Sabtu, 31 Disember 2011

Legasi Najib : Apakah yang bakal ditinggalkannya buat Malaysia mahupun UMNO?


Oleh Nawawi Mohamad, Stan Lee

Ramai rakyat Malaysia yang menyaksikan penghujung tahun 1970-an dan permulaan tahun 1980-an sebagai berakhirnya era perpaduan dan bermulanya zaman perpecahan yang memakan masa yang lama.Ada juga yang tidak bersetuju dengan tarikh yang telah dinyatakan di atas, namun tidak syak lagi keadaan masyarakat di Malaysia telah menjadi semakin teruk.

 
Bila Negara sudah berpecah, bertambah pula dengan jurang dalam komuniti yang semakin membesar disebabkan oleh kemiskinan, keadaan politik yang tidak stabil, keadaan sosial dan kewangan yang tidak pasti, agak sukar untuk merasakan semangat hidup dalam komuniti. Jadi, satu-satunya legasi tidak ternilai yang boleh diwariskan oleh pemimpin kepada rakyat ialah semangat perpaduan, sesuatu yang lebih berharga dari sesuatu yang bersifat kebendaan.


Gagal menyatukan Malaysia dan juga UMNO

Jepun adalah sebuah Negara yang mempamerkan ketabahan dalam menyatukan masyarakat mereka yang juga membolehkan bangsanya menjadi kuat dan stabil walaupun berhadapan dengan perubahan kerajaan, biarpun berada dalam keadaan ekonomi yang mencabar termasuk dilanda pelbagai musibah seperti kebocoran pelan nuclear di *****ushima baru-baru ini. Semangat perpaduan yang serupa juga boleh dilihat di AS dan kebanyakkan Negara maju di Eropah dan ii telah memberikan mereka jaminan untuk mengekalkan kebebasan demokratik dan hak.

Sedihnya, walaupun slogan 1Malaysia dilaungkan, Perdana Menteri Najib Razak masih gagal menyatukan rakyat Malaysia dan parti UMNOnya sendiri. Perpaduan lah yang menjadi kebangaan, semangat patriotik dan keharmonian. Ia juga menjadikan kita cinta akan Negara dan sedia berkorban untuknya. Tidak ada gunanya untuk menjadikan orang Melayu cintakan sesame sendi tetapi bencikan kaum yang lain. Ini adalah kerana ia adalah matlamat politik bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad yang membolehkan dia berkuasa di dalam politik UMNO.

Ia tidak boleh masuk akal dan secara intuitifnya orang Melayu boleh rasakan ini adalah berdosa dan bukanlah sesuatu yang baik seperti berbuat baik dan memberi ihsan. Perasaan kekitaan yang sebenar itu mesti meresap dalam semua yang hidup di negara ini tetapi bagi Najib dan UMNO, ini langsung tidak dipedulikan oleh mereka. Mata dibutakan oleh wang ringgit dan hanya memikirkan pelaburan yang boleh mendatangkan keuntungan besar. Ia bagaikan perkahwinan antara dua insane, dalam susah mahupun senang. Orang akan suka menziarahi rumah yang bahagia dari yang sedang bergolak.

Mari kita lihat apakah yang telah dilakukan oleh Najib selama ini untuk menjadikan Malaysia sebuah rumah yang bahagia.


Program Transformasi Politik yang Gagal

Baru-baru ini, Berita Bernama yang dikawal kerajaan melaporkan Najib sebagai berkata bahawa dia ingin diingati kerana transformasi politiknya di Negara. Inilah yang akan menjadi legasi yang bakal ditinggalkan buat rakyat Malaysia mendahului pembubaran ISA, Akta Buang Negeri 1959, kajian semula Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Tapi, bagaimanakah Najib boleh mengira ini sebagai legasinya? Terdahulu, ISA masih lagi digunapakai dan digunakan ke atas tiga belas individu di Sabah selepas 15 September selepas pembubarannya. Bill Perhimpunan yang diperkenalkan oleh Najib atas nama membebaskan Malaysia lebih mengongkong daripada yang digunapakai di Burma yang dikuasai oleh rejim militan.

Pembubaran segala deklarasi Darurat bukanlah persoalannya kerana ia telah tidak digunakan buat beberapa dekad dan hanya lelaki yang tidak mencapai apa-apa kejayaan atau nama akan cuba memberi nafas baru pada undang-undang yang sudah kuno.

Program Transformasi Ekonomi yang Gagal

Jika kita amati Program Transformasi Ekonomi yang dimulakan Najib, sememangnya terang-terangan tiada apa yang dilakukan untuk memakmurkan ekonomi Malaysia dan kesannya lebih banyak cukai dan pinjaman yang dilakukan oleh kerajaan UMNO bawah pimpinan BN untuk memerintah kerajaan. Transformasi Ekonomi memerlukan pelaburan luar dan ia agak sukar untuk menarik pelabur luar ke Malaysia kesan daripada dasar sosio-politik Najib yang bersifat talam lidah bercabang.

Dengan Malaysia, sebagai negara ke-4 paling korup di dunia, pelabur asing tidak berminat untuk menjalankan perniagaan di sini. Pelaburan dari pelabur tempatan juga jarang ada. Lebih-lebih lagi negara-negara lain mempunyai tawaran yang lebih baik untuk kedua-dua pelabur tempatan kita dan juga asing.

Visi utama Najib adalah untuk memastikan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan GLC untuk menyumbang kepada ekonomi juga telah gagal kerana syarikat-syarikat ini tidak mempunyai banyak wang untuk melabur seperti akibat diuruskan oleh CEO-CEO yang tidak cekap - yang kebanyakannya ada kaitan dengan UMNO. Tanggungjawab dan kesetiaan mereka hanya kepada UMNO, jadi, tugas mereka adalah untuk memastikan terdapat dana yang mencukupi untuk UMNO menyelamatkan GLC yang lain, seperti Petronas menyelamatkan TNB.

Sebaliknya, dengan pertumbuhan ekonomi yang masih berada di bawah 5% daripada KDNK, dan GLC seperti MAS masih yang mengalami kerugian - mungkin sejumlah RM400 juta pada suku ke-4 adalah inisiatif Najib yang berupa slogan kosong.

Amalan rasuah yang berleluasa dalam berurusniaga

Lawatan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim ke Jepun jelas membongkar pengalaman pahit pelabur asing. Komuniti perniagaan Jepun yang mahu melabur di Malaysia terpaksa membayar rasuah yang begitu banyak kepada ramai orang seperti yang diamalkan semasa kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan, menteri UMNO, Khir Toyo.

Khalid telah meyakinkan mereka bahawa mereka tidak perlu membayar apa-apa wang tambahan dan jika mereka diminta untuk berbuat demikian, sila maklumkan pada dirinya sendiri. Tiada permintaan peribadi dari Najib! PM juga tidak berbuat apa-apa walaupun selepas Malaysia diundi sebagai negara keempat paling korup, menggelapkan beratus-ratus bilion wang keluar dari Malaysia secara haram.

Malah, Najib mungkin telah diberi lampu hijau daripada ahli-ahli politik UMNO untuk mendapatkan sumbangan daripada mana-mana syarikat yang mereka kehendaki bagi menjalankan aktiviti-aktiviti mereka dan ini telah disahkan oleh Awang Adek. Ini rasuah cara mudah untuk semua!

Mencuri' dari perbendaharaan sangat berleluasa seperti yang dapat dilihat dari pembelian kapal selam Scorpene yang sia-sia, kelulusan daripada pentadbiran Najib untuk terus membayar pencuri yang terlibat dalam skandal RM12.5 bilion PKFZ walaupun mengetahui bahawa ia adalah satu skim untuk memperolehi wang yang diluluskanoleh pentadbiran Mahathir Mohamad.

Najib juga tidak menghukum orang yang bertanggungjawab melanggar prosedur belanjawan seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara untuk tahun 2010. Walaupun dalam skandal RM250 juta NFC yang melibatkan Shahrizat Jalil, dalang utama tidak dihukum. Hanya beberapa 'kambing hitam' yang tidak berkaitan dengan yang NFC sedang panggang, manakala si pesalah sebenar sudahpun berjaya membeli beberapa kondominium mewah dan mengendalikan restoran mahal.

Hasutan berterusan yang mencetus ketegangan kaum dan agama

Tiada siapa telah didakwa selepas peristiwa kepala lembu itu, dimana UMNO dengan sengaja menghina orang Hindu untuk membuktikan yang mereka akan mempertahankan orang Melayu di Selangor daripada dicerobohi oleh penganut agama lain dan selepas itu cuba menyalahkan PAS.

Serbuan di gereja Methodis Damansara Utama telah mencalarkan lagi perhubungan antara orang Islam dan Kristian. Adakah gereja yang telah dirosakkan pada tahun 2010 telah diberi pampas an dengan adil? Adakah usaha dijalankan untuk mendamaikan mereka? Jawapannya tidak! Kerana kematangan pengikutnya, ulama dan paderi telah mengelakkan dari tercetusnya apa-apa yang kurang diingini. Najib tidak melakukan apa-apa untuk mententeramkan keadaan, malah dia telah dituduh menjadi dalang di belakang wayang koktail Molotov 2010 dan beberapa serangan terhadap gereja.

Orang Melayu yang Islam terutamanya telah menjadi topic berita seperti pembuangan bayi yang lahir diluar nikah, Mat Rempit yang mengganas di jalan raya, meningkatnya penagihan dadah di kalangan orang Melayu dan rasuah oleh penjawat awam yang sebahagian besarnya Melayu juga semakin meningkat.

UMNO sentiasa akan mendakwa bahawa merekalah yang membina masjid dan institusi-institusi Islam dan Malaysia telah mempunyai sistem perbankan Islam yang maju tetapi mereka tidak mahu mengakui segala masalah yang dihadapi oleh orang Melayu Islam bersifat spiritual, tidak kira sebesar, secantik manapun masjid-masjid itu, jiwa akan tetap kosong.

Jadi apakah yang telah dilakukan oleh Najib bagi menghadapi semua ini? Adakah legasi yang ditinggalkannya untuk orang Melayu, walaupun tidak melakukan apa-apa untuk kaum lain. Sedih untuk diakui bahawa Najib tidak pernah berbuat apa pun. Jadi, bagaimanakah dia boleh diingati sebagai Bapa Transformasi?

Malaysia Chronicle

Tiada ulasan:

Catat Ulasan