Selasa, 25 Januari 2011

Biadab !!! Senarai Kenyataan Yang Menghina Islam Oleh Pemimpin MCA Dan Gerakan

Kenyataan menghina Islam oleh pemimpin Gerakan

Jika pemimpin MCA dan Gerakan benar-benar percaya kepada konsep 1Malaysia yang mereka uar uarkan, mereka pastinya menghargai amalan agama setiap orang yang merupakan perkara yang sangat peribadi dan tidak tergamak membuat kenyataan berikut.Apatah lagi calon Pas Dun Tenang hanya melaksanakan tuntutan agamanya :

1. Chua Soi Lek- ‘(Normala) memakai sarung tangan untuk bersalam. Jika anda boleh terima ini sebagai satu nilai Islam, silalah undi PAS’
2. Ng Yen Yen- ‘..kenapa (Normala) tidak mahu bersalam dengan pengundi lelaki?’
3. Chua Tee Yong (cicipan Twitter)- ‘Normala memakai sarung tangan dan pembantunya bersalam bagi pihaknya. Pastinya dia akan mendakwa ia atas
alasan kesihatan dan kebersihan.’
4. Fong Chan Onn (cicipan Twitter)- ‘Apa akan berlaku jika Normala melihat seorang lelaki dilanggar kereta. Adakah dia akan membantu mengangkat lelaki tersebut?’
5. Tan Lian Hoe (yang menuduh Normala bersikap angkuh)- ‘Bukan sahaja lelaki, apabila dia bersalam dengan perempuan, dia juga memakai sarung
tangan. Ini tidak mesra. Adakah dia fikir tangan kita kotor?’[Baca Penuh DISINI]

Tidakkah ini satu penghinaan kepada kesucian agama Islam yang mengharamkan persentuhan secara sengaja lelaki dengan wanita bukan muhrim.Bukan hanya dengan bukan Islam bahkan hukum ini turut membabitkan umat Islam.Amat mendukacitakan setelah lebih 50 tahun bersama,Umno masih gagal memberi kefahaman tentang islam kepada rakan komponen BN nya yang bukan islam.
Sedangkan Pas yang baru setahun jagung menubuhkan sayap bukan Islamnya iaitu Dewan Himpunan Penyokong Pas,mula bergerak memberi kefahaman tentang islam pada sayap terbaru parti itu.Hasilnya boleh dilihat DISINI. Satu tamparan buat Umno yang kononnya memperjuangkan Islam tapi masih gagal mengawal tingkah laku biadab rakan rakan mereka.
Jom menangkan cikgu Mala(gambar kiri) pada PRK Dun Tenang 30 January ini.Hantarkan wanita yang tahu memelihara adab dan menjaga walau sekecil kecil hukum Islam ini ke Dewan Undangan Negeri Johor....

Video : Bongkar !!! Calon BN Ada Rekod Mahkamah




Pemilik tanah Mansor Mohamad(duduk 2 dari kiri) turut bersama ketika sidang media yang mendedahkan perilaku calon BN Dun Tenang

LABIS 25 JAN : PAS hari ini mendedahkan bukti calon Barisan Nasional (BN) terlibat dalam kes mahkamah berhubung lelongan tanah di Segamat pada tahun 2003.

Azahar Ibrahim(gambar kiri) sebelum ini telah disaman pada 2004 oleh pemilik tanah Mansor Mohamad di Mahkamah Tinggi Muar berikutan melelong tanah tanpa kebenaran pemilik ketika beliau memegang jawatan sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.

Pengarah Pilihanraya Kecil PAS DUN Tenang, Salehuddin Ayub berkata kecuaian calon BN itu membuktikan beliau tidak seharusnya diberi mandat membela nasib rakyat di kawasan itu.

"Bukankah kerana kecuaian dan kelalaian calon Umno selaku Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah mengakibatkan hartanah Mansor Mohamad telah dengan tidak sah dilelong pada 1/12/2003 dengan harga RM 70 ribu," kata beliau dalam sidang media pagi tadi.

Salehuddin turut mempersoalkan isu integriti calon yang diketengahkan BN.

"Pendedahan ini menunjukkan bahawa sejak dari awal Umno dengan sengaja menyembunyikan fakta kerana sedar rakyat akan menolak calon Umno itu," jelasnya lagi.

Pada 18 September 2003, Perintah Jualan telah dikeluarkan oleh Azahar kepada hartanah Mansor Mohamad mengakibatkan tahan beliau dilelongan pada Disember tahun yang sama.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar, Hakim Datuk Asmadi Asnawi pada tahun 2008 memutuskan lalu membenarkan tuntutan Mansor ke atas Azahar Ibrahim yang pada masa itu memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat dengan kos akibat dari kecuaian dan kelalaian sebelum beliau ditukarkan ke Pejabat Tanah Daerah Rengit.

Justeru Salehuddin berkata PAS akan menunggu respon daripada calon Umno dan menjelaskan perkara tersebut disamping bersedia untuk bertanggungjawab ke atas dakwaan yang dikemukakan terhadap calon BN DUN Tenang itu.

Salehuddin turut mengingatkan pengundi bahawa tidak mengadaikan maruah dan masa depan dengan memilih calon BN yang telah dibuktikan mahkamah menganiayai rakyat.

"Mengapa calon yang telah dibuktikan oleh mahkamah cuai dan lalai dalam melaksanakan tugas awam diamanahkan namun masih lagi dicalonkan oleh Umno bagi mewakili rakyat DUN Tenang," soalnya.

Dalam sidang media yang sama, mangsa Mansor Mohamad berkata sehingga kini geran tersebut masih belum ditukar ke atas nama beliau.

Tambahnya beliau tidak mengemukakan sebarang saman kepada Pejabat Tanah Daerah Segamat sebaliknya hanya menuntut kembali hak tanahnya.TVS

Umno Perlu Jelaskan Sebab Tolak Pinda Perlembagaan Negeri



SHAH ALAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan Barisan Nasional (BN) dan Umno yang menolak cadangan meminda Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 membuktikan parti itu menentang tindakan untuk mengembalikan hak raja-raja Melayu.
Justeru beliau berkata, Umno yang sebelum ini sering menjadi juara mengenai isu ketuanan Melayu perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung tindakan mereka menolak usul berkenaan.
"Kita lihat Umno yang ghairah berbica tentang ketuanan Melayu dan hak raja menentang usul itu.
"Soal Umno tak setuju mereka kena jelaskan kepada rakyat kenapa mereka tolak," katanya pada sidang media di sini, Selasa.
Beliau mengulas mengenai kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang dibentangkan pada sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran tidak mendapat sokongan majoriti dua pertiga.
Usul pindaan rang undang-undang itu dibentangkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif Selangor, iaitu Setiausha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri, kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.
Bagaimanapun Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar kerana cuba memperbetulkan dan mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu yang dimansuhkan selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993.

Tamparan Buat Umno !!! Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Pertahan Cikgu Mala,Cabar MCA Dan Gerakan Berdebat

Isu salam yang ditimbulkan BN mula menjerat diri sendiri...
Tamparan buat Umno !!! kegagalan Umno memberi kefahaman tentang islam kepada MCA dan Gerakan membuka ruang kepada cabaran debat oleh Ketua DHPP

LABIS, 24 Jan - Hu Pang Chaw, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) meminta parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA dan Gerakan jangan memutarbelitkan isu Islam demi kepentingan politik.

Menurut beliau, sekiranya MCA dan Gerakan faham berkenaan Islam, sudah pasti mereka tidak akan menakutkan pengundi-pengundi Cina di Dun Tenang dengan kenyataan yang negatif terhadap Islam.

"Jangan tunjuk kepandaian dengan agak mereka itu seperti seorang imam," ujarnya mengulas isu calon PAS Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki dalam kempen pilihan DUN Tenang yang dibangkitkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Bukan Presiden MCA itu sahaja, malah Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang turut memainkan isu ini lambang orang agama dalam Umno gagal menerapkan Islam dalam BN.

Jelas Hu, ada tradisi negara luar yang tidak bejabat tangan seperti wanita di Thailand. Mereka tidak berjabat tangan dengan lelaki.

"DHPP menyokong perjuangan PAS, mencabar MCA untuk berdebat secara terbuka jika mereka masih tidak faham isu ini," tambahnya ketika menjawab temubual wartawan Sinar.SH

Umno Derhaka : Dulu, Kini dan Selamanya !!!


Seluruh rakyat negeri Selangor dan Malaysia semalam telah menyaksikan satu lagi sejarah penderhakaan pemimpin Umno BN, kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Tambahnya, tindakan Adun Umno BN yang menolak usul pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi tujuan mengembalikan kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah cukup melayakkan syarat buat mereka untuk bergelar “Umno Penderhaka Sejati, Dulu, Kini dan Selamanya”.

“Selama ini Umno mengaku kononnya merekalah Juara Melayu, tetapi bila mana usul pindaan mahu mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu, terutama Yang Mulia Raja Selangor dibentangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, mereka menolak mentah-mentah pula,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau yang juga Keua Wanita PKR berkata, insiden semalam juga akan menjadi satu lagi ‘trade-mark’ kegagalan agenda Ketuanan Melayu Umno, selepas tragedi penarikan kuasa Raja-raja Melayu 1993.

“Dakwaan bahawa Umno parti pemusnah dan penindas bangsa Melayu kini tidak lagi diragui dan sudah terbukti benar,” katanya.

Justeru, ujarnya rakyat kini telah sedar, siapa Juara Melayu sebenar, siapa Hang Tuah tulen, yakni yang pastinya bukanlah Umno “Si Penderhaka Sejati, Dulu, Kini dan Selamanya”.

Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Satim Diman semasa membahaskan perkara itu semalam menegaskan beliau dan 20 Adun dari Barisan Nasional serta Adun Bebas tidak akan menyokong usaha kerajaan negeri untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri seperti yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.Hrkh

Gambar Gambar Menarik Sekitar Kempen Pakatan Rakyat Di Dun Tenang


Kelihatan calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman bersama skuad kempen Pakatan Rakyat bagi kerusi DUN Tenang memulakan langkah meraih sokongan pengundi semasa sesi walk-about sebelah petang setelah proses penamaan calon selesai sebelah paginya
"Silalah ambil buah limau Mandarin ini..." Mungkin itu kata-kata mesra calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman kepada seorang pengundi DUN Tenang semasa sesi walk-about sekitar pekan Labis petang 22 Januari
Calon Pakatan Rakyat, Cikgu Normala Sudirman menyapa mesra seorang penduduk keturunan Tionghua sambil menyerahkan sekeping kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina sejurus selesai proses penamaan calon 22 Januari
Sebahagian daripada petugas kempen Pakatan Rakyat bergambar kenangan bersama Ahli Parlimen Selayang, William Leong, Tian Chua dan beberapa pemimpin lain pada hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN Tenang 22 Januari lalu.

Awas !!! Wanita Umno Dinasihatkan Jangan Hampiri CSL Si Pelakon Porno



Wanita Umno diingatkan supaya jangan terlalu hampir secara fizikal ataupun spiritual dengan Chua Soi Lek (CSL) kerana Presiden MCA itu bukan sahaja menghina Islam bahkan bersifat 'agak pelik'.

"MCA pun tak caya kat dia : Awas kak Rizat (Shahrizat) jangan rapat-rapat bahaya..Hina islam pulak tu.......,"komen seorang pemilik akaun laman sosial Facebook (Facebooker), apabila melihat gambar Chua Soi Lek pada hari penamaan calon PRK DUN Tenang.

Dua keping gambar tersebut yang di terbitkan oleh akaun fecebook dimiliki sebuah laman web, Terengganukini menggambarkan tingkah laku CSL yang agak pelik dan menghairankan.

Satu dari dua gambar yang diterbitkan itu, menunjukkan jarak CSL berada jauh dari Shahrizat.

Pada gambar yang kedua, tba-tiba CSL boleh berdiri terlalu rapat dengan Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Jalil sehingga bersentuh bahu.