Sumber Gambar : Facebook Khiruddin Tok Ngulu
KOTA BHARU, 27 Ogos: Biar pun tanpa nasi bungkus percuma untuk bersahur, namun ribuan anak-anak muda memenuhi Qaryah Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV awal pagi tadi bagi mengikuti munajat pilihan raya.
Malah
ada membawa beg galas besar, kemungkinan baru kembali ke kampung
halaman, bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri dua hari lagi. Ada juga
yang keletihan tidur di belakang khemah solat tarawih.
Khemah
gergasi tempat solat dan munajat itu penuh sesak dengan orang ramai.
Khemah tersebut boleh memuatkan sehingga 3,000 orang. Sebahagian lagi
terpaksa solat dan munajat di bahagian luar khemah.
Jumlah
kehadiran itu dianggap luar biasa memandangkan bulan Ramadan sekarang
lebih ramai memilih bersahur bersama keluarga. Malah program agak
sendat apabila amanat pimpinan yang disiarkan secara langsung menerusi
internet berakhir jam 12 malam tadi, disambung pula dengan munajat.
Sebahagian
peserta yang hadir rata-rata golongan muda. Program bermula jam 3 pagi
diimamkan Ustaz Hussin Ibrahim Masri dari Pondok Lubuk Tapah, Pasir
Mas.
Bacaan
zikir dan munajat pula dikepalai Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat,
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak.
Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat.
Program
munajat berakhir kira-kira jam 4.50 pagi, bagi memberi peluang orang
ramai yang hadir bersahur. Jualan nasi bungkus disediakan berhampiran
Qaryah Ramadan.
Mubarak
Kafe di sebelah khemah tarawih kelihatan penuh sesak dengan pelanggan.
Beberapa kedai makan dan restoran di Dataran Usahawan juga masih
beroperasi.
Berucap
ringkas sebelum itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan terus
memancak Islam dalam segenap aspek kehidupan sejak mengambil alih
pentadbiran negeri ini pada akhir 1990.
“Usaha
itu berterusan dilakukan sehingga ke saat ini. Ketika ini merupakan
saat yang paling baik bagi umat Islam beribadat di akhir Ramadan bagi
membersihkan diri kita daripada segala dosa,” katanya.
Menurutnya,
hanya doa sebagai senjata akhir bagi orang Islam ketika berdepan
dengan kegentingan bagi menghadapi pilihan raya bila mana pihak lawan
cuba menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mengekalkan kuasa.
Ketika
ucapan yang disiarkan secara langsung di 19 lokasi di seluruh negara
termasuk boleh diikuti di Sabah dan Sarawak malam tadi Menteri Besar
berkata, taktik buruk pihak lawan bagi mengekalkan kuasa hanya dapat
dihadapi dengan munajat kepada Allah Taala.
Katanya
di negara lain tentera digunakan bagi mempertahan kuasa pemimpin sedia
ada, namun di negara kita pendatang diberi kad pengenalan bagi
membolehkan pemerintah mengekalkan kuasa.
Kata
beliau senjata doa tiada hijab yang boleh menghalang kerana ia akan
terus sampai ke Allah Taala, lebih-lebih lagi kalau berkebetulan pula
dengan Lailatul Qadar.Hrkh
Manusia tertipu dan terpedaya kerana menzalimi diri sendiri, bukannya dizalimi oleh orang lain.
BalasPadamCermin diri sendiri dahulu.
keluangman: agaknya Rasulullah s.a.w, nabi-nabi terdahulu dan para sahabat pun menzalimi diri mereka sendiri kot..~
BalasPadamkluang man ksiannye bile tgk cara org jahil bcakap...aku tujukn ayat tue kt ko lak...baik ko cermin diri ko tue dlu dari ko nk suruh org lain cermin diri...
BalasPadamKluangman, ko kena tgk diri sendiri..
BalasPadamrasa2 mcm akidah ko pn xberapa nak betul...cube tgk balik...
Kita takde pilihan melainkan berserah kepada Allah...Allah bersama org2 yg sabar...InsyaALLAH kemenangan akan dtg kepada kita...