KUALA LUMPUR,
6 Sept — Pakar perlembangaan Prof Abdul Aziz Bari berkata meskipun
negeri-negeri Melayu bukan atau tidak pernah dijajah oleh British,
tetapi pada hakikatnya telah “dijajah kerana pentadbiran negeri
dikawal” oleh kuasa Eropah itu sehingga negara merdeka lima dekad lalu.
“Pendeknya
dari segi teknikal memang negeri-negeri Melayu bukan atau tidak pernah
dijajah... hatta pentadbiran agama pun dipantau oleh British,” kata
beliau dalam reaksi kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Secara
teknikal memang betul bahawa kita tak pernah dijajah; negeri-negeri
Melayu hanya negeri lindungan. Hanya Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan
Sarawak yang pernah dijajah,” kata beliau.
Bagaimanapun
menurut ahli akademik ini, negeri-negeri Melayu bukan negeri yang
bebas dan berdaulat kerana mereka tidak bebas mengadakan hubungan luar.
“Raja-raja,
contohnya, dipaksa menerima kejatuhan Empayar Uthmaniah yang
dihancurkan oleh British dan sekutu-sekutunya pada 1924. Ini semua
berlaku kerana Raja-raja di bawah tangan British meskipun mereka tidak
dijajah.
“Selain
itu meskipun di sisi undang-undang, yakni secara teknikalnya, mereka
berdaulat kita semua tahu dasar dan undang-undang semuanya ditentukan
oleh British,” kata beliau sambil menambah, Prof Emeritus Tan Sri Dr
Khoo Kay Kim tidak harus membesar-besarkan kedudukan teknikal itu
sehingga menafikan hakikat yang berlaku ketika itu.
Aziz (gambar)
mengulas mengenai kritikan beberapa pihak ekoran pandangan tokoh
sejarah itu bahawa negara ini sebenarnya tidak pernah dijajah oleh
British, sebaliknya berada di bawah naungan negara Eropah itu.
Khoo
melahirkan pandangan itu dalam satu temu bual dengan akhbar arus
perdana kelmarin ketika kontroversi berkaitan kenyataan Timbalan
Presiden PAS Mohamad Sabu hangat diperkatakan sehingga ada yang mahu
fakta sejarah diteliti semula.
Negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54 bersama hari pembentukan Malaysia — buat julung kali pada 16 September ini.
Menjawab
soalan mengenai kenyataan Mohamad bahawa Allaharham Datuk Onn Jaafar
dan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukan pejuang kemerdekaan
sebenar kerana mereka pegawai British, Khoo berkata: “Mereka tidak
pernah bekerja dengan British. Kerajaan Melayu tidak pernah menjadi
jajahan British. Kerajaan Melayu dulu secara rasmi dikenali sebagai
Negeri Melayu Naungan iaitu di bawah perlindungan British, tetapi tetap
diperintah oleh Raja.”
Katanya,
kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan raja setiap
kerajaan dan pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran,
kedaulatan tetap pada raja.
“Maksudnya
dari segi undang-undang, British tidak pernah menjajah kerajaan
Melayu, hanya Negeri-Negeri Selat yang dikenali sebagai Tanah Jajahan
Mahkota British. Pegawai British utama di Negeri-Negeri Selat dikenali
sebagai gabenor, padahal kedudukan pegawai yang sama di kerajaan Melayu
dikenali sebagai Pesuruhjaya Tinggi. Gabenor Hugh Clifford dalam
ucapannya kepada Majlis Persekutuan pada Januari 1949 mengatakan
apabila beliau merujuk kepada kerajaan Melayu: ‘They were, they are and
they must remain Malay states. These states were when our cooperation
in government was first invited Mohamedan monarchies. And such they are
today. We have neither the right nor the desire to vary the system of
government’,” katanya lagi.
Kata beliau, dalam undang-undang ada dua keadaan iaitu ‘de jure’ dan ‘de facto’.
“Datuk
Onn mula-mula bekerja dengan kerajaan Johor dan Tunku dengan kerajaan
Kedah. Mereka bekerja di negeri yang dianggap Negeri Melayu Tidak
Bersekutu iaitu Raja masih ada banyak autonomi.
“Selepas
perang, mula-mula Datuk Onn kemudian Tunku diterima oleh British
sebagai presiden Umno yang diakui British sebagai parti politik orang
Melayu. Oleh sebab orang Melayu menentang Malayan Union, British tidak
melaksanakan Malayan Union. British selanjutnya berunding dengan
Raja-Raja juga Umno untuk menentukan sistem lebih sesuai,” kata Khoo
lagi dan menambah, “akibatnya pada Februari 1948, Persekutuan Tanah
Melayu diwujudkan.”
Mengulas
lanjut, Aziz berkata, Khoo perlu faham beza antara kedudukan teknikal
dan formal dengan kenyataan atau hakikat, yakni sesuatu yang
benar-benar berlaku.
“Sama
seperti hari ini, Raja-raja adalah ketua agama. Soalnya apakah mereka
benar-benar ketua agama dalam erti kata yang sebenar? Tidakkah
pentadbiran agama dijalankan oleh kerajaan?” kata beliau lagi.TMI
cakap ngan cina bodoh tuh... kalau tak dijajah buat menatang apa duk sambut merdeka tuh???
BalasPadamKami teringin sangat tengok PAS macam dulu, ada matlamat perjuangan Islam! tapi la PAS dah jadi caca-marba...buang perjuangan Islam ambik pulak negara Kebajikan dah tu promote perjuangan Komunis...katanya(Kal Marxt Sabu) sealiran dengan perjuangan Islam!...apa ni? betui la kata orang DAP ganti PAS!
BalasPadamRamai yang mengharapkan PAS ganti UMNO....tapi kini kecewa! Laa PAS tak berani sebut pasai Hudud atau pun Perjanjian Madinah masa ceramah atau tazkirah macam dulu-dulu....takut kat DAP!
PAS dah ada kuasa di Kelantan, Kedah, Selangor dan PPinang...kenapa tak cuba ubah perlembagaan negeri ikut perlembagaan Islam yang dilaung-laungkan dulu? Kalau kat ceramah bukan main lagi kata kita akan gantikan perlembagaan kafir(Lord Reid kata Ali Setan) dengan perlembagaan Islam!
Inilah masanya untuk PAS membuktikan yang ianya layak menggantikan UMNO yang dikatakan Sekular, Rasuah, Perkauman dan sebagainya.
Buktikan PAS itu lebih baik dari UMNO.
tungkaran hati...
BalasPadamKalu tahu dulu PAS perjuang islam.. kenapa tak join PAS...dulu bukan islam ker?
Jenama tidak penting.. yang penting adalah perlaksanaannya... cuba bagi peluang PR tadbir 'negara kebajikannya' kalu tak okey.. tuka plak yg lain....
dan jagan lupa sewaktu PAS Kelantan nak laksanakan hukum hudud dulu.. sapa yang beri amaran keras kepada kerajaan negeri?
tungkaran hati ni penulis upahan umno,dia menghantar komen yg sama pada semua blog2 pakatan....kahkahkah....ni pecacai umno@british
BalasPadamHa kan dah kena londeh pak tungkaran!!!Lain kali jgn dok menepek kat blog PR...Shoh!Shoh!
BalasPadam