Jumaat, 8 April 2011

Pakatan Rakyat Umum Calon Ketua Menteri Jika Menang Pilihanraya Sarawak

Pemimpin Pakatan Rakyat pada majlis pelancaran manifesto pilihan raya negeri Sarawak di Kuching hari ini. — Foto oleh Choo Choy May

KUCHING, 8 April — Dalam usaha memperlihatkan barisan yang bersepadu dalam Pakatan Rakyat (PR) DAP Sarawak hari ini mengumumkan pihaknya akan memilih ketua PKR negeri Baru Bian(gambar kiri) bagi jawatan ketua menteri jika perikatan itu menang pilihan raya 16 April ini.
Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen melahirkan keyakinan bahawa pemimpin-pemimpin negeri parti itu juga akan memilih Bian bagi jawatan tersebut jika pun PKR gagal memperoleh kerusi terbanyak.
“Kami dalam DAP sudah pun menyatakan pendirian yang jelas sebelum ini, apabila Majlis PR Sarawak ditubuhan dulu, bahawa Baru (Bian) akan menjadi Ketua Menteri,” kata beliau pada sidang media selepas PR melancarkan manifesto hari ini.
Ketika ditemui kemudian, Chong memberitahu The Malaysian Insider bahawa pemimpin-pemimpin DAP memilih Bian, seorang pemimpin gereja di sini, kerana mereka amat menghormati beliau.
“Kami ada keyakinan ke atas kepimpinan (beliau),” kata beliau lagi.
“Tidak semestinya PKR mesti menang majoriti kerusi bagi kami memperakui seorang wakil PKR untuk jawatan itu. Jikapun DAP memperoleh jumlah kerusi terbanyak, kami akan pilih beliau (Baru Bian),” katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada kepimpinan pusat PKR sedar yang Bian sudah pun dipilih untuk menerajui negeri ini, Presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata berdasarkan konvensyen parti yang mempunyai kerusi terbanyak akan dipilih sebagai Ketua Menteri.
“Baru (Bian) dipilih sebab beliau adalah pemimpin PKR negeri. Tetapi, kami masih perlu duduk dan berbincang.
“Tetapi buat masa sekarang, memandangkan Baru Bian adalah pemimpin negeri, DAP telah memilih namanya,” kata Dr Wan Azizah.PKR bertanding di 49 kerusi manakala DAP pula 15 dan PAS lima.
PKR bertembung dengan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) di 26 kerusi.Dewan Undangan Negeri Sarawak menawarkan 71 kerusi.
Chong berkata jika Bian kekal dalam saingannya di kerusi Ba’Kelalan, DAP akan mempertimbangkan calon alternatif.
“Kami tidak kekurangan calon,” katanya lagi.
Ketika ditemui di pejabat PKR negeri di sini, ahli jawatankuasa kerja pusat PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata pihaknya sedar pilihan itu.
“Dalam apa jua kes, kami tiada masalah. Ini bukan isu utama yang kami beri perhatian sekarang,” katanya.TMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan