KUALA LUMPUR, 9 Jun — Mohamad Sabu menegaskan kepimpinan PAS termasuk barisan pemimpin pusat yang baru tidak menolak idea perpaduan Melayu, sebaliknya Umno sengaja menggunakan soal itu sebagai bahan kempen menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Jelas timbalan presiden PAS itu, “Umno silap” jika mendakwa keputusan PAS menolak untuk bekerjasama dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu bermakna ia akan memecahbelahkan orang Melayu.
“Umno mula pertikaikan perpaduan Melayu apabila kepimpinan sudah jatuh tetapi sebaliknya jika mula kuat, mereka jadi takbur,” ujar Mohamad (gambar) lagi.
“Umno sebenarnya sudah lemas, sebab itu membangkitkan isu perpaduan Melayu. Kami (kepimpinan baru PAS) tetap perjuangkan perpaduan Melayu tetapi berlandaskan keadilan untuk kepentingan semua masyarakat,” kata timbalan presiden PAS ini ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Kelmarin, timbakan pengerusi Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir melahirkan rasa tidak gembira kerana PAS tidak mahu perpaduan Melayu apabila PAS terus menolak kerjasama dengan Umno.
Pandangan yang serupa juga dilahirkan oleh timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam ucapan dasarnya Jumaat lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian partinya akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 meskipun dihujani siri pelawaan dan jemputan daripada kepimpinan Umno sepanjang tiga tahun lalu.
Beliau menegaskan, PAS tiada masalah untuk mewujudkan hubungan peribadi tetapi tidak dalam hubungan politik.
Katanya, PAS tetap bersama Pakatan Rakyat untuk membina politik baru tanpa sebarang acuan Umno.
Sementara itu, salah seorang naib presidennya Salahudin Ayub berkata, kepimpinan PAS tidak pernah menolak idea perpaduan Melayu kerana perpaduan itu sudah lama wujud sejak negara merdeka.
“Perpaduan itu telah lama wujud. Bukan sahaja perpaduan dengan orang Melayu, bahkan juga perpaduan dengan masyarakat lain berlainan agama.
“Perpaduan Melayu itu tetap wujud dan tidak akan hilang sama sekali selagi kita tetap pegang pada prinsip perpaduan, mengamalkan budaya Melayu, beretika ikut cara Melayu dan ikut acuan bangsa Melayu,” katanya.
Selain itu, Salahudin berpendapat, Umno memberi kenyataan sedemikian kerana mereka mengalami “musim kemarau yang panjang.”
Jelasnya, mereka ketandusan idea untuk menjatuhkan PAS sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan begitu sedangkan hakikatnya langsung tiada kena-mengena dengan perpaduan Melayu.
Ditanya mengenai PAS mahu memecahbelahkan Melayu untuk kepentingan mereka, beliau menegaskan, perpecahan Melayu hanya akan terjadi seandainya “kita memutuskan ikatan silaturrahim.”
“Itu baru dikatakan sengaja elak perpaduan dan pecah belahkan orang Melayu,” katanya.
Jelas beliau lagi, dalam arena politik memang wujud parti Umno-PAS yang tidak sealiran parti politik.
“Tetapi, adakah dengan berbeza parti dan tidak bergabung menjadi satu parti sudah dianggap PAS sengaja tidak mahu perpaduan dan mahu pecah belahkan Melayu?
“Adakah dengan gabungan PAS-Umno sudah dikira perpaduan Melayu telah wujud?” ujarnya lagi.
Beliau juga berpendapat kenyataan Umno itu sebenarnya satu hujah yang naif.
“Itu hanya momokan daripada mereka yang sengaja mahu menakut-nakutkan orang Melayu.
“Mungkin mereka bimbang dan teruja dengan kepimpinan baru PAS yang lebih progresif dan kontemporari dalam memberi saingan pada pilihan raya umum yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja,” katanya.
Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian turut menyarankan supaya seluruh masyarakat khususnya orang Melayu tidak bimbang dengan kenyataan Umno itu.
Ujarnya, kepimpinan PAS tidak akan menyentuh perpaduan Melayu kerana tetap tegas perpaduan Melayu tidak pernah hilang.
“Umno berkata sedemikian sebagai satu cara menjauhkan pengundi PAS pada pilhan raya umum nanti,” ulasnya lanjut.TMI
Disni aku akan kisahkan apa yg akan bakal berlaku di atas moto BERKEBAJIKAN, 1.Rakyat di bawah pemerintahan PR sudah boleh mula menyatakan dan meminta apa yg dikehendaki oleh mereka, penambahan subsidi minyak,gula, tepung dan lain2 barang terkawal oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat setelah subsidi diberi oleh kerajaan BN maknanya di setiap negeri pakatan Rakyat akan mendapat harga yg murah dengan penambahan tersebut, cthnya:minyak Ron 95 RM1.90 maka negeri Pakatan Rakyat harus menambah RM0.20 bagi setiap liter maka harga akan manjdai RM1.70 seliter. 2. Kewujudan Biasiswa tambahan dari kerajaan negeri untuk pelajar2 yg belajar di luar negeri dgn kenaikan 20% dari peruntukkan biasa. 3. Subsidi eletrik ditambah sebanyak RM0.30 setiap bayaran bil bermula dari RM 10 dan seterusnya, 4. Tol di setiap sempadan masuk ke negeri2 di bawah PR akan disubsidikan sebanyak RM0.20 bagi setiap 1 KM. 5. Penambahan pencen anggota kakitangan awam di negeri2 pemerintahan PR sebanyak RM 200 ke atas pencen yg sedia ada 6. Tanah2 rezab dapat diusahakan oleh bumiputera sehingga 5 thn sebelum ditukar kepada hak milik si pengusaha tanah tersebut 7. Cukai tanah dikurangkan sebanyak 15% 8. Bagi Ibu2 Tunggal dan OKU yg brdaftar akan dibayar elaun sara diri RM300 tidak termasuk bantuan kebajikan masyarakat kiranya ada yg mendapat bantuan tersebut 9. Rakyat akan mendapat subsidi bantuan bagi setiap penyakit2 kronik sebanyak RM 10 ke atas bayaran di hospital swasta setiap rm100 10. Setiap rumah2 orang2 tua atau anak2 yatim dikecualikan membayar bil2 eletrik dan air… INI BARU DIKATAKAN DASAR BERKEBAJIKAN di harap semua rakyat dapat meluahkan terus kepada pemimpin atasan melalui wakil2 rakyat PR
BalasPadam