Ahad, 6 Mac 2011

Terkini : Keputusan Tidak Rasmi,BN Menang Di Dun Merlimau Dan Kerdau


Tidak rasmi: BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,623 undi. BN memperolehi 5,962 undi, manakala PAS mendapat 2,339 undi.

Jumlah undi rosak diterima ialah 132.

Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004.

Sementara itu bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau, BN turut menang dengan majoriti 2,589 undi.

BN memperolehi 4,793 undi berbanding lawannya PAS yang mendapat 2,204 undi.

Jumlah undi rosak yang diterima ialah 79 undi.

Majoriti kemenangan tidak rasmi BN itu mengatasi jumlah yang diperolehi pada pilihan raya umum 2004 – sebanyak 24 undi.

Keadaan ini menunjukkan sokongan pengundi Cina telahpun kembali kepada BN di Kerdau.

KEPUTUSAN PENUH DISINI

1 ulasan:

  1. syukur alhamdulillah dengan kekalahan ini...semoga PAS kembali kepada perjuangan asal tanpa adanya Nik Aziz, PKR dan DAP.

    BalasPadam