KUALA LUMPUR, 12 Okt — Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal,
Bob Lokman yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kelmarin
atas dakwaan memberi ceramah agama tanpa tauliah berkata, beliau tidak
berminat untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, sebaliknya
hanya mahu berdakwah.
Katanya, beliau lebih mengutamakan pemantapan akidah dan iman umat
Islam di negara ini berbanding menceburi bidang politik yang
disifatkannya sebagai rumit.
“Saya tidak berminat untuk menyertai politik, bukan bidang saya. Saya
lebih mengutamakan kewajipan membantu umat Islam di negara kita ini
supaya iman dan akidah mereka menjadi lebih mantap, saya tidak minat
politik, rumit,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari
ini.
Pada 19 Februari lalu, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS.
Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk
Seri Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan
30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar.
Bob Lokman merupakan penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search.
Bob Lokman memberitahu beliau bersedia meninggalkan PAS jika Umno
mengukuhkan pegangan dan ajaran Islam di negara ini dan tidak menolak
kemungkinan sekiranya perkara itu dilaksanakan parti teras BN itu, PAS
juga akan membubarkan partinya satu hari nanti.
Jais telah mengesahkan beliau ditahan kerana kesalahan memberi kuliah tanpa tauliah.
“Jika Umno BN kukuhkan Islam, saya akan keluar PAS, mungkin kalau itu
berlaku PAS juga akan bubarkan parti itu,” katanya ketika menjelaskan
situasi yang berlaku di sebalik penahanannya oleh Jais di Hulu Langat
malam kelmarin.
Bob Lokman juga menegaskan penahanan beliau oleh Jais merupakan satu
usaha Umno BN untuk mengekang usaha dakwah yang dilakukan golongan artis
sepertinya bagi mengelakkan mereka menyertai majlis dan program anjuran
PAS.
“Dengan berbuat demikian, mereka sangka akan dapat mengekang orang
ramai daripada menghadiri majlis dan program PAS yang dilihat akan
mendapat sambutan sekiranya melibatkan golongan artis sebagai tetamu
undangan dalam program tersebut,” jelasnya lagi.
“Umno BN ini cuba untuk mengelakkan orang ramai daripada hadir
majlis-majlis anjuran PAS supaya program mereka tidak mendapat sokongan,
tapi mereka sebenarnya silap, kejadian seperti ini akan menjadikan
golongan artis ini lebih popular, lebih diminati masyarakat,” katanya
mempertikaikan tindakan tersebut.
Menjelaskan situasi sebenar ketika insiden penahanan, penulis lirik
ini berkata, beliau menerima jemputan untuk menyampaikan ceramah di
Masjid Sg Lui.
Namun, katanya, oleh kerana tiada tauliah, penganjur turut menjemput
seorang ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Fakaruddin yang mempunyai
tauliah untuk memberi ceramah berkenaan hidayah Islam.
“Saya kemudiannya dijemput oleh Ustaz Fakaruddin untuk menceritakan
pengalaman saya sendiri, dan bercerita berkenaan hidayah yang saya
terima,” ujarnya.
“Majlis itu turut dihadiri pegawai Jais dan juga kadi kawasan berkenaan,” jelasnya lagi.
Menurut Bob Lokman lagi, sebaik selesai solat Isyak, beliau dihampiri
oleh seorang pegawai Jais dan memintanya berbincang berkenaan tauliah
dan dia bersetuju untuk berjumpa pegawai berkenaan.
“Pegawai Jais datang kepada saya dan memberitahu saya akan ditahan
kerana memberi ceramah tanpa tauliah, saya kata tahanlah, tapi mereka
suruh saya ikut mereka ke balai polis dan mereka akan buat laporan polis
terhadap saya, seterusnya akan buat bon untuk membebaskan saya,”
ujarnya.
“Saya suruh mereka pergi ke balai polis dulu, kemudian baru datang
ambil saya, nak tangkap orang mesti buat laporan polis dulu,” jelasnya
lagi.
Tambah Bob Lokman, keadaan menjadi tegang akibat daripada campur
tangan kadi yang menyatakan dia sengaja memberi alasan untuk mengelak
daripada dibawa polis.
“Kadi masuk campur, dan berlaku pertengkaran antara kami, dia kata
itu alasan saya untuk tidak mahu ikut mereka ke balai polis,” katanya
memberi penjelasan terhadap insiden itu.
Bob Lokman juga menolak untuk pergi ke pejabat Jais untuk memberi
kenyataan terhadap insiden tersebut, sebaliknya pihak Jais sendiri harus
jemput dia di rumah kerana mereka ada kuasa.
“Mereka ada kuasa, datanglah jemput saya di rumah,” katanya.TMI
Kerana sekor RAJA, JAIS terus jadi lembu..
BalasPadamCakap bukan main pandai ie "kalau nak buat sesuatu ingat kan Allah dulu"
Tapi, apa yang JAIS telah lakukan.
"INGAT RAJA DULU BARU TUHAN....."
APA...ingat RAJA tu lagi kebal dpd tuhan ke?
Kita tengok pula bila artis pro BN/ UMNO ceramah agama di Selangor
BalasPadam