NUSAJAYA,
7 Sept – Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata Ahmad Indera
atau Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika
negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan
sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.
Beliau berkata berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) dengan pangkat sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.
“Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan,” katanya dipetik Bernama Online.
“Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).
“Bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British,” kata beliau.
Ghani berkata demikian bagi mengulas tindakan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang dengan yakin mempertahankan kenyataannya (Mat Sabu) bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan sebenar.
Menurut Mohamad atau Mat Sabu, ia berdasarkan buku “Pengukir Nama Johor” pada halaman 107 hingga 117 yang menceritakan latar belakang dan perjuangan Mat Indera.
Ghani berkata tindakan Mat Indera menyertai PKM menyebabkan dia terpesong dan ianya berlainan daripada pemimpin haluan kiri lain seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad dan Ibrahim Yaakub yang tidak memilih untuk bertindak secara militan.
Beliau berkata kemuncak penglibatan Mat Indera yang kejam adalah peristiwa serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong di Muar pada 23 Februari 1950 dan fakta yang diperoleh dari pelbagai sumber sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan Mat Indera bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan berkenaan.
Mengenai buku “Pengukir Nama Johor”, Abdul Ghani berkata dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ), segala kajian, penulisan dan catatan berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak-watak seperti Mat Indera, merupakan data-data kemasyarakatan berkaitan anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku dalam negeri.
Katanya, penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan.TMI

Ulasan
Kata Ghani Othman, “Bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British."
Daripada apa yang saya faham menerusi kenyataan di atas, kita waktu itu tidak boleh menggunakan kekerasan menentang British.Jika pandangan Ghani ini diambil kira maka Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Maharajalela yang menggunakan kekerasan menentang British bolehlah dianggap pengganas sama dengan Mat Indera.Perlu diingatkan Tok Janggut juga membunuh polis berbangsa melayu yang menjadi talibarut British.
Saya yakin yang menggunakan kekerasan menentang pihak yang menjajah tanah air kita adalah tindakan wajar, British pun bukan berlembut dengan kita. Berapa banyak rakyat yang dianggap kiri dibunuh atau dipenjara tanpa bicara. Malah Puntum yang membunuh Birch pun pengganas juga agaknya.
MB macam ni bahaya dah tandatangan tak ngaku la pulak..takut2 bila dah jual tanah tanah negeri dah tebongkar kata pulak nanti saya tak ngaku itu tandatangan saya..kah kah kah...taik taik british yang ditinggalkan ini yang kita hidu busuknya selama 60 tahun eloklah panggil bomba pancut kasi masuk laut..
BalasPadamSaya faham, pada mulanya beberapa orang Melayu seperti Mat Indera dan lain-lain adalah ikhlas mahu berjuang untuk kemerdekaan Tanah Melayu pada masa itu. tetapi landasan perjuangan yang terlalu kiri dan melampau telah menyebabkan mereka dipengaruhi oleh komunis dan sama-sama bersubahat dengan komunis. saya percaya tidak sewajarnya kita mencaci Mat Indera tetapi tidak wajar kita menyanjung tinggi beliau melebihi Sarjan Jamil. kita boleh bayangkan apa yang boleh berlaku jika ada 10 orang lagi Mat Indera dan apa yang akan berlaku jika tiada seorang Sarjan Jamil???
BalasPadamSaya ingin bertanya kepada orang yang condong menyokong Mat Indera, wajarkah perjuangan beliau dikatakan perjuangan yang benar? apa yang akan berlaku kepada negara ini jika ditakdirkan perjuangan Mat Indera berjaya pada tahun 1950?
lihat negara-negara komunis. tuan-tuan mahukah negara kita jadi negara komunis?
beliau mungkin berniat memperjuangkan bangsa tetapi jalan yang beliau pilih adalah salah.
beliau tidak patut dan tidak berhak dilebihkan darjatnya dari Sarjan Jamil dan anak-anak buahnya.
Mat Sabu mengatakan bahawa Mat Indera adalah hero sebenar peristiwa Bukit Kepong. ini bermakna darjat Mat Indera adalah dilebihkan dari darjat Sarjan Jamil.
Peristiwa Bukit Kepong adalah satu peristiwa yang sangat sensitif kepada rakyat negara ini kerana pihak PKM berjaya menunjukkan mereka adalah satu kumpulan 'armed mob' yang bila menghadapi satu kumpulan yang kurang dari segi persenjataan dan bilangan anggota, terus membunuh dan menganiaya hampir semua mereka yang menentang. Kalau komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 hanya membunuh semua anggota polis yang bertugas, tanpa membunuh beberapa anggota keluarga dan membakar balai polis dan berek polis yang mereka tentu tahu masih ada beberapa orang yang masih hidup termasuk isteri dan anak-anak anggota polis yang mungkin telah cedera dan tidak mampu melarikan diri dari api, tentu Peristiwa Bukit Kepong tidak akan menjadi satu peristiwa yang sensitif. Peristiwa ini membuktikan gerombolan komunis tersebut adalah kejam dan tidak akan teragak-agak untuk membunuh dan menganiaya orang yang lemah terutama apabila mereka marah kerana anggota polis di Bukit Kepong memberikan tentangan yang hebat diatas tujuan mereka hendak menawan balai itu. Pemimpin komunis yang terlibat iaitu Mat Indera samada tidak mahu atau tidak berupaya mengekang perlakuan kejam tersebut. kerana saya seorang Islam dan Mat Indera juga saya percaya masih Islam, saya mahu menganggap bahawa beliau tidak berupaya mengekang kelakuan 'mengamuk' anggota beliau tersebut. tetapi kita boleh perhatikan bahawa Mat Indera tidak mahu bertaubat dan peristiwa tersebut tidak membuka mata beliau bahawa ideologi komunis itu adalah salah. sehingga beliau digantung sampai mati pun beliau tidak menunjukkan penyesalan.
BalasPadamkesan dari peristiwa Bukit Kepong ini, komunis semakin jauh dari hati orang-orang Melayu. bila disebutkan Peristiwa Bukit Kepong, kita akan membayangkan kekejaman komunis yang kebetulan pada masa itu terdiri dari majoriti orang cina. Kita juga mula membayangkan kepahlawanan polis-polis Melayu tersebut yang tidak takut mati mempertahankan apa yang mereka yakin adalah kebenaran.
sejak Peristiwa Bukit Kepong kita tidak lagi mendengar ada peristiwa yang melibatkan pertempuran komunis dengan pihak berkuasa yang sekejam itu. tetapi Alhamdulillah, the damage was done and the communist fate was sealed, mereka kalah secara keseluruhan di Malaya.
saya nak sebut sekali lagi, Peristiwa Bukit Kepong adalah satu peristiwa yang sangat sensitif kepada orang Melayu sehingga digelarkan 'the Malayan Alamo'. jika Mat Sabu berkeras untuk menggunakan ini sebagai modal kempen maka sokongan orang Melayu tidak akan berpihak kepada PAS.
Sudahlah peristiwa DUMC membangkitkan kebencian orang Melayu kepada PAS, ditambah lagi pula kata-kata dari Mat Sabu ini....
PAS mahukan sokongan orang Melayu tetapi mengenepikan sensitiviti orang Melayu dan mengutamakan sensitiviti orang bukan Melayu. saya andaikan pemimpin PAS tidak lagi memerlukan sokongan orang Melayu....