Sebelum
kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah,
eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami
semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip
video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong
itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas
ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop
kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau. Sememangnya ucapan Mat
Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah
bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia.
Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat
Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong
Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah
ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya
digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia,
tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!
Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera
Saya
tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat
pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti
yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi
Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada
tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh
ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri.
Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera
sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah,
bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi
sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil
karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail
Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah,
Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga
telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor
di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam,
Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada
Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata,
penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti
adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai
pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat
ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.
Siapa Mat Indera
Mat Indera, atau Ahmad bin Indera
lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920.
Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada
tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji
Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu
supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk
guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak
daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan
tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di
Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.
Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras.
Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua
pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera
membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada
awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf
(API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika
British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua
parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih
halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun
1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah
British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang
British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa
menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu
tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan
hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat
Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek
Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana
disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal
diberkas oleh penjajah.
Mat Indera dan Bukit Kepong
Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat
diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan,
tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju
Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasong Bukit
Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi
itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang
anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan
keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang
komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong
Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong
diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula
mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera)
bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong
tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis.
Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina
telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa
pengetahuan Mat Indera.
Apa pun
peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak
British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran
dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat
Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera
tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya.
Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul
Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah
sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman
mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera
didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.
Buku ini turut
memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat
Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan
pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan
$75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah
memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah
bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon
Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun
1961.
Di bahagian Pendahuluan buku
ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua
versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat
menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut.
Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang
menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah
apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan
bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan
pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia
mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".
Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang
dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran
yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya
memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama'
dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan
kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai
boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan.
Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan
neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa
tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh
dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.
Rasional bukan emosi
Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran
sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang
timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang
penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali
lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang. Sumber
yang saya utarakan ini pun bukannya daripada Wikileaks atau maklumat
daripada kerajaan British, tapi berdasarkan buku terbitan Yayasan
Warisan Johor. Johor tau, Johor, tempat Umno beranak, negeri Umno
terkuat di dunia. Sumber satu hala ini pun boleh meraikan perbezaan,
kenapa kita masih tak mahu mengerti?
Bacalah
biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera
disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail
Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi
pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama
Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang
penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta
menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan". Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah
Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai
kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap
bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi
memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai
penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai
seorang pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja
sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor
juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya
Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai
pengkhianat?
Sumber : Facebook Mohamed Hadi Al-Majwi
kita seorang guru, kita banyak membantu org kampung yg kesusahan. kesusahan org kampung adalah kesusahan kita. kita berjuang sedaya upaya dan tanpa batas agar sebahagian org yg kita bantu akan selesa. kita berjuang tanpa inginkan 'NAMA'. tapi diakhir dan dihujung riwayat kita, kita telah menjadi pembunuh. org yang kita bunuh ialah org2 yg telah kita bantu sebelum ini. org yg kita perjuangkan sebelum ini, atas nama perjuangan yg kita sendiri faham ttp bertentangan dengan norma masyarakat dan agama kita sendiri. kita membunuh jiwa yg sepatutnya kita pelihara. jadi dimanakah kedudukan kita? adakah kita masih diikhtiraf sebagai pejuang atau kita telah menjadi penderhaka? apa justifikasi kita?
BalasPadamDalam Islam, membunuh sesama Islam tergolong dalam dosa2 besar. Satu nyawa setara dengan membunuh seluruh nyawa...apakah ukuran kita pula?
BalasPadamSaya faham, pada mulanya beberapa orang Melayu seperti Mat Indera dan lain-lain adalah ikhlas mahu berjuang untuk kemerdekaan Tanah Melayu pada masa itu. tetapi landasan perjuangan yang terlalu kiri dan melampau telah menyebabkan mereka dipengaruhi oleh komunis dan sama-sama bersubahat dengan komunis. saya percaya tidak sewajarnya kita mencaci Mat Indera tetapi tidak wajar kita menyanjung tinggi beliau melebihi Sarjan Jamil. kita boleh bayangkan apa yang boleh berlaku jika ada 10 orang lagi Mat Indera dan apa yang akan berlaku jika tiada seorang Sarjan Jamil???
BalasPadamSaya ingin bertanya kepada orang yang condong menyokong Mat Indera, wajarkah perjuangan beliau dikatakan perjuangan yang benar? apa yang akan berlaku kepada negara ini jika ditakdirkan perjuangan Mat Indera berjaya pada tahun 1950?
lihat negara-negara komunis. tuan-tuan mahukah negara kita jadi negara komunis?
beliau mungkin berniat memperjuangkan bangsa tetapi jalan yang beliau pilih adalah salah.
beliau tidak patut dan tidak berhak dilebihkan darjatnya dari Sarjan Jamil dan anak-anak buahnya.
Terima kasih.
Adakah tuan-tuan percaya bahawa Mat Indera boleh dimaafkan dengan hanya kerana beliau membantu melindungi beberapa orang anak isteri anggota polis Bukit Kepong tersebut?
BalasPadamMat Sabu mengatakan bahawa Mat Indera adalah hero sebenar peristiwa Bukit Kepong. ini bermakna darjat Mat Indera adalah dilebihkan dari darjat Sarjan Jamil.
BalasPadamTerima Kasih.
Peristiwa Bukit Kepong adalah satu peristiwa yang sangat sensitif kepada rakyat negara ini kerana pihak PKM berjaya menunjukkan mereka adalah satu kumpulan 'armed mob' yang bila menghadapi satu kumpulan yang kurang dari segi persenjataan dan bilangan anggota, terus membunuh dan menganiaya hampir semua mereka yang menentang. Kalau komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 hanya membunuh semua anggota polis yang bertugas, tanpa membunuh beberapa anggota keluarga dan membakar balai polis dan berek polis yang mereka tentu tahu masih ada beberapa orang yang masih hidup termasuk isteri dan anak-anak anggota polis yang mungkin telah cedera dan tidak mampu melarikan diri dari api, tentu Peristiwa Bukit Kepong tidak akan menjadi satu peristiwa yang sensitif. Peristiwa ini membuktikan gerombolan komunis tersebut adalah kejam dan tidak akan teragak-agak untuk membunuh dan menganiaya orang yang lemah terutama apabila mereka marah kerana anggota polis di Bukit Kepong memberikan tentangan yang hebat diatas tujuan mereka hendak menawan balai itu. Pemimpin komunis yang terlibat iaitu Mat Indera samada tidak mahu atau tidak berupaya mengekang perlakuan kejam tersebut. kerana saya seorang Islam dan Mat Indera juga saya percaya masih Islam, saya mahu menganggap bahawa beliau tidak berupaya mengekang kelakuan 'mengamuk' anggota beliau tersebut. tetapi kita boleh perhatikan bahawa Mat Indera tidak mahu bertaubat dan peristiwa tersebut tidak membuka mata beliau bahawa ideologi komunis itu adalah salah. sehingga beliau digantung sampai mati pun beliau tidak menunjukkan penyesalan.
BalasPadamkesan dari peristiwa Bukit Kepong ini, komunis semakin jauh dari hati orang-orang Melayu. bila disebutkan Peristiwa Bukit Kepong, kita akan membayangkan kekejaman komunis yang kebetulan pada masa itu terdiri dari majoriti orang cina. Kita juga mula membayangkan kepahlawanan polis-polis Melayu tersebut yang tidak takut mati mempertahankan apa yang mereka yakin adalah kebenaran.
sejak Peristiwa Bukit Kepong kita tidak lagi mendengar ada peristiwa yang melibatkan pertempuran komunis dengan pihak berkuasa yang sekejam itu. tetapi Alhamdulillah, the damage was done and the communist fate was sealed, mereka kalah secara keseluruhan di Malaya.
saya nak sebut sekali lagi, Peristiwa Bukit Kepong adalah satu peristiwa yang sangat sensitif kepada orang Melayu sehingga digelarkan 'the Malayan Alamo'. jika Mat Sabu berkeras untuk menggunakan ini sebagai modal kempen maka sokongan orang Melayu tidak akan berpihak kepada PAS.
Sudahlah peristiwa pihak DUMC membangkitkan kebencian orang Melayu kepada PAS, ditambah lagi pula kata-kata dari Mat Sabu ini....
PAS mahukan sokongan orang Melayu tetapi mengenepikan sensitiviti orang Melayu dan mengutamakan sensitiviti orang bukan Melayu. saya andaikan pemimpin PAS tidak lagi memerlukan sokongan orang Melayu....
apa nak sanjung si sarjan kamil pulak.. tak tau ke hakikat sebenar si sarjan kamil tu anjing british.. dan pada masa tu sarjan kamil tengah mabuk yamseng dan main judi...
BalasPadamanjing british atau mabuk arak, komunis Mat Indera tidak berhak melakukan apa yang dinamakan atrocity keatas orang awam. cuba buktikan bahawa Mat Indera tidak melakukan atrocity.
BalasPadamsila kemukakan bukti bahawa polis sedang mabuk pada ketika itu. kita menuduh orang yang telah lama mati dan tidak berupaya lagi membela diri dari tuduhan.
BalasPadam