Isnin, 2 Mei 2011

Gambar : Wajah Osama Bin Laden Setelah Dibunuh Tentera AS ??

Visual video yang dikeluarkan Express TV menunjukkan jenazah pemimpin Al Qaeda, Osama bin Laden di Islamabad, Pakistan pada Isnin.Foto ini masih menjadi tandatanya kerana ada yang mendakwa hasil photoshopped dari gambar lama Osama lihat DISINI
Sedutan rakaman video menunjukkan pekarangan rumah dihuni Osama di Abbottabad menjadi sasaran pasukan AS awal pagi ini (waktu Malaysia). – Foto Reuters

LONDON, 2 Mei – Butiran terperinci mula muncul mengenai operasi pasukan keselamatan Amerika Syarikat (AS) yang membawa kepada kematian pengasas dan ketua rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden.
Menjelang tengah hari tadi (waktu Malaysia) Presiden Barack Obama mengesahkan Obama terbunuh dalam serangan pasukan elit negaranya.
Rumah didiami Osama, dipercayai dia tinggal sejak lima hingga enam tahun lalu di Abbottabad, timur laut Pakistan, hanya terletak kira-kira 800 ela (266 meter) dari Akademi Tentera Pakistan.
Akademi itu merupakan pusat latihan ketenteraan elit Pakistan, yang menurut laporan bersamaan dengan akademi latihan tentera Britain, Sandhurst.
Oleh kerana kawasan perumahan itu terletak dalam lingkungan pusat latihan tentera di Abbottabad – dipercayai sepatutnya menjadi pengawasan ketat dan kehadiran tentera yang signifikan.
Operasi menyerang lokasi Osama tinggal itu bermula pada pukul 1.30 pagi ini waktu Malaysia (5.30 petang GMT) dan berlarutan kira-kira 45 minit, lapor BBC.

Dua atau tiga helikopter dikatakan berterbang rendah di kawasan perumahan itu sebelum operasi bermula.Saksi juga berkata ia menyebabkan suasana panik di kalangan penduduk tempatan.
Sasaran operasi itu ialah pekarangan kediaman itu yang di tengah-tengahnya terletak rumah tiga tingkat.
Apabila helikopter mendarat, beberapa lelaki keluar dan bercakap dengan penduduk tempatan dalam bahasa Pashto.
Penduduk yang tinggal di kawasan itu, yang dikenali sebagai Tanda Choha diminta mematikan lampu dan tidak keluar rumah.Sejurus selepas itu mereka dengar bunyi tembakan dan letupan.
Sumber juga berkata pada satu ketika bunyi helikopter terbabas juga kedengaran, dipercayai akibat terkena serangan dari darat.Bangkai helikopter kelihatan di kawasan berhampiran.
Selain Osama empat orang termasuk seorang anak lelakinya dan seorang wanita terbunuh.
Siaran TV Al Arabiya melaporkan bahawa isteri Osama dan empat anaknya turut ditahan ketika operasi itu. – Agensi

2 ulasan:

  1. MANA SATU CERITA BETUL NI???????????/

    BalasPadam
  2. Salam..
    Osama mati diumum Oleh Obama..
    Dh mcm keluarga terdekat umumkan kematian saudara mara jer..
    Comfirm Osama tidak kita akan lihat lg slps ini krn Identitinya sudah di erase oleh CIA atas arahan kerajaan NWO Amerika..
    Jgn terkejut klu sy katakan mereka bersekongkol dari awal lg..
    9/11 bukan hasil tangan Osama ttp Mossad dan CIA dgn bantuan Pentagon ttp mengapa Osama pulak yg mengaku dia yg bertanggungjawab..Jeng,jeng,jeng..
    Osama dihantar oleh CIA ke Afghanistan utk melatih dan membekal senjata kpd Pejuang Mujahiddin ketika pencerobohan Russia dahulu..
    Maka setelah Tugasnya menghalau Russia berjaya beliau diarahkan utk Tugas2 selanjutnya..
    Memandangkan Berlaku perperangan Saudara dan Akhirnya menyebabkan kemunculan Taliban menjadikan Amerika kecewa kerana ketiadaan Proksi di sana yg dpt diharapkan utk menyampaikan suara dan kpentingan Amerika..
    Maka peristiwa 9/11 adalah detik terbaik utk memusnahkan Taliban dgn mengarahkan Osama muncul membuat pengakuan keterlibatannya dlm Peristiwa 9/11..
    Ini memberi peluang utk Amerika menguasai laluan Ke Kaukasia dimana Afghanistan adalah antara sempadan Asia ke Eropah dan tentunya ada yg diinginkan oleh Amerika pd laluan sempadan Asia dan Eropah itu..

    Watak Osama pd peristiwa 9/11 ini diwujudkan adalah utk mengelirukan umat Islam dgn ikon Negatif bagi umat Islam yg sedang menanti kemunculan imam Al-Mahdi..
    Oleh kerana Imam Al-Mahdi akan memimpin Umat Islam utk memerangi Al-Masih ad-Dajjal maka Imejnya perlu dirosakkan supaya keyakinan umat Islam akan dilemahkan dan dibantu pula oleh Syiah Iran yg juga punya watak Imam Al-Mahdi versi Syiah mereka..Dlm keadaan umat Islam makan dan minum serta berpakaian dgn tidak lg mengikut Sunnah,hasil makanan yg jauh dari keberkatan akan melahirkan hati yg mudah bergoncang apabila diuji dan mudah ditipu dan diperdayakan oleh Fitnah2 Dajjal..
    Mengapa Iran tidak bising ketika Taliban dibantai oleh Amerika dan lbh memberi perhatian kpd Lubnan dan Syria?
    Sharusnya Ulama Mazhab sudah sedia dgn jawapannya..
    Dunia Hari ini adalah dunia yg dikuasai oleh Dajjal dimana jika kita inginkan kebenaran kita terpaksa menggalinya sendiri krn paparan yg bermain didepan mata kita sebenarnya penuh dgn muslihat dan penipuan..
    Amerika dan Israel mempunyai agenda yg lbh besar menjelang 2012 dan kita boleh lihat berdasarkan ketegangan yg ditimbulkan di Timur tengah ketika ini..
    Osama sudah menjalankan tugasnya pd selang waktu 2001 hingga 2011 utk memenuhi kehendak Amerika dan wataknya dimatikan utk agenda Amerika yg lbh besar iaitu Projek 2012 hingga 2020..
    Projek ini mempunyai skala yg lbh besar dan melibat lbh byk negara dan Kekecohan sedang dirancang secara sistematik dan kita akan dpt menyaksikan sesuatu yg lbh besar dari apa yg telah kita lihat sebelum ini..
    Tunggu sahaja apa akan berlaku pd Tahun 2012 krn Gambaran awal sudah mereka tunjukkan berdasarkan peristiwa demi peristiwa yg memenuhi kalendar 2011..
    Pd renungan sy jika anda semua menganggap Osama adalah pejuang Islam,maka matlamat Amerika utk memperdayakan anda sudah berjaya..
    Igt bahawa kemunculan Dajjal adalah dgn mengenakan Kostum org2 beriman pd peringkat awal..
    Bykkan merujuk Hadith2 dari Atsar para sahabat terutama Atsar dari Abu Hurairah krn beliau byk menyimpan Hadith2 Rasulullah berkenaan kronologi Akhir Zaman..
    Amalkan apa yg Allah Firmankan di dlm sepuluh ayat awal dan sepuluh ayat akhir Surah Al-Kahfi supaya kita dpt membuka rahsia yg terhijab dari apa yg Allah telah peringatkan kpd kita..Jgn lg menunggu dan melihat dan aktifkan deria keenam anda krn minda bawah sedar kita sedang dirosakkan oleh Stesen Tv berbayar dgn imej2 seksual dan realiti tv yg byk dgn unsur2 kefasikkan..Igt bahawa Setelit mempunyai dua lengan dgn ukuran 30 hingga 40 hasta dimana Rasulullah pernah mengatakan dlm Hadithnya bahawa Dajjal itu menunggang unta yg bertelinga panjang antara 30 hasta hingga 40 hasta..
    Unta disini bermaksud tungganan yg juga membawa maksud perkakas..
    Wallahualam..

    BalasPadam