ini.

Calon bukan Melayu

“Calon bukan Melayu akan bertanding di Tiram atau Puteri Wangsa,” katanya.

R Kumutha bertanding atas tiket PAS di Tiram tetapi kalah dalam pilihan raya lepas.

Sementara itu, ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau memberitahu FMT bahawa DAP akan bertanding di 15 kerusi DUN.

“Berdasarkan situasi semasa kita mungkin juga akan bertanding di dua kerusi DUN lain,” jelas beliau ketika ditanya mengenai perancangan DAP di dalam PRU edisi ke-13.

Beliau turut menjelaskan isu berkenaan pengagihan kerusi parlimen.

“PKR telah bertanding 11, PAS sembilan dan DAP enam. Kita (DAP) mahu tambah satu atau dua kerusi lagi,” jelas Dr Boo yang juga Adun Skudai.

Deja vu

PKR Johor enggan memberitahu jumlah kerusi yang akan ditandingi parti itu tetapi pengerusinya berkata, beliau berasa deja vu untuk bertanding dalam pilihan raya.

“Saya telah bertanding dan menang sebanyak lima kali di kerusi parlimen Bakri,” kata Dr Chua berkenaan pengalaman lampaunya ketika bersama MCA.

“Namun jika kepimpinan parti (PKR) mahukan saya, maka saya akan bertanding,” kata beliau.

Bekas menteri kesihatan tersebut turut mendakwa bahawa kekalahan MCA di kerusi Bakri pada tahun 2008 adalah kerana pemilihan calon yang tidak sesuai.

“Ramai pihak di Bakri memberitahu saya bahawa mereka undi DAP kerana saya digugurkan dari senarai calon,” tambah Chua lagi.

MCA mencalonkan Tay Puay Chuan tetapi beliau tewas kepada Er Teck Hwa dari DAP.FMT

Penunjuk Perasaan Mesir Berjaya Halau Duta Israel

Penunjuk perasaan bertempur dengan askar Mesir di depan Kedutaan Israel, Kaherah awal pagi ini. — Foto Reuters

KAHERAH, 10 Sept — Duta Israel ke Mesir meninggalkan Kaherah hari ini ekoran gelombang keganasan yang menyaksikan penunjuk perasaan yang marah menyerbu bangunan misi rejim Yahudi itu di sini.

Media kerajaan melaporkan bahawa sebuah pesawat Israel tiba di Kaherah untuk membawa keluar duta, keluarganya dan kakitangan mereka kembali ke Tel Aviv.

Perkembangan terbaru ini membawa Mesir ke dalam krisis diplomatik paling buruk sejak Presiden Hosni Mubarak digulingkan Februari lalu.Keganasan meletus malam tadi.

Amerika Syarikat, yang menyalurkan berbilion dolar dalam bentuk kerjasama ketenteraan kepada Mesir sejak perjanjian damai dengan Israel pada 1979, melahirkan kebimbangan ekoran keganasan selepas penunjuk perasaan mencampakkan dokumen-dokumen kedutaan dan bendera Israel melalui tingkap.

Polis melepaskan tembakan ke udara dan gas pemedih untuk menyuraikan penunjuk perasaan. Penunjuk perasaan pula membakar tayar di jalan-jalan dan sekuarang-kurangnya dua kenderaan dibakar dekat dengan kedutaan, yang terletak di bahagian atas blok apartmen kediaman yang menghala ke Sungai Nil.

Ketika subuh tadi, kira-kira 500 penunjuk perasaan terus berada di jalan-jalan raya. Sesetengahnya membaling batu ke arah polis dan kenderaan tentera.

Ia merupakan keganasan kali kedua ke atas kedutaan itu sejak lima pengawal sempadan Mesir terbunuh dalam operasi Israel bulan lalu. Insiden itu telah menyebabkan Mesir memutuskan untuk menarik balik dutanya.

Duta Israel Yitzhak Levanon berlepas ke Tel Aviv bersama kakitangan dan keluarganya awal pagi ini.

Tindakan menarik balik diplomat Israel meskipun buat sementara waktu dari Mesir, negara Arab pertama menandatangani perjanjian damai dengan rejim Yahudi, akan menggugat keyakinan Israel.

Israel juga berhadapan dengan krisis diplomat dengan Turki, sejak minggu lalu ekoran serangan tentera laut Yahudi itu ke atas misi kemanusiaan ke Gaza, menyebabkan sembilan rakyatnya terbunuh Mei 2010.

“Tindakan ini menunjukkan kemarahan dan kekecewaan golongan revolusi muda Mesir ke atas Israel khususnya sejak serangan Yahudi yang menyebabkan askar-askar Mesir terbunuh,” kata penganalisis politik Mesir Nabil Abdel Fattah kepada Reuter

Video Khas Buat Zainal Keling.. Ini Apa?? Persoalan Yang Perlu Beliau Jawab !!!




Apa yang manusia-manusia dalam video ini buat.. Menatang apa perkataan MERDEKA yang dijerit-jeritkan tu.. MERDEKA sejenins makanan macam kangkung kot wahai profesor kangkung?? He..he..he..

Kenyataan Zainal Kling bahawa negara ini tak pernah dijajah adalah satu fasa yang amat mengelirukan.Setelah 54 tahun "merdeka" baru timbul isu ini.Persoalannya kenapa cendakiawan seperti Zainal Kling,Ramlah Adam tidak pernah dalam sejarah karier mereka sebagai sejarahwan membangkitkan perkara ini dan kenapa kini. Selama 54 tahun sistem pendidikan kita telah menyajikan kandungan matapelajaran yang menyimpang faktanya.

Jika kita tidak pernah dijajah kenapa kita melutut kepada British memohon diberikan kemerdekaan. Jika tidak dijajah kenapa kenapa Tunku bacakan Perishtiharan Kemerdekaan pada 31.8.1957.

Jika tidak dijajah oleh British kenapa Lord Reid menjadi 'ketua' dalam penulisan Perlembagaan Malaya.Tidak adakah anak watan yang berkebolehan.Kenapa mengenepikan Dato' Panglima Bukit Gantang seorang lulusan undang-undang yang menulis Perlembagaan Brunai tapi tidak untuk negaranya.

Jika tidak terjajah, kenapa sistem pentadbiran dan perundangan sampai hari ini bertunjangkan sistem British. Jika tidak dijajah kenapa lambang polis dan tentera sebelum 'merdeka' berlatarbelakangkan British.

Jika tidak dijajah,kenapa Inggeris meningggalkan legasi mereka dengan nama-nama 'besar' spt Henry Gurney, Templer,King George,King Edward dll.


Jika tidak dijajah kenapa British menjadikan sistem pendidikannya sebagai sistem pendidikan Malaya. Kami disajikan dengan nama-nama Francis Drake, Humprey Gilbert dll. Saya yakin Zainal Kling dan Ramlah Adam juga lahir dari sistem ini.

Jika ini dapatan para sarjana sejarah, ianya merupakan yang amat malang bagi seluruh umat Malaysia.Hentikanlah mockery ini. Sekurang-kurang ada hikmat isu ini diketengahkan,dan ada manusia-manusia bacul bergelar sejarahwan mula berani buka mulut,dan menyedarkan bahawa sejarah Malaysia ini sesuatu yang 'bankrupt' hasil manipulasi politik.

Banyak lagi persoalan yang ada kita menanti respond dari MPN yang bernaung di bawah KPT.


Kenyataan Zainal Kling DISINI

Mohamad Sabu saman Utusan Isnin ini

BUKIT MERTAJAM, 10 Sept: "Masanya dah tiba saya saman Utusan Malaysia sampai bankrap sesuai dengan fitnah yang sengaja diatur untuk menjatuhkan maruah saya sekaligus bertujuan melumpuhkan pengaruh PAS bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kekal," jelas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau ketika berucap di majlis mengutip dana Pondok Turith di Kampung Sekolah, Juru, Bukit Mertajam malam tadi menegaskan, masa yang diberikan kepada Utusan Malaysia selama 24 jam untuk menarik balik siaran muka depan ‘Mat Sabu hina pejuang' sudah berakhir dan saman akan bermula Isnin ini.

Katanya, semua maklumat telah pun diserahkan kepada peguam dan terserah kepada peguam beberapa tuntutan yang harus dikenakan selari dengan fitnah yang tidak henti-henti selama 15 hari berturut-turut.

Tambahnya, tindakan itu bukan untuk mencari kekayaan sebaliknya mahu pengamal media di negara ini bersikap adil dan telus dalam setiap penyiaran berita dan tidak mencipta cerita yang bukan-bukan semata-mata untuk mewujudkan prasangka yang tidak baik terhadapnya, PAS dan Pakatan Rakyat.

"Saya diluku sampai hari ini padahal ceramah saya dah lama dan banyak fakta yang direka merapu dan tak wujud.

“Saya tidak langsung diberikan peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar yang ada dalam TV, saya bercakap tak dak suara, macam itik," jelasnya disambut laungan Allahuakbar dan reformasi para hadirin.

Berceramah sama pada malam tadi ialah Pengarah Pilihan raya PAS Pulau Pinang, Rosidi Husain, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri, Amirudin Ahmat.Hrkh

Mennyanggah Kenyataan Zainal Kling,Kalau Tak Pernah Dijajah Kenapa Sambut Merdeka

KUALA LUMPUR, 9 Sept: “Kalau kita tak pernah dijajah, buat apa sambut merdeka?” tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam bidasan sinis sebagai reaksi spontan kepada kenyataan sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang berhujah bahawa berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu ‘tidak pernah terjajah’, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.
“Sekiranya benar begitu, jadi maksudnya 31 Ogos 1957 bukanlah tarikh merdeka. Jadi Dr Zainal secara tidak langsung nak bagitahu rakyat dah terkena tipu 54 tahun oleh Umno ke?” sindir beliau lagi.
Malaysiakini melaporkan bahawa Zainal berhujah berkata “fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British).”
“Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.
Beliau turut mendakwa adalah kesalahan yang amat besar jika rakyat menyebut negara kita terjajah selama 400 tahun kerana menurutnya sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.
"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.
"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.
"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," Malaysiakini memetik beliau sebagai berkata.
Berdasarkan hujah Zainal, Tuan Ibrahim bertanya secara sinis ‘adakah tarikh merdeka sebenar ialah apabila Jepun kalah dalam Perang Dunia ke 2?’
“Rakyat semakin ‘fening’ di bawah pemerintahan Umno. Sebenarnya ini menandakan bahawa pemikiran rakyat masih terjajah dengan pelbagai fakta mengelirukan,” kata beliau.
Sementara itu, bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyindir hujah yang dibuat Dr Zainal.
“Prof Zainal Kling kata bahawa 'kita tidak pernah dijajah, siapa kata kita pernah dijajah itu kesalahan besar'..ertinya selama ini ramai yang tertipu..seruan menghalau penjajah, bebas dari penjajah, merdeka dari penjajahan itu semua itu tidak benar.. satu kesalahan besar..” tulis beliau secara sinis di laman Facebooknya.
“Kemerdekaan lawan bagi kehambaan atau penjajahan..ertinya tiada hari merdeka yang sebenar..kita tidak pernah dijajah..buku sejarah mesti diubah semula..entahlah..siapa yang hendak berteori silalah lagi..macam-macam ada..” tambah beliau lagi.
Sementara itu, Ketua Pengarang Siasah, Mohd Sayuti Omar turut menyindir Zainal dengan soalan-soalan bertubi di blognya.
“Saya ingin tanya profesor yang mahir sejarah itu, apakah yang dilakukan oleh British semasa mereka melindungi Tanah Melayu dalam tempoh itu mereka tidak melaksanakan kerja-kerja menjajah Tanah Melayu.