KUALA LUMPUR 21 Nov: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mempersoal sumber
kewangan yang diguna Umno-Barisan Nasional untuk membayar pejuang upahan
siber (cyber Trooper) bagi memenangkan mereka dalam pilihan raya umum
akan datang.
Naib Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri berkata, terdapat kebimbangan sumber kewangan itu diperoleh hasil wang pembayar cukai.
“Kita menuntut Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan mengenainya.
Datuk Najib jangan bersembunyi di sebalik Cyber Trooper. Beliau perlu
menjawab skandal NFC (National Feedlot Corporation) dan bukan mengupah
Cyber Trooper untuk mengalihkan isu,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Najib semalam yang menyuarakan sokongan
terbuka terhadap Cyber Trooper Umno BN untuk berdepan Pakatan Rakyat
menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Najib dalam kenyataannya berkata, beliau mengiktiraf pejuang siber
sebagai ‘pengamal media sosial’ dan menganggap mereka sebagai askar baru
kepada gabungan parti itu.
Presiden Umno itu turut mengingatkan bahawa Umno-BN bakal tumbang dalam pilihan raya jika gagal memanipulasi media baru.
Justeru itu AMK menyeru rakyat agar menolak fitnah yang dilemparkan
Cyber Trooper yang ditaja Umno-BN dengan mendapatkan maklumat dari media
alternatif dan Pakatan Rakyat.
“Maklumat ini boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang
Keadilandaily, Harakahdaily dan Roket selain menghadiri penerangan dan
ceramah Pakatan Rakyat,” kata Azmizam.
Walaupun tiada angka rasmi menyatakan jumlah sebenar yang dibayar
kepada Cyber Trooper itu, namun difahamkan ia mencecah ribuan ringgit
bagi seorang blogger upahan.
Antara taktik Cyber Trooper Umno ialah memanipulasi gambar dan Video
lucah terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, dan pada masa sama ‘kebal’ dari
tindakan undang-undang.Keadilandaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan