Selasa, 29 November 2011

Video : Nama bakal calon PRU ke-13 Pas Terengganu sudah dihantar ke Pusat




KUALA TERENGGANU - Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Terengganu, Ariffin Deraman mengesahkan, beliau mempunyai maklumat tentang bakal calon-calon PAS yang akan bertanding pada Pilihanraya Umum ke-13.

Beliau berkata nama-nama tersebut sudah di hantar kepada PAS Pusat.

"Nama (bakal-bakal calon untuk negeri) Terengganu sudah hantar dah.... senarai calon kepada PAS Pusat, senarai calon yang dicadangkan oleh DUN, oleh cawangan, oleh negeri (BPPNT) kepada (PAS) Pusat kita dah hantar untuk pengesahan Majlis Syura,"katanya

Ariffin berkata demikian ketika memberi respon ucapan Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man pada Seminar Gempur Penerangan anjuran Lujnah Penerangan PAS Terengganu, di sini Sabtu 26 November.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat itu, Majlis Syura pada mesyuaratnya yang akan datang akan meniliti semua bakal-bakal calon pilihanraya umum ke-13 akan datang, yang dihantar oleh pihak negeri-negeri.

Ariffin berkata, tidak semestinya tiga nama bakal-bakal calon yang dihantar, tetapi ada yang lebih, sehingga empat atau lima nama bagi setiap DUN.

Katanya, pemilihan calon-calon tersebut biasanya atas populariti dikalangan masyarakat.

"Kalau calon di peringkat setempat, lebih kepada, dari segi populariti calon itu sendiri dengan masyarakat di peringkat DUN dan peringkat bawah (cawangan), yang aktif dan duduk bersama (masyarakat) pada setiap hari,"jelasnya.

Beliau tidak dapat memberi komen, apa persamaan antara senarai calon-calon yang telah dihantar kerana menurutnya, setelah menerima nama-nama calon diterima, ia diserahkan kepada pihak Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut.

Namun begitu, yang pastinya kata beliau, ada calon-calon yang baru, muda, hebat dan berwibawa yang akan diketengahkan.

"InsyaAllah, kita akan ada calon-calon baru, calon-calon hebat, (calon-calon) yang muda-muda dan juga yang berwibawa dan 'winnable',"tegasnyaBO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan