"Saya cabar Papagomo keluarkan klip video penuh yang dirakam semasa saya menonton video seks itu. Jangan setakat dua minit saja kerana pertemuan kami lebih dua jam setengah.
"Sekurang-kurangnya tayanglah klip video selama 32 minit," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Rabu.
Menurut Johari yang yakin pemilik blog pro kerajaan itu memiliki rakaman penuh klip video beliau sedang menyaksikan video seks kononnya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama trio Datuk T mahu rakaman audio bekas Menteri Besar Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik didakwa menawarkan wang 'pelincir' sebanyak RM50,000 kepadanya turut didedahkan.
"Saya minta siarkan juga di mana babak Rahim tawarkan duit dan keselamatan serta berjanji membawa saya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri. Dalam klip video itu pasti ada disebut dengan jelas," ujarnya.
Johari yang juga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga mengakui menonton video seks bersama trio Datuk T Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Abdul Rahim dan Datuk Shuaib Abdul Lazim yang juga bapa saudara beliau.
Katanya, beliau sudah memaklumkan jemputan itu kepada Anwar dan bersetuju untuk datang atas dasar persahabatan dan hubungan anak saudara kepada Shuaib.
Di dalam paparan klip video terbaru ini, ketiga-tiga mereka kelihatan sedang berjenaka manakala Johari dilihat sedang ketawa dan memperkatakan sesuatu tentang adegan yang terdapat di dalam klip video yang sedang dia saksikan itu.
Bagaimanapun, Johari mengakui beliau bersikap demikian kerana ingin menjaga hubungan persahabatan di antara mereka yang sudah lama terbina, apatah lagi bapa saudaranya juga berada di situ. "Saya dapat rasakan mereka mahu memerangkap saya... sebab itu saya angguk dan senyum. Anda bayangkan saya ada perasaan bahawa ia bukan mengenai Anwar tetapi dosa. "Oleh itu, saya terpanggil untuk menerangkan isu ini kerana klip video selama dua minit itu mendapat pelbagai tafsiran oleh semua pihak," katanya.Mstar
takan johari bodoh pi nak bangkang depan puak2 sasau itu tentu beliau tikam turut apa yang mereka ingini, tak semestinya apa yang beliau ucapkan depan mereka yang sasau itu kebenaran yang keluar dari hati kecilnya kerana itu adalah lumrah dan perkara biasa bagi orang yang berada dalam situasi berkenaan.
BalasPadam