"Tok Guru, doakan agar ayah saya mati syahid," kata Nazrul Baharudin,
23 tahun kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am
PAS.
Nazrul berkata demikian
ketika memberikan kata-kata aluan menyambut kedatangan Tuan Guru Nik
Aziz ke rumah beliau di Kelumpok Camar, Keramat.
Nazrul adalah anak kedua Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam.
(Gambar kiri Nik Aziz berdoa untuk roh Allahyarham Baharudin dan keluarganya)
Baharudin
meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC. Mengikut laporan
awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang
ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai
perhimpunan itu.
Namun,
cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan
dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi tadi selepas
menjalani postmortem.
"Empat
tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga
patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika
ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham.
Sehingga
kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada
keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan
itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.
Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.
Menurut Azhar (gambar kanan atas), pakciknya itu bekas askar dan kini menjadi polis simpanan.
"Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis...yang ada darah tinggi sahaja sedikit...pendek kata dia sihatlah," kata Azhar.
Isterinya,
Puan Rosni Melan pula memberitahu, suaminya keluar dari rumah selepas
solat Zohor kelmarin dan menuju ke KLCC sedangkan beliau keluar lebih
awal bersama rakan-rakan muslimat menujuk Stadium Merdeka.
"Macam
mana kita mati, sakit jantung ke, kena pukul ke, semuanya akan
didedahkan semula di akhirat kelak...ketika itu tidak siapa boleh
berdalih," kata Nik Aziz menyambut kata-kata Nazrul kepada beliau itu.
Turut bersama Nik Aziz adalah pimpinan PAS Gombak termasuk Yang Dipertuanya, Ustaz Salahudin Nasir.
Nik
Aziz yang baru pulang dari Mekah kerana menunaikan umrah terus datang
ke rumah Allahyarham Baharudin dari KLIA untuk mengucapkan takziah
kepada keluarganya.
Turut berada di rumah adalah isteri Allahyarham, Puan Rosni dan dua lagi anaknya selain Nazrul.
"Kita hidup ini adalah satu latihan untuk hidup di akhirat dengan baik," kata Nik Aziz dalam ucapan ringkasnya.
Selain
mengucapkan takziah, Nik Aziz juga menghulurkan sumbangan pribadi
kepada keluarga Allahyarham yang disampaikan kepada Nazrul.
"Saya
dengar hal ni masa di Mekah lagi dan memang berhajat untuk datang ke
sini," kata Nik Aziz terharu denga sambutan terhadap beliau dari
keluarga Allahyarham terutama ucapan ringkas Nazrul.
Nazrul sebelum itu berkata, Allahyarham bapanya sangat meminati Nik Aziz dan selalu bercakap tentang kehebatannya.
(Gambar Kanan bawah Nazrul dan adiknya ketika bercakap menyambut kedatangan Nik Aziz)
"Kami sekeluarga sangat berbesar hati atas kunjungan tuan guru hari ini dan mengucapkan berbanyak terima kasih," kata Nazrul.
Walaupun
kunjungan Nik Aziz dan isterinya amat singkat namun ianya memberikan
kesan yang sangat besar kepada keluarga Nazrul dan juga perjuangan
untuk mendapatkan pilihanraya yang adil dan bersih di negara ini.
"Sejak
saya berjuang di dalam PAS sejak tahun 70an lagi, saya tidak pernah
rasa pilihan raya di negara kita ini berjalan dengan bersih dan adil,"
kata Nik Aziz kepada wartawan yang menemui beliau sebelum meninggalkan
flat Blok A, Kelumpok Camar, Keramat itu.Hrkh
gi tuntut nyawa kat bersih,kerja tak berfeadah,orang kafir ketawa ,
BalasPadamKalau mati masa demo Bersih syahid dah tentu Hj.Hadi awal awal lg "berperang" sampai mati.Puak2 PAS blhlah mintak minyak atar dari Nik Aziz yg baru balik Umrah siram kat kubur Hj.Hadi.Mat sabu blh join sekali
BalasPadamDah ajal nak buat cam ne? dah tahu hidup ni satu latihan, cam ne nak hidup diakhirat, kata nik aziz, nanti buat lah yang terbaik, disana.Memang saja cari pasal, dah warga emas buat lah ibadat banyak2 lupakan hal dunia, anak anak pun dah berjaya semuanya atas dasar kerajaan BN. Bersyukurlah apa yang ada, dan beribadatlah untuk akhirat.
BalasPadammangkuk hayun korang semua ni..komen macam taik..
BalasPadamingatlah pembunuh dan yg bersekongkol dgn pembunuh akan di soal termasuk yg menyokong BABi END
BalasPadamtermasuk gak pengulas yg bengong anak pak tiri BN ,
BalasPadam“Sesiapa yang membenci sesuatu dari tindakan amirnya (pemerintah), maka hendaklah dia bersabar, kerana seseorang yang keluar dari ketaatan kepada pemimpin walaupun satu jengkal, sekiranya dia mati, maka matinya adalah seperti matinya kaum jahiliyyah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/51, no. 6610)
BalasPadamSurah al-A'raf ayat 179
BalasPadamMafhumnya: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."
Salam. Al-Fatehah utk Allahyarham. Semoga Allah melapangkan kubur Allahyarham. 3 mangkuk hayun tak bernama teratas. komen ikut hati dan otak bukan ikut jari. Dalam dada lu sudah ada 30 juzuk Al Quran ke nak kutuk TGNA & TGHA. Beb, aku bukan ahli mana2 parti politik dan tak berminat. Budaya kita hormat tok guru (pensyarah termasuk).
BalasPadam