Khamis, 1 September 2011

Sejarah Yang Digelapkan : Tok Janggut Bunuh Polis Melayu Yang Menjadi Talibarut Penjajah !!!


Aris Awang menulis:
Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan.

Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setiap tahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung. - ArisAwang.
Juga ditulis:
Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai tadbir Pentadbiran British yang berasal daripada Singapura, menggantikan raja yang berkuasa di daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai.

Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk menangkap Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah ditikam oleh Tuk Janggut lalu terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh.

Encik Latiff pula telah melarikan diri melalui ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.

Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan serba salah. Atas Desakan Pegawai Penasihat British pada masa itu Sultan Kelantan terpaksa menganggap Tuk Janggut sebagai seorang penderhaka. Pada hal Tuk Janggut bangkit menentang atau melawan pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di seluruh Kelantan, termasuk Pasir Putih.

Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah terkena tembak lalu meninggal dunia. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari.

Mayat beliau digantung songsang (kaki di atas dan kepala di bawah)beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka).Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak British sehingga putus dua badannya. Selepas itu mayatnya dibungkus dan dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumikan. - Idib.
Baca seterusnya di blog ArisAwang.

Sultan Kelantan yang takut tak sanggup hilang kuasa dan takhta bersetuju istiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka dan orang melayu yang 'menyembah' sultan tak berani walaupun untuk 'sembah derhaka', apa lagi la nak menderhaka pasai takut ditimpa daulat.

Selama ni kita cuma dibagitau yang Tok Janggut menentang British tapi tak dibagitau yang Tok Janggut jugak menentang orang melayu yang menjadi pengawal kepada British dan Tok Janggut menderhaka kepada sultan Kelantan. Kita cuma dibagitau yang British mengupah tentera Gurkha dari India untuk menentang 'pengganas'- cenangau

18 ulasan:

  1. Tahun 1915,Tok Janggut digantung kaki keatas,kepala kebawah oleh penjajah British.Sehingga meletusnya Perang Dunia II,begitu ramai tokoh-tokoh Melayu yang kecundang menentang British,mahukan kemerdekaan untuk Tanah Melayu.Waktu itu,UMNO belum ujud lagi.UMNO ujud hanya selepas Perang Dunia II itu pun bukan untuk memerdekaan Tanah Melayu tapi sekadar melawan Malayan Union.Inilah akibatnya jika UMNO terus memutar-belit fakta-fakta sejarah.

    BalasPadam
  2. Yang rasa tergugat adalah pemimpin UMNO . Kerana kuatir tidak di anggap sebagai pejuang negara.

    BalasPadam
  3. awat gmbr itam putih blh tulis tok jagut sedang melintasi sempadan???
    mne dpt bukti???sengal ubi...
    mmg umno x wujud lg tetapi kita bangsa melayu cuba membebaskn tanah air..bkn disebabkn tok janggut perang dunia II meletus..kita patut bersatu selamat menyambut hari raya dan selamat menyambut hari kemerdekaa..

    BalasPadam
  4. Good efforts. All the best for future posts. I have bookmarked you. Well done. I read and like this post. Thanks.

    BalasPadam
  5. Thanks for showing up such fabulous information. I have bookmarked you and will remain in line with your new posts. I like this post, keep writing and give informative post...!

    BalasPadam
  6. Thanks for showing up such fabulous information. I have bookmarked you and will remain in line with your new posts. I like this post, keep writing and give informative post...!

    BalasPadam
  7. The post is very informative. It is a pleasure reading it. I have also bookmarked you for checking out new posts.

    BalasPadam
  8. The post is very informative. It is a pleasure reading it. I have also bookmarked you for checking out new posts.

    BalasPadam
  9. The post is very informative. It is a pleasure reading it. I have also bookmarked you for checking out new posts.

    BalasPadam
  10. Thanks for writing in such an encouraging post. I had a glimpse of it and couldn’t stop reading till I finished. I have already bookmarked you.

    BalasPadam
  11. Thanks for writing in such an encouraging post. I had a glimpse of it and couldn’t stop reading till I finished. I have already bookmarked you.

    BalasPadam
  12. The post is handsomely written. I have bookmarked you for keeping abreast with your new posts.

    BalasPadam
  13. The post is handsomely written. I have bookmarked you for keeping abreast with your new posts.

    BalasPadam
  14. It is a pleasure going through your post. I have bookmarked you to check out new stuff from your side.

    BalasPadam
  15. It is a pleasure going through your post. I have bookmarked you to check out new stuff from your side.

    BalasPadam
  16. A very well-written post. I read and liked the post and have also bookmarked you. All the best for future endeavors.

    BalasPadam
  17. A very well-written post. I read and liked the post and have also bookmarked you. All the best for future endeavors.

    BalasPadam
  18. Demo keno tipu hidup hidup ko penjajah. Tu bukan gambar tok janggut tapi askat gurgha british. Tok janggut melayu ori boh. Buke bako mamak atau pashtun. Join page 'kelab pencinta sejarah kelate' di facebook kalu nok tahu lebih lanjut. Woreh tok janggut ado jadi saloh sore admin page tu. Nama dia Ustaz wan asrul.

    BalasPadam