Khamis, 18 Ogos 2011

Jangan libatkan Sultan dalam isu Jais - PAS

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – PAS menegaskan tiada pihak yang mempertikaikan tindakan Jabatana Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya, sebaliknya hanya mahu penjelasan sebenar daripada agensi penguatkuasaan agama itu.
Pemimpin-pemimpin PAS menegaskan tidak timbul soal mempertikaikan tindakan Jais atau tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama negeri tapi semua pihak hanya mahu mendapatkan penjelasan.
Menjawab pendirian Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menegaskan, dakwaan mengatakan ada pihak termasuk parti politik mempertikaikan tindakan Jais apatah lagi mempersoalkan kuasa Sultan Selangor.
“Dalam Islam yang kita tidak boleh pertikaikan adalah al-Quran dan sunah, itu tidak boleh pertikai... satu ayat pun kita tidak boleh pertikai, kalau kita pertikai akidah kita boleh terjejas.
“Jadi dalam isu Jais ini, kita tidak pertikaikan pun cuma kita nak dengar penjelasan... apa salahnya? Islam adalah agama hujah, hujah atas fakta dan dalam isu ini kita bukan pertikai tapi mahukan penjelasan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Tegas beliau, PAS tidak akan berkompromi sekiranya benar wujud kegiatan memurtadkan umat Islam pada majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di Gereja Methodist Damansara Utama.
“Kalau betul ada usaha untuk memurtadkan umat Islam, kita akan sokong (tindakan).
“Apa salahnya kalau kita mahukan penjelasan, kita bukan pertikai, cuma nak jawapan mengenai apa yang berlaku... sebab itu kita bercadang mahu mengadakan pertemuan dengan Jais dan Gereja Methodist Damansara Utama,” katanya sambil menambah, kontroversi semasa ini boleh diselesaikan tanpa melibatkan Sultan Selangor.
Tambah Abdul Rani: “Kalau boleh selesaikan di (peringkat) bawah, tidak perlu dibawa ke Sultan Selangor.”
Pagi ini, The Malaysian Insider membawa laporan, Pengerusi Mais Datuk Mohd Adzib Isa menegaskan, mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama secara tidak langsung tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri.
Beliau berkata, ini kerana Jais tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor, sebaliknya agensi penguatkuasaan itu terletak di bawah kuasa Sultan Selangor.
“Sultan Selangor adalah ketua agama negeri Selangor dan dari segi strukturnya Mais terletak di bawah Sultan Selangor dan Jais terletak di bawah Mais.
“Jais adalah badan bebas... tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor dan Jais adalah pelaksana atau badan pentadbiran,” katanya.
Justeru beliau meminta semua pihak tidak mempertikaikan tindakan Jais yang melakukan pemeriksaan ke atas majlis malam malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu yang mendapat kritikan banyak pihak.
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, persoalan yang timbul berikutan dokumen-dokumen sulit berkaitan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama terbongkar.
Tegas beliau, sepatutnya dokumen-dokumen sulit itu termasuk rakaman video tidak didedahkan sehingga hasil siasatan selesai.
“Saya lihat tiada siapa yang pertikai tindakan Jais, apa yang menjadi tanda tanya adalah siasatan masih belum selesai, tetapi bukti-bukti dan dokumen sudah tersebar di blog-blog.
“Sepatutnya ia menjadi rahsia dan bila ini terjadi timbul tanda tanya siapa yang keluarkan bahan bukti ini... kalau timbul persoalan ini, kita tidak boleh salahkan rakyat,” katanya.
Jelas Tuan Ibrahim, walaupun Jais terletak di bawah bidang kuasa Sultan Selangor tetapi agensi itu masih terikat di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
“Jais juga terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri termasuk di bawah Exco.
“Tindakan Jais ini melibatkan kepentingan orang ramai, kita bukan pertikai bidang kuasa tapi penguatkuasaan itu kadang-kadang timbul tanda tanya. Apa yang dipertikaikan penguatkuasaan Jais bukan kuasa Sultan Selangor dan kalau kita lihat tindakan yang diambil (Jais) itu kadang-kadang juga berat sebelah,” katanya.
Tambah beliau, semua pihak sedar Jais terletak di bawah bidang kuasa Sultan Selangor dan ia tidak pernah dipertikaikan.

Isyarat kehancuran BN: Kemanakah MCA, MIC dan Gerakan?

Oleh Iskandar Dzulkarnain, Stan lee

Sejak Pilihanraya Umum yang lepas, semua orang telah bertanya persoalan ini, apakah MCA, MIC dan Gerakan sedang tunggu? Mereka tidak boleh melihat bahawa kaitan politik mereka dalam BN telah berhenti? Asas sokongan mereka terus terhakis dengan orang orang kecewa meninggalkan mereka beramai-ramai. Tiada siapa yang berminat untuk mereka, dan tentunya tidak UMNO.
MCA telah dipanggil banyak nama oleh Nazri pada masa lalu, dan terbaru kemungkinan BN-DAP ikat pertalian di atas pangkuan MCA. MCA yang paranoid kini bergegas untuk membendung kerosakan. Setelah gagal untuk mengembalikan keyakinan orang Cina, kedua-dua MCA dan Gerakan mungkin gagal pada pilihan raya akan datang. UMNO ragu-ragu pada keupayaan untuk mengekalkan kerusi mereka, apatah lagi memenangi apa-apa untuk BN.
Presiden Gerakan Koh Tsu Koon juga telah dibebani penderaan lisan sejak akhir-akhir ini dari akhbar Utusan milik UMNO dan kumpulan BN-penggubal undang-undang bebas. Mereka ini telah secara terbuka mengejek dan meminta Koh untuk meninggalkan Gerakan agar parti itu boleh mempunyai peluang untuk memenangi beberapa kerusi di Pulau Pinang.
Ketiba-tibaan UMNO dalam mengubah peranan situasi menimbulkan spekulasi kehancuran BN dan ahli-ahli politik BN yang mungkin meninggalkan kapal yang tenggelam. Kenyataan Nazri telah mula menggoyahkan iklim politik Malaysia yang sensitif.
Walaupun Nazri telah menafikan mengundang DAP, tidak ramai yang ragu bahawa dia hanya melonggarkan belon percubaan bagi pihak Perdana Menteri Najib Razak dan UMNO. Adakah mereka rasa pergolakan politik dalam masa terdekat atau yang cuba mereka dengan palam kebocoran besar di dalam kapal besar BN dengan mengambil langkah-langkah keselamatan? Atau mereka boleh cuba untuk menenggelamkan KD Pakatan Rakyat dan ketua pasukannya , Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Boleh MCA, MIC dan Gerakan meninggalkan BN?

Apabila UMNO mula menggunakan Perkasa untuk membangkitkan perasaan perkauman, ia adalah isyarat jelas untuk MCA, MIC dan Gerakan yang mereka telah menjadi liabiliti politik. Mengapa pemimpin-pemimpin 3 pihak ini secara kasar yang dipanggil 'The Three Blind Mice' - terus melekat di sekeliling, tiada siapa yang tahu dan ramai yang percaya bahawa mereka patut meninggalkan BN lama dahulu. Tetapi seperti lintah, mereka terjebak dan terus didera, tidak dapat bercakap atau berbuat baik kerana mereka mendapat ketua yang sombong UMNO.
Tetapi serius, bolehkah mereka meninggalkan BN?Ya.
Adakah pemergian mereka akan mewujudkan vakum kuasa yang akan menghakis cekikan UMNO pada politik Malaysia? Tidak.
Adakah UMNO membenarkan pihak-pihak ini untuk meninggalkan gabungan itu? Tidak.Mengapa tidak? Kerana itulah UMNO. Seperti Dracula, ia akan melekat ke MCA, Gerakan dan MIC sehingga tidak ada setitik darah yang tinggal dan barulah ia akan melemparkan mayat-mayat tidak bermaya mereka tanpa berfikir. Ini tidak dramatik, ia adalah mudah untuk UMNO untuk 'memeras ugut' ketiga-tiga yang tinggal kerana kebanyakan pemimpin mempunyai 'skandal' bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tiba-tiba boleh gali. Dapat bayangannya?

Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang Dibakar


Ibu pejabat DAP Pulau Pinang yang disimbah cat merah empat hari lalu, sekali lagi menjadi sasaran dengan percubaan membakar bangunan itu. Kali ini deretan akhbar lama yang diletakkan di luar bangunan itu dinyalakan pada kira-kira jam 3 pagi.

ADUN Komtar Ng Wei Aik, yang menulis di Twitter berkata: “Ada orang cuba bakar HQ DAP Pulau Pinang sekitar jam 3 pagi.

Semua suratkhabar di luar HQ dibakar. Serangan kedua selepas empat hari.” NONEKetika dihubungi, Ng berkata api berjaya dipadamkan oleh jiran-jiran di kawasan itu dan Jabatan Bomba kira-kira 20 minit kemudian. Bomba datang kira-kira 15 minit kemudian, setelah dihubungi oleh penduduk tempatan.

Tindakan mereka berjaya menghalang api daripada merebak ke bahagian lain bangunan itu. "Sebiji botol dijumpai tetapi kita tidak dapat menentukan sama suspek itu menggunakan minyak tanah untuk memulakan api.

Bomba telah ambil botol itu untuk diuji,” katanya. "Seorang jiran yang tinggal di hadapan bangunan nampak seseorang menaiki motosikal meninggalkan kawasan itu selepas api dinyalakan.” Ng percaya kejadian itu bermotifkan politik dan katanya, DAP akan membuat laporan polis pagi ini.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow iakan mengadakan sidang akhbar pada jam 10.30 pagi ini bagi memberikan butiran kejadian kepada wartawan.

Ahad lalu, ibupejabat DAP di Jalan Talipon ini dan pusat perkhidmatan Ng di Lorong Seratus Tahun, disimbah dengan cat. Pintu masuk, pagar dan lantai kedua-dua premis tersebut disimbah dengan cat oren, manakala papan tanda disimbah cat merah.

Sebuah kereta yang diletakkan di hadapan pusat perkhidmatan Ng juga turut disimbah cat. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada sidang akhbarnya semalam berkata serangan cat empat hari lalu mungkin berkaitan dengan tindakan Majlis Fatwa Pulau Pinang yang membuat larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh.M'kini.