KUALA LUMPUR, 3 Dis — Sementara rakan-rakannya menolak daripada
menyentuh isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan
(NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil,
Datuk Bung Moktar Radin (gambar) mempertahankan pendiriannya menggesa Ketua Wanita itu meletakkan jawatan.
Ahli Majlis Tertinggi Umno ini mendakwa isu NFC kini menjadi liabiliti kepada parti. Ahli Parlimen Kinabatangan yang lantang ini juga mengetepikan wujudnya sokongan padu bagi Shahrizat ketika persidangan agung sayap Wanita Rabu lalu.Katanya: “Kita tidak tahu apa jenis sokongan itu.”
“Ini kerana tiada perwakilan yang dengan jelas menyatakan sokongan, sokongan bagi parti, ya ada, saya tahu,” kata beliau ketika ditemui di sisi Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2011 di sini hari ini.Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional ini mengaku isu NFC sudah menjadi liabiliti bagi Umno.
“Saya percaya sebab saya adalah penyokong kuat parti,” katanya.Kata beliau, meskipun Shahrizat telah menjelaskan ketika perhimpunan tetapi apa yang lebih penting ialah persepsi publik.“Ini bukan persoalan berkenaan penerangan. Saya fikir beliau sudah beri penjelasan.
“Ini bukan persoalan siapa yang salah. Ia adalah persoalan bagaimana publik menerimanya,” kata Bung Moktar lagi.Bung Moktar berkata menjelang pilihan raya umum, adalah penting Umno tidak dilemahkan oleh skandal-skandal yang dikaitkan dengan mana-mana individu.
“Jadi, saya sudahkan pun menyatakan pendirian saya. Saya meminta
beliau mempertimbangkan (keputusan agar letak jawatan)... disebabkan
seorang individu, sebahagian terlibat,” kata beliau lagi.Pertengahan bulan lalu, Bung Moktar memberitahu Dewan Rakyat bahawa
menteri Kabinet yang bertanggungjawab dalam NFC patut meletakkan
jawatan.
Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.
“Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.“Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.“Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil,” katanya.Ketika itu wakil rakyat tersebut tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan.
Tetapi kemudian Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.TMI
sharizat harus meletak jawatan jika dia tak nak lihat umno tumbang macam lembuNYA....
BalasPadamSokong 100% Tanpa Nama:10.57! Wajar sekali Sarizat letak jawatan kalau dia sayangkan parti UMNO dan tidak mengheret perjuangan wanita umno kekandang lembunya. Barulah dikatakan kasih sejati. Kalau sarizat degil dan masih mahu berpaut jugak dengan jawatan yang disandang maka musnahlah dan pincanglah dan berkuburlah perjuangan kaum IBU yang bersejarah yang banyak melahirkan tokoh2 pendekar Wanita dari UMNO yang dibawa oleh Ketua yang per tama Ibu Zain, Puteh Maria, Tun Fatimah, Aishah Ghani, Siti Zaharah hinggalah ke Sarizat. Semua tokoh2 ini membawa wanita umno ke arah kegemilangan dengan kemenangan yang besar kepada UMNO sebab kepimpinan yang kuat lagi disegani dan dihormati oleh kawan dan lawan. Tapi bawah kepimpinan Sarizat sekarang orang pandang sebelah mata kat wanita umno kerana Sarizat banyak mengumpul wanita2 yang banyak nak ke jawatan kerana mengejar projek dan bisness tapi bukan berjuang untuk bangsa, agama dan negara...banyak golongan WANITA KOPRAT DIBAWA MASUK OLEH SARIZAT YANG MENYEBABKAN PERJUANGAN ASAL UMNO LARI DARI LANDSAN PERJUANGAN YAN SEBENAR YANG BANYAK DAHULU DIBAWA OLEH GURU-GURU DAN ORANG2 KAMPUNG...INILAH YANG YANG BUAT UMNO ROSAK. JADI SARIZAT PERLU BERTANGGUNG JAWAB DENGAN KEPINCANGAN DAN KESILAPANNYA YANG MEMBUAT PERGERAKAN WANITA UMNO JADI LEMAH SEKARANG KERANA DIUMPAN DENGAN WANG RINGGIT MENJADIKAN AHLI WANITA MATA DUITAN. SARIZAT HARUS MENINGGALKAN JAWATAN YANG DISANDANG UNTUK WANITA JADI KUAT KEMBALI MENGHADAPI PARTI LAWAN. SEKIAN ITULAH YANG SEBENARNYA SARIZAT PATUT LAKUKAN KALAU DIA SAYANGKAN UMNO!!!!!!!!!!!
BalasPadam