Rabu, 22 Jun 2011

Bersih 2.0 : Pemuda Umno Dan Perkasa Bercakaran

Serang menyerang antara Ketua Pemuda umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali memberi situasi yang menyebelahi Bersih dan Pakatan Rakyat, kata Ketua Penerangan Pas Johor, Riduan Mohd Nor.

Beliau mengulas pertelagahan dua pemimpin tersebut yang disifatkannya menghiburkan rakyat Imbang Penuhyang sebelum ini diasak oleh pelbagai ugutan dari mereka.

“Bersih terus mara walaupun pada mulanya ada pihak yang cuba membuat kacau dan mengugut mahu melakukan huru hara. Mereka mahu memecah belahkan sokongan rakyat pada Bersih. Akhirnya mereka sendiri yang berpecah dan bercakaran,” katanya dalam satu kenyataan media.

Khairy kelmarin meminta Presiden Perkasa itu disiasat di bawah Akta Hasutan 1949 kerana mengeluarkan kenyataan perkauman, menghasut dan berbahaya.

Manakala Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris pula mahu Khairy disiasat di bawah ISA kerana turut melibatkan diri dalam perhimpunan membantah Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Menurut Riduan, paling menarik, sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden dalam bancian Star Online menyokong perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini- sebelum tinjauan itu turunkan.

Justeru itu, DPPM menggesa jentera penerangan Pas mempertingkatkan promosi Bersih melalui ceramah, roadshow, edaran risalah serta kempen siber supaya rakyat mendapat maklumat tentang perhimpunan itu.

“Kepada Pemuda Umno dan Perkasa, mari sertai Bersih atau duduk sahaja di rumah menjadi suri rumah kalau tidak berani berdepan dengan tuntutan rakyat,” ujarnya.Keadilandaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan