Rabu, 22 Jun 2011

Video : DS Anwar Mengulas Pendakwaan Keatas ' Datuk T '




KUALA LUMPUR, 22 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan “Datuk T” yang akan didakwa Jumaat ini berhubung tuduhan penyebaran rakaman video seks tiga bulan lalu mungkin akan bebas dengan “hukuman ringan.”

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu (gambar) berkata, beliau tidak terkejut apabila diberitahu ketiga-tiga individu yang menggelarkan diri mereka sebagai “Datuk T” akan didakwa di mahkamah, Jumaat ini.

“Mengetahui Peguam Negara dan rekod prestasinya, saya pasti ia akan didakwa dengan hukuman yang paling minimum, seperti semua hukuman yang melibatkan politik kecuali ia melibatkan pemimpin pembangkang,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Anwar menambah beliau “tidak yakin” Putrajaya serius untuk mengambil tindakan terhadap “Datuk T” dan beliau percaya ia hanya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.

The Malaysian Insider tengah hari tadi melaporkan, ketiga-tiga “Datuk T” – ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim akan didakwa di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Jumaat ini.

“Shazryl ... dia nampak macam Umno punya orang... membantu kepimpinan Umno. Dan, siapa penjenayah lain yang terlibat? Rahim dan Shuib Lazim.Seorang pemimpin moral terbaik dan seorang pemimpin Perkasa.

“Anda mahu kata Umno serius mahu mengambil tindakan terhadap mereka? Saya tidak yakin,” kata Anwar.

Beliau menegaskan satu alasan mengapa rakaman video seks berdurasi 21 minit itu boleh diedarkan dengan meluas kerana ia disokong parti pemerintah.

“Kes yang mudah macam ini ditangguhkan terlalu lama dan ia tetap diedarkan secara meluas.

“Dengan galakan kerajaan, tolak ansur Kementerian Dalam Negeri dan polis. Dengan berdasarkan ini, agak mustahil untuk sebabkan bahan lucah jika tidak dilindungi pihak berkuasa,” katanya.

Anwar juga tidak menolak kemungkinan bahawa dakwaan terhadap “Datuk T” di mahkamah akan digunakan untuk membuktikan beliau adalah pelaku dalam rakaman video seks itu.

“Mereka boleh ... walau apa jua yang mereka ingin lakukan, ia tiada masalah. Saya akan berdepan dengannya apabila ia tiba,” katanya.TMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan