Sabtu, 9 Julai 2011

Video & Gambar : Pejuang Gagah Berani ' PATRIOT ' Lari Lintang Pukang Dihambat FRU








Kah..kah..kah.. lari lintang pukang diorang ye.Maklumlah bukannya pernah ada pengalaman camni.Apa yang lebih memalukan,habis bendera jalur gemilang mereka buang.Nasib baiklah abang Polis tolong angkat.

Bendera negara tak penting apa apa pun selamatkan diri dulu !!! muahahaha...Patriot konon baru dah kena gas sikit bendera lambang kedaulatan negara berterabur atas jalanraya.Cakap je berdegar2 ekor bergelumang taik uwekkk!!!

Identiti langsung takde,laungan mereka pun tiru Pakatan Rakyat punya khakkk ptuihhhh....memalukan...

Video & Gambar : Sekitar Himpunan Bersih 2.0 Di Melbourne, Australia







Dari Melbourne, Australia : Penyokong Bersih 2.0 turut berhimpun dengan membawa kain rentang dan plakad lambang Bersih 2.0. Mereka berhimpun di Federation Square, menuntut pembaharuan pilihan raya di Malaysia.

Bebaskan Presiden Kami Atau 1 Juta Ahli Pas Berkampung Di Bukit Aman !!!

KUALA LUMPUR, 9 Julai: PAS menuntut supaya Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dibebaskan segera sebelum satu juta ahlinya turun berkampung ke Bukit Aman.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dalam sidang medianya menuntut Abdul Hadi dibebaskan dalam masa 24 jam sebelum ahli-ahli PAS dari seluruh pelusuk negara datang berhimpun di Bukit Aman.

Abdul Hadi ditahan polis di KL Sentral bersama setiausaha politiknya, Dr Shamsuri Mokhtar dan dibawa naik ke trak polis.

Beliau kemudiannya di bawa ke Balai Polis Jinjang.Dari sana, Abdul Hadi dimaklumkan dibawa ke IPK Kuala Lumpur oleh sebuah kereta polis.

Selain Abdul Hadi, turut ditangkap adalah lebih 500 peserta perhimpunan termasuk pemimpin kanan Bersih dan Pakatan Rakyat di samping Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Mohamad Sabu, Datuk S Ambiga, Azmin Ali, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Tian Chua dan lain-lain turut ditangkap.Hrkh

P/S Update 7.15 pm : Tuan Guru Presiden telah dbebaskan sebentar tadi....

Gambar : Bersih 2.0,DS Anwar Dilaporkan Cedera

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditenangkan anaknya, Nurul Izzah di bilik Hotel Hilton KL selepas dikatakan cedera semasa polis melepaskan gas pemedih mata di sekitar Kuala Lumpur, Sabtu. — Foto Reuters
Turut cedera pembantu Ds Anwar Ibrahim

Dalam satu sidang akhbar, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar, N Surendran dan timbalan setiausaha agung PAS, Syed Azman mengutuk kekejaman polis yang didakwa mereka menyebabkan kecederaan terhadap beberapa pemimpin Pakatan.

Mereka berkata, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah dihantar ke Hospital Pantai, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan pemimpin BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan A Samad Said juga mengalami kecederaan.

Gambar Presiden Pas Ditahan Polis

Datuk Sri Tuan guru Hj Abdul Hadi Awang dan S/U Politiknya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berada didalam trak Polis sebelum dibawa ke Balai Polis Jinjang

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangkap di stesen KL Sentral kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Beliau dibawa dengan trak polis ke Balai Polis Jinjang.Turut ditangkap ialah setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sebelum itu timbalannya Mohammad Sabu dan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga turut ditangkap.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub juga ditangkap di KL Sentral pada jam 12.24 tengah hari dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Selain mereka, lebih 400 sudah ditangkap dan Pasukan Peguam PAS telah mengenalpasti lebih 133 orang dari mereka.

Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang atau Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak.Hrkh

Gambar : Bersih VS Patriot,Mana Yang Lebih Dapat Sambutan

Penyokong Bersih yang mula berarak menuju Stadium Merdeka.Korang bandingkanlah melalui foto2 ini,Bersih atau Patriot yang lebih nendapat sokongan rakyat :









Bersih 2.0 : [ Kemaskini ] LANGSUNG Sehingga Jam 2:10 PM


2.10pm: Puduraya - Polis dilaporkan semakin garang terhadap penunjuk perasaan. Ada yang diheret. Seorang penunjuk perasaan juga dilaporkan cedera dengan kepalanya berdarah.
2.05pm: Puduraya - Polis terus bertindak menangkap lebih ramai penunjuk perasaan dengan anggota polis bergerak dalam kumpulan lima dan enam orang bagi menangkap individu tertentu.

Mereka juga didakwa dilihat menumbuk dan menolak tahanan. Beberapa tahanan wanita juga dilaporkan dikasari.
2:01: Bukit Bintang - perarakan Patriot telah terhenti seketika.

NONEMenurut sumber-sumber Pemuda Umno, kumpulan itu sedang menunggu selepas laluan mereka ke Stadium Merdeka dihalang pihak polis.

Kumpulan itu juga sedang menunggu kumpulan kecil penyokong Pemuda Umno yang berarak dari Kampung Attap dan PWTC.
2pm: Hotel Hilton - Hujan masih turun di luar hotel dan suasana di dalamnya tegang ketika pemimpin Pakatan Rakyat bersedia untuk berarak.

Bagaimanapun, mereka kelihatan bertenaga dan berikrar untuk meneruskan perarakan ke Stadium Merdeka bila dapat melepasi benteng polis di luar hotel yang menunggu kemunculan mereka.

Pemimpin Pakatan dikelilingi oleh wartawan ketika mereka bergerak keluar perlahan-lahan.
NONE1.59pm: Menara Maybank - Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah kira-kira orang ramai yang kini dianggarkan berjumlah tidak kurang 10,000 orang. Mereka berarak di hadapan bangunan Menara Maybank dan sepanjang Jalan Tun Perak.

Mereka dari arah Masjid Jamek pula mula bergerak ke arah Puduraya.

Polis melepaskan gas pemedih mata selepas tembakan meriam air gagal menyekat kemaraan rakyat. Ramai juga yang pulih selepas terkena tembakan gas pemedih mata bangkit semula dan terus berarak.
1.57pm: Hotel Malaysia - Khairy Jamaluddin muncul di perhimpunan Pemuda Umno dan memberi ucapan ringkas. Katanya, BERSIH 2.0 tidak boleh disokong kerana ia telah resapi parti-parti pembangkang.

NONEBeliau kemudian mengetuai kumpulan itu berarak menuju ke Stadium Merdeka.
1.55pm: Hujan mula mencurah di Kuala Lumpur.

1.52pm: Masjid Jamek - Terdapat sekurang-kurangnya empat trak polis di stesen LRT Masjid Jamek sekarang ini.

Orang ramai yang berhimpun terpaksa bersurai kerana polis telah melepaskan gas pemedih mata tetapi mereka dijangka berkumpul semula.
1:44pm: Menara Maybank - Trak meriam air melepaskan tembakan ke atas orang ramai untuk kali kedua - kali ini menggunakan air bercampur kimia dan pewarna biru.

NONEDaripada bersurai, orang ramai teras bergerak. Sesetengahnya kelihatan menumbuk trak meriam air.

Ini diekori dengan satu lagi pusingan gas pemedih mata yang dapat menyuraikan orang ramai secara perlahan-lahan.
1:43pm: Masjid Jamek - Sekumpulan kira-kira 10 pegawai polis tugas am yang memakai topeng gas, mengejar penunjuk perasaan yang berlari lintang pukang ke dalam kawasan Masjid India. [video - 17 saat]
1:40pm: Menara Maybank - Tembakan meriam air dilepaskan terhadap 1,000 penunjuk perasaan.
NONE1:38pm: LRT Masjid Jamek - Seorang pegawai polis dengan menggunakan pembesaran suara mengumumkan: “Perhimpunan hari in tak ada kebenaran jadi diminta semua bersurai serta merta atau kami suraikan dengan kekerasan.”

Pegawai itu juga memberi masa tiga minit kepada orang ramai supaya bersurai.

Ia dijawab dengan laungan 'Takbir" dan ejekan dari orang ramai yang berjumlah kira-kira 500 orang.

1.35pm: Kenyataan akhbar dari IPK KL.

Setakat ini, 540 orang telah ditangkap (479 lelaki, 58 wanita, tiga remaja bawah umur) untuk disiasat.

NONEAntara yang ditahan itu, 11 kerana memakai baju T kuning BERSIH 2.0 dan seorang yang memakai baju merah PATRIOT.

Sementara itu, tiga individu yang dipercayai pemimpin perhimpunan itu juga telah ditangkap. Mereka adalah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, dan naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
1.33pm: Jalan Tun Perak - pemimpin PAS Dr Hatta Ramli yang memegang sebuah pembesar suara memberitahu kira-kira 4,000 hadirin bahawa naib presiden parti itu Mahfuz Omar dan lebih 300 yang lain telah ditangkap.

"Perjuangan rakyat memerlukan pengorbanan... Mereka di bawah umur 40 tidak pernah menyaksikan demokrasi di negara ini,” katanya.

Orang ramai menyambut ucapan itu dengan laungan "Allahuakbar".

Bersih 2.0 : Ratusan Ditahan Menjelang Tengahari

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Beberapa jam menjelang perhimpunan yang Bersih 2.0 rancang untuk adakan, polis telah memulakan tangkapan sejak awal pagi tadi.

Pergerakan Pemuda Umno juga merancang untuk mengadakan perhimpunan balas petang ini. Maklumat diterima dari ibu pejabat polis Bukit Aman menunjukkan 321 orang telah ditahan termasuk 17 wanita setakat 12 tengah hari, termasuk lapan wanita

Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan diadakan di Stadium Merdeka.

The Malaysian Insider mendapati di pusat membeli-belah Sogo, seramai 18 individu ditahan kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Sementara itu, di kawasan berdekatan stesen LRT Masjid Jamek setakat 10.30 pagi tadi, tujuh individu disyaki peserta Himpunan Bersih 2.0 ditahan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata pihaknya menghantar sepasukan anggota polis ke lokasi tersebut.

Polis juga menahan sekumpulan orang, dipercayai peserta perhimpunan di stesen kereta api lama di Jalan Kinabalu.

Polis dengan bantuan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) memperketatkan kawalan dengan memeriksa semua penumpang LRT, Komuter dan Monorel diperiksa.Selain itu, polis juga memeriksa semua kenderaan yang memasuki ibu negara.

The Malaysian Insider difahamkan seramai 21 individu telah ditahan sejak malam tadi.Di kawasan Pasar Seni, seramai lima lima remaja ditahan kira-kira 11.35 pagi.

Pengarah Perhubungan Awam Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf memberitahu The Malaysian Insider bahawa mereka yang ditahan masih disoal siasat.

Bagaimanapun beliau menafikan khabar angin bahawa gas pemedih mata dilepaskan dekat KLCC.

“Tidak, semua itu laporan palsu, sehingga kini kami tidak menggunakan apa-apa,” katanyaTMI

Bersih 2.0: Pemimpin PAS ‘rahsiakan’ lokasi mereka elak ditangkap

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Menjelang Himpunan Bersih 2.0 di Stadium Merdeka petang ini, pemimpin PAS mengambil pendirian “merahsiakan” lokasi masing-masing dipercayai bimbang akan ditangkap polis.

Kelmarin polis telah mendapatkan perintah mahkamah melarang 91 individu memasuki Kuala Lumpur.

Turut berada dalam senarai itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu dan naib-naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar serta Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selain itu penganjur yang mengadakan perhimpunan termasuk daripada Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa turut tidak dibenarkan memasuki Kuala Lumpur.

Mereka dilarang memasuki Kuala Lumpur antara pukul 8 pagi dan 6 petang sama ada berjalan kaki atau menaiki mana-mana kenderaaan termasuk bas dan kereta api.

Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan “Mat Sabu” (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata beliau berada di Kuala Lumpur, namun tidak mendedahkan lokasi sebenar.

“Sudah ada di Kuala Lumpur, itu sahaja... apa-apa kita tunggu sahaja esok macam mana,” jawabnya ringkas.

Jawapan sama turut diberikan Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian kepada The Malaysian Insider.

“Dalam Kuala Lumpur, di mana sahaja,” jawabnya.

Menurut perkembangan terbaru Bersih 2.0, gabungan 62 pertubuhan bukan kerajan (NGO) itu memutuskan untuk berhimpun di tempat letak kenderaan Stadium Merdeka walaupun polis tidak memberikan sebarang permit.

Dalam kenyataan lewat petang semalam, Bersih 2.0 yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan gerakan itu komited untuk berhimpun secara aman bersama rakyat Malaysia dalam menuntut pilihan raya bersih dan adil.

“Rakyat Malaysia daripada segenap lapisan telah melalui perjalanan jauh dan penuh cabaran untuk sampai di saat yang genting ini yang bakal mencorakkan sejarah negara kita.

“Dengan kurang 24 jam tinggal untuk perhimpunan aman Bersih 2.0, tekad kami untuk mengharungi fasa terakhir dan yang paling sukar dalam ranjau ini... adalah lebih kukuh daripada sebelumnya dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil demi membina Malaysia yang lebih bagus,” kata gabungan itu.

Kenyataan itu mencerminkan pendirian muktamad Bersih 2.0 untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka meskipun dilarang oleh polis dan jemaah menteri.

Menurut gabungan itu adalah amat penting, lebih-lebih lagi sekarang untuk rakyat yang patriotik untuk bangkit dan bersatu demi menyelamatkan Malaysia daripada tergelongsor lebih jauh ke dalam lurah kegelapan.

“Kita akan berkumpul di tempat letak kereta dan percaya pintu (stadium) akan dibuka kepada kita,” katanya.

Selain mengeluarkan perintah larangan ke atas 91 individu, polis juga mengambil langkah pencegahan dengan menutup dan melencongkan hampir 30 jalan utama sekitar Kuala Lumpur mulai 12.01 tengah malam tadi.

The Malaysian Insider difahamkan kepimpinan PAS akan berkumpul di Masjid Negara dan Masjid Jamek Kampung Baru sebelum menuju ke Stadium Merdeka.TMI