Saya mengikuti perkembangan yang
berlaku di Kedah iaitu yang melibatkan isu arahan penutupan pusat-pusat
hiburan sepanjang bulan Ramadhan. Seperti biasa, media massa yang
dimiliki oleh UMNO terus menerus menghentam PAS dan melaga-lagakan di
antara pimpinan Pakatan Rakyat dalam isu ini. Utusan Malaysia yang
menjadi lidah rasmi UMNO pula mengambil kesempatan untuk membina
keyakinan palsu di benak pembaca dengan tajuknya PAS Tunduk Kepada DAP.
Saya
kira UMNO sudah lupa bahawa mereka sendiri yang meluluskan Enekmen
Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam dalam Jadual
C, muka surat 150 dinyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti
berikut: … Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan
pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang
hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis
daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi. UMNO sudah lupa bahawa
pada tahun 1997, mereka masih lagi menjadi kerajaan di Kedah dan
sehingga tahun 2011 ia baru dikuatkuasakan di bawah pentadbiran Menteri
Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Layakkah
UMNO bertempik sorak pada hari ini kononnya PAS tunduk kepada DAP?
Jika demikian, selama ini UMNO tunduk kepada siapa? Simpati sungguh
saya kepada kaedah permainan politik kampung yang dimainkan
oleh UMNO pada hari ini. Barangkali mereka masih terbawa-bawa dengan
politik zaman purbakala yang mengharapkan rakyat di’butatulikan’ pancaindera mereka dengan hanya menerima maklumat sehala sahaja.
Berkali-kali
saya nyatakan, PAS sangat berbeza dengan UMNO dalam hal bertahaluf
dengan non muslim. Di antara PAS dengan DAP misalnya, PAS sentiasa
melontarkan dasar-dasar yang selari dengan prinsip Islam. Berbeza
dengan UMNO yang bertempik sakan mahu memelihara Islam, alih-alih bukan
sahaja tidak mahu menutup pusat hiburan, bahkan melanjutkan masanya
dari jam 2.00 pagi kepada jam 3.00 pagi! Ini telah diputuskan di Melaka
melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka pada 7 Julai 2011. Saya
menurunkan kata-kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam
ketika mengumumkan perkara ini, “Keputusan ini diambil sebagai memenuhi
permohonan pengusaha terbabit kerana mereka mendapat permintaan
pelanggan yang sebahagian besarnya datang bercuti dan mahu berhibur
hingga lewat pagi” (Lihat Utusan Malaysia, 8 Julai 2011).
Di
Kedah, sewaktu Datuk Seri Azizan mengumumkan bahawa operasi rumah
hiburan sepanjang Ramadhan 100% untuk bukan Islam, dan penarikan lessen
serta merta akan dilakukan jika terdapat pengunjung muslim, Utusan
Malaysia melompat tinggi melatah seolah-olah langit sudah runtuh. PAS
dikatakan tunduk kepada DAP sedangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan
negeri Kedah ialah memberikan hak kepada bukan Islam dan juga memastikan
umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah
sepanjang bulan itu. Namun apabila kerajaan negeri Melaka mengumumkan
untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan, di mana Utusan
Malaysia? Di mana NGO-NGO yang hebat membela Islam? Sudah hilangkah
darah segala pendekar Melayu yang siap mengatur pencak membela kesucian
agama mereka?
Hakikatnya,
UMNO tidak pernah meletakkan akhirat menjadi agenda dalam perjuangan.
Di mana-mana sahaja tempat UMNO berkuasa dan menjadi majoriti, tidak
pernah agenda Islam menjadi keutamaan. Berbeza dengan PAS yang ditohmah
menjadi alat DAP, PAS mengambil ruang dan peluang yang ada untuk
sentiasa melontarkan dasar yang selari dengan Islam. Di Melaka,
siapakah yang menjadi majoriti jika bukan UMNO? Jika PAS dikatakan
menjadi alat DAP, UMNO alat siapa? Alat nafsu? Sayangnya, UMNO menjadi
majoriti langsung tidak menguntungkan Islam. Barangkali itulah sebabnya
tangan mereka sentiasa menggapai PAS. Saya katakan, turun sahajalah
UMNO dari takhta kuasa, bertenggek di situpun tiada apa yang boleh
ditumpang bakti.
Apapun,
saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah. Usah
dipeduli nista dan cerca pihak yang berkokok berderai-derai dengan ekor
yang memalukan.
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan Darul Naim.
Bertarikh: 18 Julai 2011
Kenyataan Tok Guru ini dipetik dari Laman FACEBOOK miliknya
dah 3 tahun perintah Kedah...ingat lagi dulu pasai rumah babi kat Aloq Staq la ni pasai rumah hiburan pulak...kena sergah sikit dengan DAP dan sekutunya habih semua kecut teloq lepas tu nak salahkan UMNO....partai PAS apa ni..!
BalasPadamkalau hampa kata UMNO tu jahil, hampa tunjukan laa yang PAS itu lebih baik dari UMNO...ini tidak, ada masaalah je cari jalan untuk menyalahkan orang lain...kondem itu..kondem ini..penyeselesaian tak buat pun.
sama juga hal ini kat ceramah dan tazkirah...!
Kembalilah PAS pada perjuangan sebuah negara Islam. penyokong-pengundi PAS mengharapkan yang ini bukannya bersekongkol dengan DAP dan sekutunya yang anti-Islam.
Terima Tok Guru atas timbang rasa kamu tentang orang bukan Islam. Inilah sebabnya saya sebagai seorang yang berbangsa Cina sentiasa mengikuti and mensanjungi "comments" and bimbingan Tok Guru, dimana semakin ramai kawan saya yang bukan Islam, juga telah lebih memahami kebaikan Islam and semakin menghormati Islam, PAS and muslim yang benar-benar mengikuti Ajaran Islam...Ini memanglah satu tindakan yang mulia...terima kasih.
BalasPadam