Disebalik keangkuhan mentohmah Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Khalid Jaafar mendedahkan, Umno sebenarnya parti yang
mengkhianati Melayu.
“Umno kononnya pembela nasib Melayu tapi sebenarnya merekalah pengkhianat perjuangan orang melayu. Ini kerana wang rakyat diseleweng, rakyat dikhianati.
“Apakah ini parti yang akan terus memerintah negara dan membela nasib Melayu?” katanya.
Khalid turut membidas pimpinan Datuk Seri Shahrizat Jalil kerana keluarganya terlibat dalam penyelewengan RM250 juta melalui NFC.
“Kerajaan beri dana projek memajukan industri lembu supaya tidak bergantung dengan daging import. Ini tidak, duit itu dilabur untuk beli kondo,” katanya.
Menyeru rakyat supaya sedar pengkhianatan Umno dan menyelamatkan negara dari amalan nepotisme, beliau berkata, Umno ketandusan idea untuk memperkasa Melayu tetapi ligat mengutuk dan memfitnah Pakatan Rakyat.
“Umno menyebabkan krisis rasuah, salah guna kuasa. Ayuh, selamatkan Malaysia dan generasi akan datang cengkaman pemerintah ini,” katanya.
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran pula menyifatkan, membebaskan negara dari Umno umpama membebaskan Malasia dari rasuah, kronisme dan nepotisme.
“Jika Pakatan Rakyat perintah, sudah pasti sesiapa saja akan dikenakan tindakan undang-undang. Jangan main-main dengan duit rakyat,” katanya.
Sepanjang Perhimpunan Agung Umno dari 29 November sehingga 3 Disember lalu, menyaksikan pelbagai kata nista, tohmahan dan fitnah dilempar terhadap Pakatan Rakyat.Keadilandaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan