KUALA LUMPUR, 23 April — Sambil mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Husam Musa menegaskan parti Islam itu hanya perlu “disegarkan” dengan dibawa elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini berkata, kepimpinan Hadi selaku presiden parti masih diperlukan, cuma ia perlu mengambil tindakan untuk memperkasakan kedudukannya.
Justeru kata beliau, usaha yang perlu diberi perhatian ialah sasaran menjatuhkan Barisan Nasional (BN), bukannya Hadi selaku salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.
“Isu presiden dicabar atau tidak, kita tidak perlu memberi respons secara berlebihan, nanti orang akan kata presiden kita ada masalah. Tapi sebenarnya tidak ada... yang nak jatuhkan Hadi adalah Barisan Nasional bukan PAS,” katanya.
Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini berkata, PAS kawasan Kubang Kerian yang diterajui juga telah mencalonkan Hadi sebagai presiden keraba beliau adalah orang yang paling layak untuk menerajui PAS.
“... kerana beliau sudah buktikan dan ia sudah terbukti, malah beliau juga sudah menghadapi banyak cabaran (sebelum menjadi presiden).
“Cuma apa yang diperlukan PAS adalah ia harus disegarkan semula, bukan bermaksud ganti orang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti... mungkin boleh dapatkan penasihat dari golongan profesional untuk bantu memperkuatkan PAS,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Batu di sini hari ini.
Kata Husam, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang perlu memberikan ruang kepada profesional dan muka baru supaya terlibat dalam barisan kepimpinan PAS.
“Pada pendapat saya Hadi perlu dibantu oleh profesional untuk memperkuatkan dan memperkasakan PAS, perlu dapatkan khidmat nasihat dari orang luar.
“Kita ada ramai profesional dan anak muda dalam PAS, beri sedikit ruang yang lebih kepada mereka. Selain itu, kita juga perlu melakukan transformasi dalam usaha memperkukuhkan PAS,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari bahawa Hadi libiliti kepada PAS, Husam menegaskan pemimpin veteren itu bukan seperti yang didakwa.
“Itu pendapat beliau (Aziz), akaun beliau dengan akaun saya lain... tidak sama.
“Bagi saya Hadi bukan liabiliti kepad PAS, kepimpinan beliau masih diperlukan, cuma PAS perlu disegarkan semula,” katanya.
Aziz sebelum ini menegaskan kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Hadi yang kini dilihat sebagai liabiliti.
Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.
Bagaimanapun dakwaan Aziz itu dinafikan pemimpin tertinggi PAS sambil menegaskan, kepimpinan Hadi masih diperlukan.
Terlebih dahulu dalam ucapan perasmian mesyuarat agung itu, Husam menegaskan, BN akan sentiasa mencari jalan untuk merenggangkan hubungan parti perikatan dalam Pakatan Rakyat.
Justeru itu, katanya, Pakatan Rakyat perlu menyediakan pelan pengukuhan dalam menghadapi serangan daripada BN.
“Bagi saya musuh-musuh kita seperti BN akan sentiasa mencari jalan untuk merenggangkan hubungan kita kerana asas kemenangan BN adalah perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan juga PAS.
“Bila berpecahnya Pakatan Rakyat... berpecahnya PAS dengan sendiri BN akan kekal berkuasa,” katanya.TMI
maaf dato husam,
BalasPadam"tak berapa segar" bagi orang kelantan maksudnya "kepala tak berapa betul", "longgar skrew", "gila".
mungkin dato bermaksud "tak berapa sihat", "selsema", "demam".
walau apa pun keadaan "kesihatan" pas, saya setuju pas perlu "berubat". ada orang "tak berapa segar" berjumpa doktor, ada jumpa bomoh, ada beli ubat dari kedai singsih, ada yang cukup dengan telan panadol je. ikut kategori penyakit yang dideritai.
dato telah pun mencadangkan ubat untuk memulihkan pas yang "tak berapa segar". cadangan dato, belum tentu dapat memulihkan pas yang "tak berapa segar", tetapi ternyata dari cadangan dato akan ada pula mereka2 yang "tak berapa segar"!
wallahu'alam.
ps
"matie" aksara yang perlu ditaip. mungkin
Membaca komen Dato Husam Musa ni,mengingatkan kita kepada ucapan yang dibuat oleh Mark Anthony memuji Brutus,semasa acara pegembumian Julius Caesar dalam kisah yang dinukilkan oleh Shakespeare.Brutus merupakan salah seorang pembesar Empire Rom yang turut menikam Caesar.
BalasPadam