SHAH ALAM 15 SEPT : Koperal Jenain Subi, 49, hari ini dijatuhi hukuman lima tahun penjara setalah didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian remaja Aminulrasyid Amzah.
Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati Jenain bersalah atas tuduhan tersebut mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.Hakim Latifah Mohd Tahar turut menetapkan jaminan sebanyak RM10,000.
Katanya, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa peluru yang menyebabkan kematian pelajar sekolah itu merupakan salah satu daripada 21 butir peluru yang ditembak oleh Jenain menggunakan selaras senapang submesin-gan dalam kejadian berkenaan.
Pendakwaan telah membuktikan demikian dengan melangkaui keraguan munasabah, katanya.Menurutnya lagi, seorang pegawai polis sepatutnya tahu bahawa tembakan pada tetapan automatik itu adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.
Jenain didapati bersalah melakukan perbuatan itu di antara jam 1.10 dan 2 pagi di Jalan Tarian 11/2, Shah Alam pada 26 April 2010.TVS

Apa? Lima tahun saja.....lansung tidak adil
BalasPadamSatu nyawa bernilai 5 tahun penjara....
Alangkah bahagianya sekira Qisas dilaksanakan.....hukuman tembak balas sampai mati....