Trio Datuk T (dari kiri) Shuib Lazim, Abdul Rahim Thamby Chik dan Shazryl Eskay Abdullah ketika berada di pekarangan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi. — Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR 24 JUN : Ketiga-tiga individu yang menggelarkan diri mereka trio "Datuk T" mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka terhadap kesalahan menayangkan video lucah dan bersubahat berbuat demikian pada 21 Mac lalu.
Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa, Shuib Lazim yang didakwa di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama seksyen 34 mengaku bersalah atas tuduhan menayangkan rakaman video lucah secara terbuka di Carsosa Seri Negara 21 Mac lalu.
Manakala bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dituduh di bawah seksyen sama yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama bagi perbuatan persubahatan.
Rahim juga mengaku bersalah di hadapan hakim Aizatul Akmal Maharani.
Oleh yang demikian Eskay dikenakan hukuman denda RM3,000, Shuib RM1,500 dan Rahim dikenakan denda RM1,000.
Eskay diwakili peguam Zamani Ibrahim, Shuaib diwakili Suhaimi Salleh manakala Abdul Rahim diwakili Datuk Shafee Abdullah.
Fakta kes yang dibacakan antara lain menyebut kejadian berlaku di sebuah pangsapuri di Ampang di mana seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita warganegara China.
Turut dinyatakan polis telah memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan kelibat individu yang didakwa Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bersama Eskay dan masuk ke pangsapuri.TMI
ULASAN TINTA HIJAU DKB
Benarlah dakwaan DS Anwar " DISINI " bahawa mereka hanya dikenakan denda yang minimum.Pendakwaan mungkin hanya mahu menunjukkan bahawa mereka hanya sendirian membuat dakwaan fitnah jahat keatas DS Anwar.
Sedangkan kita semua tahu siapa sebenarnya dibelakang mereka....
alahai rm1000 - rm3000 jer. Murah jer. Jgn lupa tengok youtube. x lama lagi akan disiarkan video seks najib dgn artis buntut besar (najib memang suka perempuan buntut besar mcm rosmah)
BalasPadamKena saman pun x pe. Blh bayar.
Salinan asal. blm serah ke polis.
Mak aiiii....5,500.00 je... ingatkan 5 tahun penjara.....
BalasPadamrm5,500.00 siapa yang...bayar...
lu pikir la sendiri.....
aduhai...dunia2...dunia2....
Sah Mahkamah Beruk.
BalasPadam