KOTA BHARU, 1 Julai: Seorang peniaga, Zakaria Che Wail telah ditahan polis selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini pagi tadi kerana dipercayai menjual kemeja T yang tertera tulisan Bersih.
Beliau yang diminta menyerahkan kemaja T berkenaan dengan tenang menyerahkan barang jualannya itu kepada salah seorang anggota polis.
Bagaimanapun, pihak polis mengambil semua hasil jualannya termasuk yang masih terdapat dalam van untuk di bawa ke Ibu Pejabat Polis Kota Bharu (IPD) Pengkalan Chepa.
Dianggarkan lebih 10 orang anggota polis termasuk tiga darinya beruniform dan seorang berpangkat inspector sejak awal lagi berada di sekitar Dataran Ilmu.
Menurut seorang saksi, sewaktu pihak polis ingin membawa Zakaria termasuk vannya keluar dari situ, berlaku sedikit ketegangan apabila orang ramai cuba menghalangnya.
“Bagaimanapun, atas nasihat seorang pakchik, mereka akhirnya memberi kerjasama sehingga akhirnya van berjaya dikeluarkan dari situ,”ujarnya.
Sehingga berita ini ditulis, Zakaria masih lagi ditahan untuk siasatan lanjut.

Wartawan dan jurugambar yang cuba ingin mendapatkan maklumat berhubung perkara itu di IPD pagi tadi tidak dibenarkan masuk.
Menurut polis yang bertugas, beliau menerima arahan agar tidak membenarkan orang ramai termasuk media memasuki kawasan terbabit.Hrkh

Lepas ni dia boleh cuba saman polis sebab memberikan kerugian kepada mata pencariannya.
BalasPadam