Dalam keputusan penanda itu, dua hakim menyanggah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Auku sebagai berperlembagaan dalam menguatkuasakan sekatan tertentu.
Keputusan majoriti itu diperoleh apabila Hakim Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Linton Albert membenarkan rayuan empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Seorang lagi hakim Low Hop Bing berbeza pendapat, lapor Malaysiakini.
Mahkamah Tinggi pada 28 September menolak saman pemula yang dikemukakan empat pelajar jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mencabar tindakan tatatertib terhadap mereka kerana terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April lalu.
Keputusan dibuat oleh Hakim Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas Datuk Aziah Ali.
Pelajar-pelajar terbabit, kesemuanya bekas ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM, ialah Hilman Idham (presiden), Ismail Aminuddhin (naib presiden), Azlin Shafina Adzha (setiausaha agung), Wong King ChaƬ (exco).
Keempat-empat pelajar itu sudah pun menawatkan pengajian mereka dan menerima ijazah pada majlis konvensyen September lalu.Keadilandaily
Kes ini akan dijadikan landmark kes utk kes2 yg akan datang.. Harap mahasiswa gunakan ianya sebaik2nya dan jgn sesekali mudah dipergunakan..
BalasPadam