KUALA LUMPUR, 8 Sept – Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberi tempoh 24 jam sebagai tempoh terakhir kepada Utusan Malaysia untuk memohon maaf atau berdepan saman.
Tempoh itu diberi berhubung laporan muka depan akhbar Umno itu pada 27 Ogos lalu, bertajuk “Mat Sabu hina pejuang, anggap pengganas komunis hero sebenar tragedi Bukit Kepong” yang didakwa fitnah terhadap dirinya dan PAS.
Gagal berbuat demikian dalam tempoh tersebut, beliau akan mengarahkan peguamnya memfailkan saman terhadap akhbar itu minggu depan.
“Tulisan muka depan itu telah menimbulkan fitnah, kemarahan orang ramai kepada saya di atas rekaan berita yang dibuat Utusan terhadap saya.
“Kerana itu juga telah berlaku kehangatan politik dan fitnah terhadap saya sehingga ada ancaman begitu berat yang saya lalui,” kata Mohamad dipetik Harakahdaily hari ini.
Menurutnya lagi, notis guaman juga telah dihantar kepada ketua pengarang akhbar itu secara rasmi hari ini.
Dalam laporannya itu, Utusan Malaysia menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Mat Indera, lelaki yang didakwa bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.
Bagaimanapun laporan itu dakwa Mohamad sebagai tidak benar dan fitnah kerana beliau tidak pernah mengaitkan Mat Indera dengan Komunis namun dilapor sebaliknya oleh Utusan Malaysia.TMI
saya rasa Utusan Malaysia patut melayani kemahuan Mat Sabu, bertempur di mahkamah!
BalasPadamsaya asalnya bukan seorang yang anti PAS, malah sebelum ini saya mengundi PAS.
sebelum PAS mengadakan pakatan yang serius dengan DAP. DAP menghina Sultan, menghina Islam. bila Karpal Singh menghina Sultan Perak, tersirap darah saya.
sekarang PAS telah menghina Islam dan menghina pejuang yang menentang komunis.
saya mengatakan Utusan Malaysia akan menang didalam kes saman ini.
peristiwa Bukit Kepong adalah satu peristiwa yang sensitif didalam sejarah Malaysia. penuh kesedihan, dimana orang Melayu memberikan pengorbanan yang tidak ternilai, nyawa mereka dan keluarga mereka sendiri. membakar semangat kepada rakyat Malaysia yang lain yang mendengar akan pengorbanan ini.
peristiwa ini adalah lambang kepahlawanan dan pengorbanan orang Melayu dizaman moden.
bak kata orang, "jangan main-main dengan orang Melayu, mereka sanggup berkorban segalanya untuk negara, bangsa dan ugama."
jika ada seseorang yang cuba menghina pejuang-pejuang ini, beliau akan dimusuhi, dibenci.
jika beliau seorang ahli politik, saat kejatuhannya telah bermula.
saya berdoa Mat Sabu tidak akan menang lagi bertanding dimana-mana DUN atau KP di Malaysia ini.
Pas dah rosak sebab kawan dgn DAP.Sudah tak ada apa yang boleh di harap sama saja dengan UMNO atau lebih teruk.Orang islam kembali lah bersatu!Dulu saya undi PAS!
BalasPadamsaya petik ucapan Mat Sabu seperti yang siarkan dalam blog ek ele (saya betulkan sedikit, ada yang salah):
BalasPadam"bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong, Bukit Kepong tu polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pejuang kemerdekaan, ketuanya Mat Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indera ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di jail Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak, nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong."
saya ulang yang paling penting didalam ucapan beliau:
"Bukit Kepong tu polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pejuang kemerdekaan, ketuanya Mat Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup"
jelas kepada kita Mat Sabu telah mengatakan 'hak serang Bukit Kepong tu pejuang kemerdekaan' dan 'Bukit Kepong tu polis tu polis British'.
'pejuang kemerdekaan' tersebut telah menunjukkan kelakuan paling kejam berbanding yang pernah ditunjukkan oleh semua rakan-rakan mereka sejak mula PKM ditubuhkan sehingga mereka meletak senjata pada 1989.
adakah kerana polis itu polis british maka memberikan hak mutlak kepada 'pejuang kemerdekaan' tersebut untuk membunuh bukan sahaja polis yang bertempur dengan mereka, tetapi anak dan isteri kepada polis british itu turut halal untuk dibunuh dan dibakar, ada yang dicampakkan hidup-hidup kedalam api yang sedang membakar bangunan balai polis itu!!!
kita lihat sejarah perjuangan kemerdekaan Indonesia dimana Badan Keamanan Rakyat yang berubah menjadi Tentara Keselamatan Rakyat seterusnya berubah lagi menjadi Tentara Repoeblik Indonesia seterusnya menjadi Tentara Nasional Indonesia tidak pernah, saya ulangi tidak pernah terlibat menyerang Belanda atau talibarut Belanda dan membunuh atau membakar sekali anak dan isteri Belanda atau talibarut Belanda tersebut. kita sedia maklum bahawa malah pihak Belanda yang ada melakukan atrocity keatas rakyat Indonesia, tetapi ini tidak dijadikan alasan oleh pihak TNI untuk membalas dendam.
membunuh anggota polis di Balai Polis Bukit Kepong hatta kesemuanya pun masih boleh diterima kerana itulah adat peperangan- membunuh atau dibunuh.
membunuh seorang dua isteri anggota polis dengan alasan mereka juga mengangkat senjata menentang gerombolan komunis setelah suami mereka gugur juga saya rasa masih boleh diterima akal.
itupun sudah melanggar prinsip gentlemen soldier yang melarang pembunuhan wanita semasa pertempuran.
masih belum mampu membuat peristiwa Bukit Kepong ini begitu terkenal...
kanak-kanak juga dibunuh dan dibakar!!
ini bukan lagi manusia, ini syaitan!!!!
inilah yang menyebabkan PERISTIWA BUKIT KEPONG pada 23 Februari 1950 itu menjadi cukup dikenang, cukup menyayat hati- satu simbol paling besar penentangan terhadap komunis, satu simbol kepahlawanan Melayu!
secara peribadi saya tidak mahu menjadi rakyat sebuah negara dimana 'pejuang kemerdekaan' negara tersebut melakukan kekejaman (atrocity) diatas nama memperjuangkan kemerdekaan. apa lagi terhadap anak watan sebangsa dan seugama mereka sendiri..
matlamat tidak menghalalkan cara.
Mat Indera tidak layak diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan!