KUALA TERENGGANU - Simulasi pilihan raya atau pilihanraya 'olok-olok' yang dilaksanakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah program yang melanggar etika, mengugut dan memanupulasi para pengundi.
Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS negeri Terengganu Ariffin Deraman menegaskan, PAS tidak tergugat dengan program itu, namun menurutnya, beliau bimbang kerana rakyat menjadi mangsa politik ugutan dan penipuan Umno.
Katanya, beliau mendapat maklumat, sasaran pengundi simulasi itu adalah terdiri daripada mereka yang cuba dipengaruhi oleh Umno.
"saya dapat maklumat 'taget' utama adalah orang yang boleh dipengaruhi khususnya kepada penerima bantuan ehsan, penerima dana 'to you', (dana) bakti remaja, pengundi-pengundi baru,
"yang mana kita juga dapat lihat surat yang dikeluarkan oleh menteri besar, Mad Said kepada pengundi-pengundi tertentu supaya hadir dalam simulasi,"katanya ketika diminta mengulas perkara tersebut pada Sabtu 26 November.
Katanya, surat yang dikeluarkan oleh Pengerusi BN Terengganu Dato' Seri Ahmad Said kepada pengundi sasaran tersebut membuktikan berlaku politik ugutan.
Beliau berkata, jika pengundi yang dipanggil tidak hadir kepada program simulasi itu, Umno akan mengugut menarik balik bantuan-bantuan yang diberikan selama ini.
"selalunya berlaku juga politik diugut di sini. (pengundi) diugut misalnya jika tak hadir simulasi, ia akan hantar surat balik, (oleh) pemimpin umno setempat atau menteri besar (menyatakan) bantuan-bantuan yang diberi selama ini akan ditarik balik,
" ini bentuk ugutan yang dibuat oleh pihak umno terutama kepada orang-orang tua dan juga mungkin kepada orang baru ataupun orang yang tak tahu dari segi undang-undang pilihan raya,"jelasnya
Menurutnya, Umno juga sering menipu dengan mengatakan undi tidak rahsia, sedangkan kata beliau, ia adalah tidak benar samasekali kerana dari segi undang-undang pilihan raya, mengundi memang sangat rahsia.
Beliau berkata, melalui laporan yang diterima, Umno melanggar etika dengan menyalahgunakan premis kerajaan dalam program simulasi yang diadakan itu.
"hari ini seluruh negeri dia (Umno) pasang bendera dan sebahagaian besar dia menggunakan premis kerajaan sama ada sekolah ataupun balai raya, sebahagian besar mereka guna sekolah-sekolah seperti sekolah kerajaan persekutuan, mahupun kalau kerajaan negeri, tapi ini (simulasi) adalah program parti (Umno),"ujarnya.
Oleh itu, beliau berkata, pihaknya akan melaporkan penyalahgunaan tersebut kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan menghebahkan pemylewengan Umno itu kepada media massa dan orang ramai.BO

Pilihanraya simulasi di Terengganu hanya untuk menyedapkan hati pemimpin UMNO negeri sahaja. Mana mungkin keputusan simulasi ini benar-benar mengambarkan sokongan rakyat Terengganu kepada BN.
BalasPadamBuktinya, hanya 100 orang sahaja yang hadir di ceramah di Balai raya Paloh tempohari.