SHAH
ALAM, 17 NOV : Sidang Dun Selangor hari ini meluluskan pembiayaian
perbelanjaan emolument bagi kakitangan istana serta perbelanjaan
mengurus dan pembangunan antara RM 35,000 hingga RM11.76 juta bagi
meningkatkan kecekapan dan tugasan pihak istana dengan lebih lancar.
Adun
Kampung Tunku (DAP), Lau Weng San membahaskan isu ini bersetuju dengan
pertambahan peruntukan tersebut bagi memastikan DYMM Tuanku Sultan
Selangor dan pejabat Tuanku dapat menjalankan tugas baginda dengan lebih
lancar, cekap dan profesional.
Beliau
berkata dengan pertambahan peruntukan tersebut akan membolehkan kerajaan
Selangor mengambil lebih ramai golongan cendekiawan yang mempunyai
pelbagai kepakaran dalam meningkatkan kecekapan serta khidmat nasihat
khususnya dalam bidang undang-undang, kewangan dan ekonomi dan
sebagainya.
"Sememangnya Tuanku diberi
kuasa untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di
Selangor. Walaupun begitu, ramai yang mungkin sudah lupa bahawa Tuanku
juga berkuasa untuk menjaga kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain."
tegas beliau.
Sehubungan itu beliau
berharap agar kerajaan dapat mengadakan satu laman web yang komprehansif
untuk memperkenalkan sejarah raja berperlembagaan di Selangor dan
menjadikan istana kerajaan di Selangor sebagai salah satu dari destinasi
pelancongan."Di England beberapa istana
disana telah menjadi ikon kepada negara tersebut dan menjadi destinasi
pelancongan yang amat manarik serta memberi pulangan yang baik bagi
menampong pendapatan istana," kata beliau.
Menyentuh
isu yang sama Adun Kinrara (DAP), Teresa Kok menyokong usaha mehjadikan
istana lama dijadikan sebagai destinasi pelancongan.
"Tuanku
juga mahukan supaya sejarah landasan keretapi dari Johor Bharu ke
Singapura dipamirkan di Istana Alam Shah bagi membuktikan wujud hubungan
antara Tanah Melayu dengan Singapura." jelasnya.
Dun
Selangor meluluskan Rang Undang-undang Enakmen Peruntukan DiRaja
(Pindaan) tahun 2011 mengenai pembiayaian perbelanjaan emolument bagi
kakitangan istana akan dinaikkan kira-kira RM35,000 ke RM4.49 juta.
Turut
di luluskan pertambahan perbelanjaan RM900,000 hingga RM11.76 bagi
perbelanjaan di bawah tuntutan elaun, perjalanan kakitangan pejabat
istana, perbelanjaan utiliti, bekalan dan penyelenggaraan istana. TVS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan