Umno
Puchong didakwa cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu di kawasan itu
namun ia berjaya dihalang oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim.
Berdasarkan
maklumat yang didedahkan di dalam portal Malaysia Waves, tanah rezab
Melayu itu cuba dijual kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development
Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan bumiputra.
Menteri
Besar menerima permohonan berkenaan daripada pejabat Pengarah Tanah
dan Galian Selangor pada tahun lalu. Dalam surat berkenaan juga
dinyatakan syor Pentadbir Tanah Daerah Petaling yang menolak permohonan
berkenaan atas alasan mengekalkan kouta bumiputera.
Manakala
syor daripada Pejabat Tanah dan Galian pula menyatakan tidak disokong
kerana pindah milik di antara pertubuhan bumiputera kepada syarikat
bukan bumiputera.
Keputusan
ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor
masih menjaga perkara berkenaan hak-hak orang Melayu di negeri ini,
sekali gus menolak dakwaan Umno selama ini bahawa KEADILAN dan PAS
tunduk kepada DAP.
Sementara
itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin ketika
diminta mengulas perkara ini menggesa Ketua Pembangkang DUN Selangor,
Datuk Satim Diman memberi penjelasan berkenaan cubaan menggadai tanah
rezab Melayu yang berada di atas nama Bahagian Umno Puchong.
Katanya, ini membuktikan kegagalan mereka dalam memperjuangkan tanah-tanah simpanan Melayu di negeri ini.
“Dalam
soal ini, mereka yang memperjuangkan hak Melayu, memperjuangkan hak
simpanan tanah Melayu itu sudah jauh ketinggalan, sebab yang jelas,
ribuan ekar tanah hak rakyat Selangor, gagal mereka pertahankan,”
katanya.
Tambah
Faekah lagi, sejak Pakatan mengambil alih Selangor, sudah banyak
pendedahan yang dilakukan berkaitan soal tanah penganugerahan tanah yang
tidak telus.
“Pada
kita (kerajaan Selangor) sudah buktikan bahawa sebelum Pakatan
mengambil alih pentadbiran, bahawa banyak tanah-tanah di negeri Selangor
telah diberi sama ada secara pukal atau secara racik-racik kepada
orang yang tidak memerlukan dan tidak sepatutnya dapat.
“Isu
yang lebih besar tentang tanah ialah bagaimana ketika dahulu
tanah-tanah diberikan kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri, selepas
itu anak-anak syarikat pula mengagih-agihkan kepada syarikat lain.-
tvs
"Itu
modus operandi yang sangat ketara dan kalau saya sebut satu per satu,
rakyat Selangor akan terkejut sebab saya sendiri terkejut perkara itu
berlaku secara berleluasa,” jelas Faekah.
Londeh BN Selangor habis-habis biar ahli UMNO sendiripun menyampah.
BalasPadam