KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Selepas lebih seminggu laporan media, Jabatan
Agama Islam Selangor (Jais) hari ini tampil membuat penjelasan berhubung
kontroversi “serbuan” ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dan
menegaskan ia hanya “pemeriksaan biasa untuk memastikan kehadiran orang
Islam.”
Tegas Pengarah Jais Marzuki Hussin, pemeriksaan itu dilakukan di
bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 berdasarkan
maklumat majlis makan malam muhibah itu diadakan di sebuah gereja.
“Jais hari ini menegaskan kepada umum bahawa tiada ‘serbuan’ yang
dilakukan pegawai penguatkuasa Jais dan polis di Gereja Methodist
Damansara Utama pada 3 Ogos lalu sebaliknya hanyalah pemeriksaan untuk
memastikan kehadiran orang Islam.
“Pada hari itu pemeriksaan dilakukan berdasarkan maklumat bahawa
majlis ibadat berbuka puasa akan diadakan bersama majlis makan malam
muhibah di sebuah gereja,” katanya menambah pemeriksaan telah dilakukan
kira-kira pukul 9.45 malam.
“Pada hari itu pemeriksaan dilakukan berdasarkan maklumat bahawa
majlis ibadat berbuka puasa akan diadakan bersama majlis makan malam
muhibah di sebuah gereja,” katanya menambah, pemeriksaan telah dilakukan
kira-kira pukul 9.45 malam.
Beliau juga menegaskan pihaknya telah membuat rundingan dengan
penganjur, di luar dewan dan telah meminta izin untuk melakukan
pemeriksaan.
“Jais menegaskan bahawa rundingan yang diadakan dengan penganjur di
luar dewan majlis berkenaan membuktikan tuduhan kononnya Jais membuat
serbuan, kekasaran serta pecah masuk adalah tohmahan-tohmahan liar
semata-mata.
“Bahkan Jais telah meminta izin masuk dan hanya dibenarkan masuk ke
dewan berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan setelah majlis selesai
pada pukul 11 malam,” katanya.
Tegas Marzuki, tiada sebarang bentuk kekasaran dilakukan oleh pihaknya sepanjang melakukan pemeriksaan dijalankan.
“Tiada sebarang kekasaran yang dilakukan oleh pegawai penguatkuasa Jais pada malam itu.
“Jais merasa amat kecewa apabila banyak pihak yang mengatakan
pemeriksaan tersebut dilakukan secara tidak beretika oleh pegawai
penguatkuasa Jais,” katanya.
Tambah beliau, selepas majlis makan malam muhibah itu selesai baru
pihaknya dibenarkan membuat pemeriksaan di dalam dewan pada pukul 11
malam.
“Dalam masa lebih kurang 10 minit sahaja pegawai penguatkuasa Jais dan polis telah diarah keluar daripada dewan oleh penganjur.
“Walaupun tindakan tersebut seolah-olah mempertikaikan kuasa Jais dan
polis dalam menguatkuasakan undang-undang ke atas orang Islam, Jais dan
polis tidak menggunakan kuasa menahan penganjur atau membuat
tangkapan,” katanya.
Marzuki juga mengesahkan seramai 12 individu beragama Islam hadir
dalam majlis itu dan hanya diambil butiran dan diminta hadir ke sesi
bimbingan dan kaunseling.TMI
Majlis muhibah apa benda buat kat gereja,buatlah kat tempat terbuka...
BalasPadam