Khamis, 11 Ogos 2011

JPN diam diri isu Mismah


SHAH ALAM – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terus mengambil sikap berdiam diri berhubung isu kad pengenalan Mismah yang bertukar status daripada penduduk tetap (PR) kepada warganegara yang didakwa pembangkang diperolehi dalam tempoh singkat.

Sinar Harian menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung dakwaan itu kerana kakitangan JPN yang dihubungi memberitahu hanya Ketua Pengarah Datin Jariah Mohd Said boleh mengeluarkan kenyataan, tetapi beliau bercuti.

Sinar Harian juga ingin mendapatkan penjelasan beberapa perkara lain.

Ia termasuk mengenai laporan sebuah portal berita me-ngenai wujudnya nombor kad pengenalan lama 1479323 yang dimasukkan ke dalam sistem SPR yang menunjukkan dua kemasukan di bawah nama Sa’ad bin Samsudin tetapi dengan dua nombor MyKad yang berbeza iaitu 380913105681 dan 510913105553.

Juga terdapat nama Mohd Rashid bin Ismail (IC lama: 6397062) yang mempunyai dua pendaftaran di kawasan Parlimen Taiping (MyKad: 620108086991) dan kerusi Parlimen Bukit Gantang (MyKad: 620108086713).

Apabila kedua-dua nombor MyKad dimasukkan dalam sistem online JPN, keputusannya menunjukkan kad pertama telah diambil, manakala kad kedua sedia untuk diserahkan ke pejabat JPN Kuala Lumpur.SH

Isu Gereja : Penjelasan Jais

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Selepas lebih seminggu laporan media, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini tampil membuat penjelasan berhubung kontroversi “serbuan” ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dan menegaskan ia hanya “pemeriksaan biasa untuk memastikan kehadiran orang Islam.”
Tegas Pengarah Jais Marzuki Hussin, pemeriksaan itu dilakukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 berdasarkan maklumat majlis makan malam muhibah itu diadakan di sebuah gereja.
“Jais hari ini menegaskan kepada umum bahawa tiada ‘serbuan’ yang dilakukan pegawai penguatkuasa Jais dan polis di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu sebaliknya hanyalah pemeriksaan untuk memastikan kehadiran orang Islam.
“Pada hari itu pemeriksaan dilakukan berdasarkan maklumat bahawa majlis ibadat berbuka puasa akan diadakan bersama majlis makan malam muhibah di sebuah gereja,” katanya menambah pemeriksaan telah dilakukan kira-kira pukul 9.45 malam.
“Pada hari itu pemeriksaan dilakukan berdasarkan maklumat bahawa majlis ibadat berbuka puasa akan diadakan bersama majlis makan malam muhibah di sebuah gereja,” katanya menambah, pemeriksaan telah dilakukan kira-kira pukul 9.45 malam.
Beliau juga menegaskan pihaknya telah membuat rundingan dengan penganjur, di luar dewan dan telah meminta izin untuk melakukan pemeriksaan.
“Jais menegaskan bahawa rundingan yang diadakan dengan penganjur di luar dewan majlis berkenaan membuktikan tuduhan kononnya Jais membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk adalah tohmahan-tohmahan liar semata-mata.
“Bahkan Jais telah meminta izin masuk dan hanya dibenarkan masuk ke dewan berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan setelah majlis selesai pada pukul 11 malam,” katanya.
Tegas Marzuki, tiada sebarang bentuk kekasaran dilakukan oleh pihaknya sepanjang melakukan pemeriksaan dijalankan.
“Tiada sebarang kekasaran yang dilakukan oleh pegawai penguatkuasa Jais pada malam itu.
“Jais merasa amat kecewa apabila banyak pihak yang mengatakan pemeriksaan tersebut dilakukan secara tidak beretika oleh pegawai penguatkuasa Jais,” katanya.
Tambah beliau, selepas majlis makan malam muhibah itu selesai baru pihaknya dibenarkan membuat pemeriksaan di dalam dewan pada pukul 11 malam.
“Dalam masa lebih kurang 10 minit sahaja pegawai penguatkuasa Jais dan polis telah diarah keluar daripada dewan oleh penganjur.
“Walaupun tindakan tersebut seolah-olah mempertikaikan kuasa Jais dan polis dalam menguatkuasakan undang-undang ke atas orang Islam, Jais dan polis tidak menggunakan kuasa menahan penganjur atau membuat tangkapan,” katanya.
Jais turut memeriksa 12 individu beragama Islam yang hadir dalam majlis makan malam itu namun tiada tangkapan dibuat.
Marzuki juga mengesahkan seramai 12 individu beragama Islam hadir dalam majlis itu dan hanya diambil butiran dan diminta hadir ke sesi bimbingan dan kaunseling.TMI

Muslim Cina Haram Berpuasa ???


Kini Muslim Uighur kembali menderita terbaru akibat tindakan keras pemerintah Cina terhadap minoriti etnik di wilayah barat laut Xinjiang itu dengan larangan berpuasa dan beribadah di masjid-masjid.

"Jika ada tokoh agama bertazkirah Ramadhan atau mendorong orang untuk ambil bagian, maka mereka akan kehilangan keizinan permit untuk berdakwah," kata Dilxat Raxit, juru cakap Kongres Uighur Dunia yang berpangkalan di Munich minggu lalu. "Kes yang lebih serius apabila penangkapan dibuat bagi mereka yang melakukan ibadah tarawih yang dinilai menyalahi undang-undang" katanya lagi.

Dibawah pemerintahan Beijing, Pemerintah Daerah Xinjiang, penduduk Islam diminta menandatangani 'surat akuan' yang isinya berjanji untuk tidak berpuasa dan solat tarawih atau kegiatan keagamaan lainnya selama ramadhan.

Sementara perusahaan swasta menawarkan makanan disiang-hari kepada pekerja Muslim Uighur. Siapa yang menolak untuk makan akan kehilangan bonus tahunan mereka, atau bahkan pekerjaan mereka, Raxit menambahkan.

Sasaran juga termasuk sekolah Islam, untuk menyediakan makan diwaktu siang hari selama masa puasa. Seorang warga Uighur Beijing mengatakan siswa di bawah 18 tahun dilarang puasa selama bulan Ramadhan. Selain itu, pemerintah memaksa restoran di wilayah majoriti Muslim untuk tetap dibuka sepanjang hari.

Kawalan juga dilakukan kepada mereka yang cuba untuk menghadiri solat di masjid-masjid. Mereka harus mendaftar dengan kad pengenalan mereka. "Mereka harus mendaftar, dan setelah selesai solat dan berdoa mereka tidak diizinkan untuk berkumpul dan berbicara satu sama lain," tegasnya.

Sehari sebelum dimulainya bulan suci ramadhan bagi umat Islam Cina, setidaknya 11 orang terbunuh dalam rangkaian serangan di wilayah utara-barat Xinjiang. Pihak pemerintah Cina menyerang minoriti etnik setelah polis Cina menembak mati dua Muslim pada minggu lalu.

Sebelum 18 orang Islam dibunuh dalam serangan di wilayah Xinjiang yang bergolak. Setelah kerusuhan, lebih dari 100 orang Uighur ditahan pemerintah Cina. Penduduk setempat mengatakan, kebanyakan dari mereka yang ditahan dan dituduh adalah mereka yang tengah beribadah di masjid dan istri mereka yang mengenakan jilbab.

http://ustsaifulbahri.blogspot.com/