Untuk tahun ini Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh telah menyerahkan sepuluh ekor lembu untuk dijadikan sebagai korban sempena Aidil Adha tahun ini.
Pengagihan daging korban tersebut telah diuruskan oleh PKR Permatang Pauh sendiri, Dua ekor dari lembu tersebut telah diserahkan kepada penduduk Cheruk Tok Kun untuk dikorbankan manakala lapan ekor lagi telah diagihkan disekitar Parlimen Permatang Pauh.
Sayangnya tak ada sesiapapun yang mengikuti program Anwar ke seluruh Parlimen Permatang Pauh mengagihkan daging korban tersebut yang mengambil gambar.. maklumlah semua yang mengikutnya itu pegawai.. mana boleh nak pegang kamera.
Namun begitu ada juga sahabat yang sudi mengambil gambar Anwar Ibrahim dan juga Wan Azizah di majlis korban di Cheruk Tok Kun..
Berikut adalah Jadual Program Korban Parlimen Permatang Pauh pada 7 November 2011 yang aku terima melalui e-mail dan juga sms :
1-9.00 Pagi, Agihan daging korban di Tok Kun, lokasi depan Mobil Jalan Rozhan.
2-10.30 Pagi, JKKK Kampung Belah Dua, lokasi Surau Taman Pauh.
3-11.00 Pagi, JKKK Siakap, Lokasi Pusat Khidmat DUN.
4-11.30 Pagi, JKKK Bagan Serai/Sembilang, Lokasi Dewan Orang Ramai Sembilang.
5-12.00 Tengahari, Persatuan Delima Kasih, Lokasi Ampang Jajar.
6-12.30 Tengahari, JKKK Pekan Permatang Pauh.
7-1.00 Tengahari, Solat Zohor
8-1.30 Tengahari, Kenduri kahwin dirumah Pak Long Radzi, Permatang Pasir.
9-2.00 Petang, Pemuda Qaryah Kubang Ulu, Lokasi Pondok Kubang Ulu.
10-2.30 Petang, JKKK Kuala Mengkuang, Lokasi Dewan Kuala Mengkuang.
11-3.00 Petang, Kampung Terus, Lokasi Rumah Din Terus.
Sumber : Blog Anak Sungai Derhaka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan