Selasa, 5 Julai 2011

Akur Titah Agong,Akhirnya Najib Sedia Bertemu Bersih 2.0

PUTRAJAYA, 5 Julai — Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Bersih 2.0 bagi membincangkan lokasi yang sesuai — sebuah stadium — bagi perhimpunan Sabtu ini tetapi menegaskan tawaran itu adalah bersyarat.
“Mereka mesti pergi dengan aman dan meninggalkan (lokasi) dengan aman.
“Jika ada kejadian yang tidak diingini, penganjur akan dipertanggungjawabkan,” kata beliau (gambar).
Najib bercakap pada sidang media di pejabatnya, yang diadakan untuk menjawab perkembangan terbaru berkaitan dengan isu Himpunan Bersih.
Bagaimanapun Najib enggan menyatakan sama ada beliau ada menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini meskipun wujud spekulasi sedemikian, tetapi mengucapkan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda atas campur tangan.
“Bila saya jumpa Agong adalah hak saya dan sebagai perdana menteri, saya ketua penasihat kepada Agong,” katanya.
Najib berkata disebabkan campur tangan Agong kesemua tiga penganjur perhimpunan telah memutuskan untuk membatalkan perhimpunan jalanan mereka.
“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada kesemua pihak yang memutuskan untuk akur dengan kehendak baginda dan dengan ini tidak akan ada demonstrasi jalanan pada 9 Julai,” katanya.TMI

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Setelah ditohmah dengan berbagai tuduhan liar oleh pemimpin Umno dan media pencacai mereka akhirnya kemenangan moral berpihak kepada Bersih 2.0.
Dengan hati yang berat,muka sedikit kelat dan berbagai syarat dikenakan Najib akhirnya akur dengan tuntutan rakyat,bersetuju bertemu dengan Bersih 2.0 untuk berbincang tentang lokasi stadium tempat himpunan bakal diadakan.Mungkin beliau terlajak kata sebelum ini ( menawarkan Bersih stadium) dan perkembangan terbaru hasil pertemuan Bersih dengan Yang di-Pertuan Agung membuatkan Najib serba salah.
Dalam perkembangan sebelum ini,Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenavasan di laporkan berkata pihaknya akan berkerjasama dengan kerajaan untuk memilih stadium yang sesuai bagi mengadakan perhimpunan itu yang dijangka membabitkan lebih 100 ribu peserta.
"Kita telah maklumkan Tuanku yang kita menerima cadangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di dalam stadium. Oleh yang demikian perhimpunan jalanan tidak akan berlangsung," kata beliau.
Ini semua berlaku diluar jangkaan,hasil dari kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung yang dilihat tidak memihak kepada mana mana pihak.
Titah baginda sememangnya dijunjung tinggi oleh pemimpin Bersih yang bersetuju mengadakan himpunan di stadium.Ini secara tidak langsung membuatkan Najib dalam keadaan serba salah.Jika beliau menarik balik tawarannya membenarkan Bersih berhimpun di stadium,Najib akan dilihat ingkar dengan titah Yang Dipertuan Agung.Bukankah ini satu penderhakaan ? Najib sebenarnya berada dalam dilema...

1 ulasan:

  1. TPM dah boleh berkira-kira untuk menjadi PM.

    Dah boleh buat plan untuk belanja renovate Kediaman PM di Putrajaya.

    Dah boleh cetak tanda nama, kad nama dan getah cop perdana menteri

    BalasPadam