BATU PAHAT – Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan kejutan mungkin akan berlaku di Johor, pada pilihan raya umum akan datang.
Ini berikutan usaha bersungguh-sungguh pakatan pembangkang, terutama PKR untuk menawan negeri itu termasuk menjadikan Johor tuan rumah kongres kelapan parti itu,
“Kita percaya, rakyat akan beri sokongan kuat kepada PR untuk tawan Johor, sekali gus membuat kejutan besar pada pilihan raya akan datang. Ianya akan dimulakan di sini, untuk menjadikan Johor kubu kuat kita,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam PKR Cabang Batu Pahat di sini, kelmarin.
Kongres Kelapan KPR akan berlangsung di Pulai Springs Resort, Johor Bahru bermula 25 hingga 27 November ini.
Selain Johor, Anwar berkata, pembangkang turut meletakkan matlamat menawan Negeri Sembilan dan Melaka, selain mengukuhkan kedudukan di Selangor dan Pulau Pinang.

“Kita yakin dengan sokongan rakyat Johor yang semakin meningkat. Paling
tidak pun, kita akan dapat tambah kerusi di negeri dianggap kubu kuat
Umno ini,” katanya pada majlis yang turut dihadiri Ketua PKR Johor, Chua
Jui Meng dan Ketua PKR Cabang Batu Pahat, Syed Hamid Ali.
Selain itu, Anwar juga berjanji, jika PR diberi peluang memerintah,
jawatan Perdana Menteri hanya akan disandang oleh pemimpin yang sama
untuk tempoh dua penggal sahaja.
“Menteri pula tidak akan dilantik daripada mereka yang terlibat dengan perniagaan,” katanya.
Sementara itu, pada sidang media berasingan di KUALA LUMPUR, Setiausaha
Agung PKR, Saifuddin Nasution ada sebab tertentu mengapa kongres
kelapan parti itu diadakan di Johor.
“Kita tidak buat di Melaka, Perlis, Sabah atau Sarawak yang juga belum
pernah jadi tuan rumah. Daripada rekod kita, trend di negeri di mana
tujuh kongres diadakan sebelum ini, kemudiannya menjadi medan yang subur
untuk parti dan PR. Lihatlah kejayaan kita di Selangor, Pulau Pinang,
Kedah, Perak dan Kelantan,” katanya.
Untuk kongres kali ini yang bertema ‘Demi Rakyat’, seramai 2,534
perwakilan yang mewakili 218 cabang seluruh negara dan 1,055 pemerhati
berdaftar dijangka akan hadir.SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan