Selasa, 8 November 2011

111 ahli Umno sertai PAS sempena Idul Adha

KEPALA BATAS, 8 Nov: Seramai 111 orang penyokong setia dan ahli Umno di sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun) Penaga menyertai PAS sempena Idul Adha tahun ini.

Kemasukan mereka ke dalam PAS juga sekaligus memberikan tamparan hangat kepada Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim yang sering mencetuskan kontroversi berhubung kemasukan ahli PAS ke dalam Umno di pejabatnya beberapa bulan lalu.

Sedangkan yang menyertai Umno bukannya ahli PAS tetapi mereka ditipu apabila diajak ke satu majlis dan bergambar dengan pemimpin Umno kononnya kecewa dengan PAS kerana tidak membantu ahli.

Borang kemasukan mereka ke dalam PAS yang diketuai oleh bekas Pengerusi Tetap Umno Kota Aur, Mohd Radzi Wahab diserahkan kepada Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Husein.

Mohd Radzi ketika berucap pada majlis itu kelmarin memberitahu kemarahannya memuncak apabila kepimpinan Umno sanggup memperlekehkan hukum hudud.

Bukan itu sahaja, katanya malahan pemimpin Umno melakukan penipuan, penyelewengan dan memfitnah saudara seIslam demi memuaskan nafsu politik sempit.

"Sejak 24 tahun saya ditipu dan diperdayakan, maka hari ini setelah timbulnya kesedaran hasil nasihat rakan taulan saya menyertai perjuangan yang sebenar. Janji saya biar saya mengakhiri hayat dalam PAS dan bertekad akan membantu meningkatkan syariat Islam bersama PAS," tambahnya.

Rosidi merangkap Penyelaras Dun Penaga ketika ditemui selepas majlis tersebut memberitahu Umno khususnya di Kepala Batas yang ditunjangi oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam keadaan goyah setelah Abdullah kemungkinan besar tidak bertanding lagi untuk kerusi itu dalam PRU 13 nanti.Hrkh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan