KUALA NERUS
- Lebih tiga puluh buah kereta mewah berjenama 'BMW' diletakkan dalam
kawasan kem tentera Seberang Takir di sini, menimbulkan pelbagai
persoalan.
Menurut sumber, kereta-kereta yang bernilai jutaan ringgit tersebut akan digunakan sebagai kereta rasmi untuk acara sukan perahu layar Monsoon Cup yang bermula pada Selasa 22 November.Namun, kesahihan maklumat tersebut diragui.
Kemunculan kereta-kereta tersebut mula dikesan oleh skuad Buletinonline (Skuad BO)pada malam Ahad 20 November.
Sekurang-kurang tiga buah kontena pembawa kereta yang membawa kereta-kereta terbabit, dilihat melencongkan laluannya dari jambatan Sultan Mahmud menuju ke Seberang Takir, pada kira-kira jam 10.30 malam itu.
Skuad BO yang sempat mengambil gambar kontena berkenaan mendapati logo yang terdapat pada badan kereta adalah logo Jambori Pengakap Antara Bangsa yang telah dirasmikan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin ada 18 November.
Oleh itu, persoalan pertama yang timbul, sekiranya kereta-kerata mewah tersebut adalah kenderaan rasmi, mengapakah ia baru tiba semalam, setelah Sultan Mizan dilaporkan sampai di Antartika?
Seandainya,
kereta-kereta yang berharga ratusan ribu ringgit setiap satu itu bakal
digunakan sebagai kenderaan rasmi Monsoon Cup, mengapakah ia diletakkan
dalam kawasan kem tentera?Menurut sumber, kereta-kereta yang bernilai jutaan ringgit tersebut akan digunakan sebagai kereta rasmi untuk acara sukan perahu layar Monsoon Cup yang bermula pada Selasa 22 November.Namun, kesahihan maklumat tersebut diragui.
Kemunculan kereta-kereta tersebut mula dikesan oleh skuad Buletinonline (Skuad BO)pada malam Ahad 20 November.
Sekurang-kurang tiga buah kontena pembawa kereta yang membawa kereta-kereta terbabit, dilihat melencongkan laluannya dari jambatan Sultan Mahmud menuju ke Seberang Takir, pada kira-kira jam 10.30 malam itu.
Skuad BO yang sempat mengambil gambar kontena berkenaan mendapati logo yang terdapat pada badan kereta adalah logo Jambori Pengakap Antara Bangsa yang telah dirasmikan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin ada 18 November.
Oleh itu, persoalan pertama yang timbul, sekiranya kereta-kerata mewah tersebut adalah kenderaan rasmi, mengapakah ia baru tiba semalam, setelah Sultan Mizan dilaporkan sampai di Antartika?
Tinjauan skuad BO lewat petang Isnin 21 November, kereta-kereta itu masih tersadai di dalam kem Seberang Takir sedangkan Monsoon Cup akan bermula pada 22 November.
Menurut laman rasminya, sukan tersebut akan dirasmikan oleh SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan pada jam 2.30 petang 22 November.
Pada masa yang sama, beberapa kenderaan rasmi pasukan yang bertanding telah dilihat berada di sebuah hotel di bandaraya ini, namun sebaliknya kereta-kereta misteri tersebut berada jauh dari lokasi.
Selain itu, kereta-kereta BMW terbabit didapati tidak mempunyai nombor pendaftaran.
Sekiranya ia akan digunakan sebagai kenderaan rasmi yang akan bergerak diatas jalanraya, bagaimana mungkin kenderaan tersbeut tidak mempunyai 'plet' pendaftaran.
Kereta hantu kot tu Syeikh...kihkihkih..jenih hantu kayo tu geng2 puok2 b-end...
BalasPadamtak ada apa2 isu pun kat sini..
BalasPadam