Isnin, 17 Januari 2011

Perlu ke pembangkang fitnah Rais?


Subky Latif

DATUK Seri Dr. Rais Yatim(gambar) yang berdepan dengan satu fitnah besar negara sekarang cuba menangkisnya sebagai satu angkara jahat pembangkang untuk meruntuhkannya dan sekali gus meruntuhkan Umno.
Memang benar pembangkang memberi reaksi bersungguh terhadap fitnah yang melanda Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu kerana ia adalah satu yang mengaibkan negara.
Baik Dr. Rais di pihak yang benar atau sebaliknya, fitnah yang melandanya itu adalah mengaibkan.
Sebelum fitnah itu diselesaikan, maka pembangkang ada peranan dan tanggungjawab mengikut caranya bagi membantu menyelesaikannya. Sama ada penyelesaiannya nanti gembira untuk Rais dan semua atau sebaliknya bergantung kepada tindakan yang diambil terhadap fitnah itu.
Tetapi tidak banyak yang dapat membantu Dr. Rais meringankan fitnah itu dengan melemparkan ia adalah gara-gara dan angkara pembangkang.
Sekalipun reaksi pembangkang boleh memanaskan fitnah itu tetapi apa keperluan yang pembangkang boleh dapat dengan memfitnahkannya dalam keadaan dia sudah berada di babak hujung hayatnya dalam Umno dan kerajaan.
Gilirannya untuk pergi seperti Samy Vellu mungkin yang tertinggi dalam seranai selepas Samy Vellu itu. Tidak buat apa-apa pun terhadapnya dia adalah ibarat buah ranum yang menunggu gugur. Tidak diusik pun dia tetap gugur. Maka apa perlunya bagi pembangkang menimbulkan fitnah terhadapnya.

Video : Pertukaran Tempat Suami Calon PAS Tenang, Bermotif Politik




Pengarah Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Salahuddin Ayub berkata arahan pertukaran tempat mengajar suami kepada calon PAS di Tenang adalah bermotifkan politik.

Ujarnya, tindakan itu bertujuan untuk memberikan tekanan psikologi kepada keluarga calon PAS, Normala Sudirman.

Bagaimanapun, setelah didesak untuk memberikan penjelasan berhubung pertukaran tempat mengajar yang tidak dijelaskan dalam notis jabatan itu, pertukaran tersebut ditarik semula oleh Kementerian Pelajaran Johor.

Malah menurut Salahuddin, pembatalan itu semakin terdesak dilakukan apabila tersebarnya video di Youtube yang memuatkan visual Pengarah Jabatan itu sedang berkempen untuk pilihanraya kecil Tenang awal bulan ini.

"Saya rasa beliau dengan penuh sedar ingin memberi tekanan kepada calon kita ini yang pada waktu itu mungkin ada ura-ura akan menjadi calon.

"Saya boleh sebut ia agenda Barisan Nasional yang mempergunakan beliau berkempen dan memberikan tekanan kepada suami calon kita ini," kata Salahuddin.

Suami Normala, Makrof Abd Mutalib semalam berkata, arahan pertukaran dalam tempoh 24 jam itu diterimanya beberapa hari sebelum spekulasi isterinya menjadi calon bertiup kencang.

Setelah menerima notis pertukaran tanpa sebab itu, beliau bertanyakan hal tersebut kepada guru besar dan dimaklumkan pertukaran tersebut kerana kegagalan beliau mengawal Normala yang bergiat aktif dalam politik.

Malah Markom juga turut mengakui jabatannya mengeluarkan notis pertukaran kepada Makrof pada 27 Disember lalu supaya ditukarkan di sebuah sekolah di Pasir Gudang, Johor.

Menurut Salahuddin, tindakan Markom sebenarnya telah menyimpang dari tanggungjawab asalnya sebagai seorang penjawat awam dan meminta beliau melepaskan jawatannya sekiranya mahu bergiat dalam bidang politik.

"Isu asalnya ialah Pengarah Pelajaran Negeri Johor ini dia bermain politik. Dia mengambil sikap dan pendirian politik sedangkan beliau adalah penjawat awam yang seharusnya memperlihatkan sikap profesional.

"Isu ini kita lihat dengan serius dan kita sedang memantau isu ini dan kegiatan beliau. Dan saya rasa adalah lebih baik supaya beliau berdiam diri," kata Salahuddin.TVS

Video : Kenali Cikgu Mala,Biodata Calon Pas Dun Tenang






Dikenali penduduk setempat dengan panggilan cikgu Mala...
Bersama suami yang juga seorang guru,cikgu Makrof Abd Mutalib

Pengikut Syiah ditahan Jais mahu saman Khusrin



KUALA LUMPUR, 17 Jan – Kumpulan pengikut ajaran Syiah yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Disember lalu hari ini membuat laporan polis terhadap bekas pengarah agensi itu, Datuk Mohd Khusrin Munawi.
Kumpulan yang diketuai Kamil Zuhairi Abdul Aziz dalam laporannya berkata pihaknya mahu Khusrin (gambar) yang kini Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor diambil tindakan tegas kerana telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap pengikut ajaran Syiah.
“Kami menuntut pihak polis mengambil tindakan undang-undang terhada Mohd Khusrin di bawah peruntukan undang-undang Malaysia kerana menghina, menghasut dan memfitnah.
“Kami juga menuntut pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap Mohd Khusrin yang berniat jahat untuk menghuru-hara ketenteraman awam di Malaysia dan negara-negara Islam seluruh dunia.
“Selain itu, kami juga menuntut tindakan terhadap Mohd Khusrin kerana ia mencetuskan kebimbangan kepada penduduk Malaysia yang mengamalkan kebebasan beragama,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini.
Tambah Kamil Zuhairi, perkara tersebut akan dibawa ke mahkamah dalam masa terdekat selepas mengadakan pertemuan dengan peguam.
Sebelum ini, kumpulan ini mendesak supaya Mohd Khusrin memohon maaf secara terbuka ekoran penangkapan 200 pengikut ajaran itu dua minggu lalu dengan mendakwa berlaku pencabulan hak asasi manusia terhadap mereka.
Namun, dalam komen kepada The Malaysian Insider sebelum ini, Khusrin enggan berbuat demikian sambil mendakwa mempunyai bukti kukuh bahawa kumpulan tersebut menyeleweng daripada ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunah Waljamaah.

Video : Ucapan Sulung Normala Sudirman Selepas Dipilih Calon Pas Dun Tenang




Normala Sudirman, 38, bekas guru pendidikan khas berkelulusan diploma pendidikan dipilih oleh PAS sebagai calon yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Tenang.

Calon PAS yang dianggap mewakili golongan muda itu menyuatakan rasa terharu kerana telah dipilih sebagai calon dan berkata pemilihannya bukan milik beliau.Katanya, ia adalah penghargaan PAS kepada golongan wanita seluruh negara

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan nama Normala berkata, PAS memilih beliau kerana, beliau tidak meminta menjadi calon.
Kata Ustaz Hadi, PAS memilih Normala kerana beliau adalah seorang yang aktif dan meletakkan jawatan sebelum pilihanraya DUN Tenang.

Sukar Untuk Pas Menang Di Tenang ??

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang(gambar) berkata tidak mudah bagi parti pakatan - DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS - untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Tenang pada 30 Januari nanti.

Ini kerana Tenang terletak di Johor yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional.

"Namun, jika kita dapat mengurangkan lagi majoriti Umno dan Barisan Nasional, itu sudah menjadi satu kemenangan untuk kita," katanya dalam ceramah sempena pengumuman calon PAS bagi pilihan raya kecil itu, di sini malam tadi.

Kejayaan di Tenang, katanya akan menjadi penentu ukur sokongan kepada parti pakatan dalam usahanya untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pada majlis itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Ketua Muslimah PAS Labis, Normala Sudirman, 38, yang merupakan bekas guru sebagai calon pilihan raya kecil Tenang.

Pada pilihan raya umum ke-11, PAS menerusi calonnya Mohd Saim Siran memperoleh 2,138 undi dan jumlah undi kepada parti itu meningkat kepada 3,875 undi pada pilihan raya umum ke-12.

Tenang mempunyai komposisi pengundi 50 peratus Melayu, 38 peratus Cina dan 12 peratus India.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, dari BN pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. - BERNAMA