Beliau berkata, surat layang yang kini tersebar luas melalui Internet kononnya beliau juga berjanji kepada Zaid untuk memberikan kerusi Parlimen Petaling Jaya Selatan, adalah palsu.
“Ingin saya jelaskan di sini bahawa dakwaan dalam surat tersebut adalah palsu dan tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan ringkasnya kepada Sinar Harian, semalam.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengulas surat berantai yang diedarkan kepada ahli-ahli PKR yang mendakwa beliau sedang memujuk Zaid menyertai PKR semula.Ekoran itu, surat itu mengajak ahli PKR membantah tindakan Nurul Izzah itu.
Justeru, Nurul Izzah dalam kenyataannya juga meminta semua rakyat Malaysia jangan melayan surat itu.
“Saya menggesa semua rakyat Malaysia untuk menumpu segala usaha demi merealisasikan Malaysia yang lebih baik,” katanya.
Zaid juga sebelum ini mengeluarkan kenyataan menafikan beliau bertemu dan berbincang dengan Nurul Izzah sebagaimana yang didakwa surat itu.
Katanya, beliau tidak tahu menahu berhubung dakwaan tersebut kerana sejak meninggalkan PKR, beliau tidak berhubung langsung dengan Izzah mahupun kedua-dua ibu bapa pemimpin tersebut.
“Saya tidak tahu apa-apa tentang dakwaan ini sebab sejak meninggal PKR, saya tidak berhubung langsung dengan Nurul (Izzah Anwar) ke, Anwar (Ibrahim) ke atau pun Kak Wan (Datuk Seri Wan Azizah),” katanya.
Zaid turut menyatakan agar dirinya tidak dikaitkan dalam penyelesaian perkara tersebut.“Jangan kaitkan saya, dia orang kena selesaikan sendiri masalah mereka,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan