KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim percaya tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memakai jaket kalis peluru ketika mengangkat sumpah laknat di sebuah masjid baru-baru ini, bertujuan menimbulkan kekecohan.
Dalam surat terbarunya, Mat Zain berkata perbuatan itu bukan sahaja mencemarkan kesucian masjid dan agama Islam malah merupakan satu kesalahan jenayah di bawah seksyen 295 Kanun Keseksaan.
“Sebaliknya apabila ke masjid, bukan sahaja beliau memerlukan jaket kalis peluru, malahan beberapa orang pengawal peribadi yang mungkin bersenjata mengawalnya.
“Dalam kata yang lebih mudah, pada pendapat saya, Eskay ingin memberi tahu umum bahawa kepada beliau, berada ditempat pelacuran, lebih selamat daripada berada dalam Masjid.
“Pada pendapat saya seterusnya, pemakaian jeket kalis perluru di dalam masjid itu adalah sesuatu yang telah dirancang. Suasana tegang yang timbul di perkarangan Masjid pada hari tersebut adalah sesuatu yang telah diduga, malah yang diharapkan oleh Eskay, Rahim dan Shuib,” katanya yang baru-baru ini menulis surat terbuka kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar supaya tidak mengikut telunjuk Peguam Negara dalam kes itu.
Menurut Mat Zain, keadaan itu ditambah dengan tindakan Eskay mengumumkan secara meluas acara sumpah laknat tersebut beberapa hari sebelum upacara itu diadakan di Masjid Amru Al-As itu, Sentul.
“Malah Eskay mencabar secara terbuka sesuatu pihak untuk turut sama dalam majlis tersebut.
“Tidak keterlaluan untuk saya berpendapat,bahawa Eskay,Rahim dan Shuib memang mengharapkan mereka atau salah seorang daripada mereka dicederakan walaupun sedikit, supaya keadaan yang lebih kecoh boleh diujudkan di dalam Masjid itu yang mungkin boleh menjejaskan ketenteraman awam , malah mungkin merebak ke masjid-masjid lain,” ujarnya lagi.
Shazryl, bekas ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim adalah tiga individu yang menayangkan rakaman video fitnah mengaitkan ia dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu.
Ia mengundang kecaman banyak pihak, berikutan video itu disebar secara meluas di internet dan dikesan sebagai percubaan jahat untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini kerana paparan imej lelaki dalam video berkenaan ternyata bukan Anwar, berdasarkan kepada bentuk badan beliau, potongan rambut dan lenggok beliau.
Pada 29 April lalu, Syazryl, disaksikan Rahim dan Shuib mengangkat sumpah laknat bertempat di-Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur bagi membenarkan dakwaan itu.
Tindakan itu dikecam banyak pihak terutama golongan agamawan kerana sumpah seumpama itu, tidak dianjurkan Islam.
Di dalam Islam, Islam hanya menganjur kan sumpah Li’an, dalam perkara membabitkan hubungan suami dan isteri, manakala sumpah mubahalah pula hanya membabitkan persoalan akidah.
Tindakan Trio Datuk T itu mengundang kekecohan di dalam masjid berkenaan apabila beberapa pihak menghalang mereka dari melakukan perbuatan yang menghina kesucian Islam dan masjid itu.Keadilandaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan