Khamis, 16 Jun 2011

Video : Video Seks,Karpal Singh Buat Laporan Polis



KUALA LUMPUR 16 JUN : Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh membuat laporan polis terhadap seorang editor kanan New Straits Times kerana memberikan gambaran seolah-olah beliau bertanggungjawab mengedarkan video seks yang dikatakan membabitkan bekas timbalan speaker Dewan Rakyat D.P. Vijandran.

Dalam laporan polisnya, Karpal mahu editor kanan NST Azmi Anshar didakwa melakukan fitnah jenayah kerana menyiarkan berita palsu dalam artikelnya yang berjudul 'Karpal's political chicanery exposed again' yang disiarkan pada 4 Jun lalu.

"Saya tidak pernah pada sebarang masa mengedarkan mana-mana video lucah seks mantan timbalan speaker Dewan Rakyat ataupun sebarang video seks,” katanya kepada wartawan di luar Balai Polis Tun HS Lee di Kuala Lumpur.

“Membuat pertuduhan seperti ini adalah perkara yang serius. Mengedarkan bahan pornografi adalah kesalahan serius mengikut Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002,” katanya.

Dalam artikel itu, Azmi melabelkan Karpal sebagai ahli politik yang cekap menggunakan kesempatan dan menuduh Pengerusi DAP itu “mengedarkan video lucah seorang mantan timbalan speaker Dewan Rakyat dan berang apabila video seks anak guamnya diedarkan”.

Pada 1989 semasa sidang Dewan Rakyat, Karpal telah menamakan timbalan speaker berkenaan sebagai individu dalam video seks yang diedarkan tersebut dan menuntut beliau meletakkan jawatan.

Pita itu diedarkan selepas rakaman itu dicuri dari sebuah peti keselamatan rumah Vijandran.TVS

Video : Ahli Parlimen Pakatan Bertegas Pergantungan Mereka Tidak Sah



KUALA LUMPUR, 16 Jun: Empat ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang kembali ke persidangan Dewan Rakyat hari ini setelah digantung enam bulan tetap berpendirian bahawa penggantungan mereka adalah tidak sah.

Keempat-empat mereka iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang) digantung daripada menghadiri persidangan bermula 16 Disember lalu kerana mengaitkan firma perunding antarabangsa Apco Worldwide Bhd dengan Umno BN.

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, Anwar berkata, penggatungan mereka tanpa diberi peluang membela diri oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mempamerkan "kecacatan" Parlimen Malaysia.

"Saya kembali menyambung tugas tapi masih berpendirian penggantungan itu tidak memberi ruang kepada saya dan rakan-rakan untuk membela diri kami dan ini satu kecacatan dalam Parlimen Malaysia," kata beliau yang juga Ketua Umum PKR.

Menyuarakan nada yang sama, Azmin mendakwa penggantungan itu membuktikan Umno BN tida lagi berpegang kepada prinsip demokrasi sebaliknya menggunakan majoriti mudah untuk kepentingan mereka.

"Kita dapat lihat pimpinan hari ini khususnya BN tidak lagi berpegang keoada perinsip dan peraturan tapi berpegang kepada majoriti mudah yang ada dalam dewan untuk menafikan kesemua hak yang dijamin dalam perlembagaan," katanya.

Tegasnya, Pakatan Rakyat akan terus mendedahkan segala salah laku Umno BN di Dewan Rakyat agar rakyat faham apa sebenarnya yang berlaku di negara ini.

"Kita akan bongkar banyak peneyelewengan yang berlaku dalam tempoh enam bulan yang lalu dan kita akan mengambil bahagian secara aktif untuk memastikan perkara ini tidak mudah dilakukan pimpinan Kerajaan Pusat," katanya yang juga timbalan presiden PKR.

Sementara itu, Sivarasa menyifatkan penggantungan itu sebagai titik hitam dalam sejarah demokrasi Parlimen.

"Penggantungan kami pada 16 Disember merupakan satu tanda hitam yang kekal di Parlimen di Malaysia di mana cara penggantungan melanggar peraturan dan ini mencerminkan BN tidak sedia menjalankan Parlimen yang demokrasi dan ini membezakan BN dengan Pakatan Rakyat," katanya.

Usul untuk menggantung Anwar daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz itu diluluskan tanpa sebarang perbahasan.Hrkh

Karikatur Hina Islam : Tok Guru Nik Aziz Samakan Utusan Dengan Akhbar Denmark

Karikatur yang disiarkan Utusan disifatkan menghina hukum Islam dan Ulama'

KUALA LUMPUR, 16 Jun — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Utusan Malaysia milik Umno sebagai “Denmark Malaysia” ekoran penyiaran karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” semalam, yang banyak pihak mendakwa sebagai tindakan menghina Islam.
Menteri Besar Kelantan berkata akhbar harian itu telah menghina syariat Islam apabila mempermainkan hukum Allah.
“Hari ini masuk ke pejabat menyiapkan beberapa urusan tertunggak dan membaca surat pekeliling Umno yang bernama Utusan Malaysia semalam, yang menyiarkan lakaran kartun kontroversi menghina syariat Islam.
“Saya sifatkan Utusan Malaysia sudah menjadi Denmark Malaysia dengan menyiarkan lakaran kartun tersebut,” kata Nik Aziz (gambar kiri) pada laman sosial Facebook beliau hari ini.
Pada 2008, akhbar Denmark pernah menyiarkan karikatur yang menghina Islam dengan menerbitkan kartun Nabi Muhammad memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom.
Tindakan itu mendapat kecaman hebat umat Islam dan menuntut akhbar terbabit memohon maaf kerana telah menyinggung mereka.
Akhbar Utusan Malaysia semalam menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.
Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.
Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.

DS Anwar Kembali Ke Parlimen

Gambar : Oleh Malaysiakini

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat kembali semula ke Dewan Rakyat selepas digantung selama enam bulan kerana mendedahkan khidmat firma perunding antarabangsa, APCO Worldwide dalam kerajaan.

Anwar bersama Azmin Ali (Gombak), Sivarasa Rasiah (Subang) dan Karpal Singh (Bukit Gelugor) disambut dengan meriah ketika tiba di parlimen.

Kehadiran Anwar dan tiga lagi ahli parlimen berkenaan turut mencuri tumpuan media. Mereka dilihat turut dihadiahkan jambangan bunga oleh penyokong Pakatan di lobi parlimen.

Anwar yang diiringi pegawai peribadinya, kelihatan bersemangat dan dilihat berbual mesra sambil bertanya khabar dengan ahli-ahli parlimen yang menunggu ketibaan beliau.

Dalam masa yang sama, beliau sempat bertemu dan dilihat berbual dengan Azmin Ali, Sivarasa Rasiah dan Karpal Singh yang sebelum ini menerima nasib yang sama.

Ketika media cuba mengajukan beberapa soalan, Anwar dengan nada bergurau menyatakan tiada apa yang perlu diulas.

Pada 16 Disember tahun lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul menggantung Anwar dan tiga wakil rakyat terbabit daripada menghadiri persidangan selama enam bulan.

Ia berhubung pendedahan Anwar mengenai konsep 1Malaysia, yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, meniru konsep One Israel yang diilhamkan oleh APCO Worldwide, sebuah syarikat pro Israel.

Karpal, Sivarasa dan Azmin digantung kerana menghina dewan apabila menyokong Anwar dan menuntut speaker membenarkan Ketua Umum KEADILAN itu mempertahan diri.Keadilandaily

Laman Web K'jaan Malaysia Digodam Anonnymous

Sejak awal paghacked parliamenti tadi, sekurang-kurangnya 10 laman web agensi kerajaan tidak dapat dilayari kerana diserang oleh pengodam yang membalas tindak kerajaan menyekat beberapa laman sesawang perkongsian fail.

Bermula jam 3.30 pagi tadi pengodam yang menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, menyenaraikan 18 laman web kerajaan yang didakwa telah diserang oleh DDoS (Distributed Denial-of-Service) ataupun dipadamkan sementara oleh pentadbirnya.

Tinjauan Malaysiakini sehingga jam 9 pagi ini mendapati tidak kurang sembilan laman web, termasuk portal rasmi kerajaan Malaysia MyGovernment (www.malaysia.gov.my), masih tidak dapat dilayari.

Antara laman web kerajaan dan agensinya yang tidak dapat dilayari:
  • SabahTourism.com
  • ASEAN connect
  • Bomba
  • Perbendaharaan Malaysia
  • Parlimen Malaysia
  • JobsMalaysia
  • Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
  • Majlis Sukan Negara
Menurut beberapa pelayar yang sempat merakamkan laman web kerajaan yang digodamkan itu berkata kumpulan itu juga menukar kenyataan di laman-laman berkenaan.

tourmalaysia website hacked 160611“Salam Malaysia, kami telah menyaksikan penapisan internet yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia yang menyekat laman seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks. Malaysia adalah antara kerajaan di dunia ini yang paling ketat mengenakan tapisan, hingga sanggup menghalang akses kepada filem dan rancangan televisyen.

“Tidak ada alasan bagi sebarang bentuk penapisan. Awak hanya cuba merampas hak asasi manusia. Internet diadakan untuk kebebasan dan tanpa rasa gentar kepada kerajaan mahupun campur tangannya. Jangan fikir tidak ada orang yang sedar apa yang awak lakukan,” petik kenyataan itu dalam bahasa Inggeris.

Tambahnya lagi, serangan itu sebagai tanda dan amaran serta peluang bagi mendengar idea pihak lain. Pengodam juga berkata mereka mempunyai tanggungjawab bertindak pantas dan tanpa belas kasihan.

Minggu lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengumumkan bahawa 10 laman web termasuk Pirate Bay dan Megaupload telah disekat kerana mencabuli undang-undang hak cipta.MK