Oleh M FAQIH
PADA 2009 Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengumumkan program subsidi
beras kepada rakyat miskin. Ia juga dikenali sebagai SUBUR. Dato’ Seri
Noh Omar mengumumkan penerimanya dipilih dari senarai E-Kasih.
Selepas pengumuman dibuat, macam-macam kenyataan dikeluarkan pemimpin
Umno.Akhirnya, seorang pemimpin Umno dari Kelantan mahu program itu
ditangguh kerana isu senarai penerima dipertikaikan. Kata orang Bachok,
mereka berebut pusaka orang miskin.
Tragedi itu
memperlihatkan wajah Umno sebenar. Program untuk rakyat miskin pun
mereka bertelagah. Akhirnya, program itu hanya terperap di atas kertas.
Cadangan menteri mahu SUBUR dilaksanakan pada awal 2010 sekadar manis
di bibir. Sekarang 2011 menghampiri senja, namun program SUBUR tidak
lagi menjadi subur.
Maka ada pihak berhujah,
bantuan untuk tok fakir pun Umno berebut-rebut. Timbul isu orang aku,
orang kamu. Isu seperti itu sebenarnya tidak menjadi pelik di Kelantan.
Selagi dikenali sebagai ahli atau penyokong Umno segala bantuan
kerajaan pusat mereka bolot. Contohnya bantuan kepada mangsa banjir di
sebuah kampung di Kuala Krai turut dibolot penyokong Umno, sedangkan
rumahnya terletak di atas bukit.
Inilah Umno,
wajah mereka berbalam-balam. Siang nampak jalur di dahi, malam hitam di
hati. Di Dun Manek Urai ramai penyokong Umno mendapat bantuan membaiki
rumah. Ada rumah yang masih elok dan zink belum berkarat diberi zink
baru.
Rumah bukan penyokong Umno yang tiris di
sana-sani dibiarkan. Habuan projek bernilai lebih RM5,000 merubah wajah
rumah penyokong Umno.
Itu belum lagi diungkit
rumah program pembangunan rakyat termiskin (PPRT). Cerita ketua wanita
cawangan atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
Persekutuan (JKKKP) bolot rumah PPRT bukan cerita baru. Lebih menariknya
rumah itu bukan diduduki, sebaliknya disewakan. Buktinya ada di
mana-mana termasuk di Dun Bunut Payong, Kota Bharu.
Paling mengharukan rumah PPRT banyak didirikan di atas bukit di kawasan
projek ikan koi di Bukit Sireh, Kuala Krai suatu ketika dahulu.
Hari ini di sekeliling rumah itu ditumbuhi semak dan samun. Projek PPRT
terbabit ada kaitan dengan bekas Menteri Luar Bandar yang disebut media
melibatkan kehilangan wang rakyat lebih RM30 juta.
Maka tidak hairanlah biarpun kerajaan pusat gagal melaksanakan progam
SUBUR, namun program serupa dilaksanakan di Kelantan pula disekat.
Seorang menteri dikatakan memanggil pengilang yang membekalkan beras
untuk program skim bantuan beras percuma (al ItĂaam). Program itu
dimulakan Febuari lalu melibatkan seramai 8,100 penduduk miskin.
Beras yang dibekalkan jenis super tempatan. Ekoran pelaksanaan program
itu menyebabkan pasaran beras tempatan melonjak 100 peratus.
Persatuan Pengilang Beras Bumiputera meluah rasa syukur di atas usaha kerajaan negeri mewujudkan al It’aam.
Pengilang terbabit setiap bulan membekalkan sebanyak 80 metrik tan.
Skim tersebut memberi manfaat kepada penduduk miskin, pengilang,
pemborong dan petani.
Namun, malangnya selepas 10
bulan program berkenaan berjalan, Umno mulai gelabah. Lalu diambil
tindakan dengan mengugut pengilang dan pemborong beras. Inikah yang
dinamakan ‘samseng zaman moden’.
Ugutan tersebut
menyebabkan program pengagihan beras tergendala seketika. Tindakan
seperti itu tanpa sedar menjadikan Umno semakin reput.
Cerita pelik dan ajaib juga berlaku apabila Laporan Audit Negara
mendakwa Kelantan gagal melaksanakan tujuh projek Rumah Awam Kos Rendah
(RAKR) bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Disebut Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menerima
peruntukan sebanyak RM19 juta. Menurut laporan itu seperti disiar sebuah
akhbar, kerajaan negeri tidak membinanya. Sedangkan sejak 1990 (RMK-6),
kerajaan negeri tidak menerima sesen pun peruntukan bagi projek RAKR.
Sejak RMK-6 hingga RMK-9 sepatutnya sebanyak RM91.6 juta diberi kepada Kelantan, namun habuk pun tak ada.
Anehnya Laporan Audit Negara pula menyebut Kelantan menerima RM19 juta.
Kerajaan negeri menjelaskan tiada peruntukan diterima bagi projek RAKR
sejak 1990 sehingga sekarang.
Persoalannya siapa
yang mendapat peruntukan itu. Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia
(SPRM) atau Audit Negara wajar intai-intai, ke mana peruntukan tersebut
diperapkan. Mungkinkah sama dengan kes wang royalti yang kini menjadi
‘wang ihsan’. Sedangkan menurut anggota Exco Dato’ Husam Musa, telaga
Bintang dan Lawit yang bertindih dengan Terengganu sudah diteroka sejak
25 tahun lalu.
Manakala carigali di lapangan
PM301 dan PM302 benar-benar berada di perairan Kelantan juga tidak
dipedulikan soal royalti. Di situ terdapat 16 telaga. Itu belum diambil
kira telaga yang bertindih dengan Vietnam dan Thailand. Jumlah tunggakan
royalti yang sepatutnya dibayar sebanyak RM6 bilion.Detikdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan