Selasa, 25 Januari 2011

Awas !!! Wanita Umno Dinasihatkan Jangan Hampiri CSL Si Pelakon Porno



Wanita Umno diingatkan supaya jangan terlalu hampir secara fizikal ataupun spiritual dengan Chua Soi Lek (CSL) kerana Presiden MCA itu bukan sahaja menghina Islam bahkan bersifat 'agak pelik'.

"MCA pun tak caya kat dia : Awas kak Rizat (Shahrizat) jangan rapat-rapat bahaya..Hina islam pulak tu.......,"komen seorang pemilik akaun laman sosial Facebook (Facebooker), apabila melihat gambar Chua Soi Lek pada hari penamaan calon PRK DUN Tenang.

Dua keping gambar tersebut yang di terbitkan oleh akaun fecebook dimiliki sebuah laman web, Terengganukini menggambarkan tingkah laku CSL yang agak pelik dan menghairankan.

Satu dari dua gambar yang diterbitkan itu, menunjukkan jarak CSL berada jauh dari Shahrizat.

Pada gambar yang kedua, tba-tiba CSL boleh berdiri terlalu rapat dengan Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Jalil sehingga bersentuh bahu.
Sedangkan dalam kedua-dua gambar itu, Presiden MIC Palanivel berada betul-betul dibelakang Shahrizat

Namun Palanivel tidak bergerak kehadapan dan berdiri disebelah Shahrizat sebagaiman yang dilakukan CSL.

Kontroversi CSL, bekas ahli Parlimen Labis yang cuba menonjolkan dirinya sebagai 'jaguh' membela kaum Cina pada pilihanraya Kecil DUN Tenang nampaknya memakan dirinya sendiri.

CSL bukan sahaja seorang 'Presiden MCA' yang telah tercemar dengan tingkah lakunya, komennya tentang calon PAS Cikgu Normala turut menunjukkan beliau seorang yang cetek pemikiran serta pengalaman.

Justeru, sayugialah supaya kepimpinan Umno mengambil peringatan bahawa semakin mereka mendekatkan diri dengan CSL, semakin membawa Umno jauh daripada kefahaman Islam yang sebenar.BOImbang Penuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan